Tukar Head Gasket Proton Saga BLM Yang Sering Bocor Atau liking

In TOTURIAL
top enjin blm dibuka

Artikel kali ini saya akan kongsikan pengalaman sendiri tukar head gasket proton Saga BLM. Setahu saya, ini kali ke 2 atau ke 3 saya tukar head gasket kerana minyak enjin proton Saga BLM ini sering bocor atau liking.

Minyak enjin akan keluar di bahagian atas enjin dan akan melimpah ke kawasan badan enjin dan akan mengeluarkan bau terbakar atau bau hangit.

Tanda Head Gasket Rosak

Bau pada enjin kereta seperti bau hangit atau bau terbakar. Pada mulanya saya sangkakan clucth lining atau masalah brek kereta kerana bau terbakar.

Saya mula bertanyakan kepada kawan-kawan, banyak yang berpendapat ianya datang daripada masalah clutch dah habis.

  • Tarik handbrek, tekan clucth dan masukkan gear 1 kemudian lepaskan perlahan-lahan. sekiranya kereta masih hidup walaupun clutch habis naik, bermakna kereta mempunyai masalah Clutch Lining.

Setelah cara di atas saya cuba, kereta terus mati, bermakna clucth masih ok dan tiada apa-apa masalah.

Kemudian saya biarkan masalah itu selama beberapa minggu dan yang merisaukan saya adalah, bau hangit tersebut semakin kuat.

Oleh kerana risau, saya cubalah cek lagi bahagian enjin. Fuhh.. banyak minyak melekat atas enjin. ada yang baru dan ada yang dah lama.. patutlah bau lain macam.

Ok dah jumpa masalah utama bau hangit tersebut. Memang masalah head gasket. Sebelum ini pernah liking 2 atau 3 kali namun tidak mengeluarkan bau yang kuat seperti sekarang. Mungkin sebab minyak banyak yang keluar.

Baca Juga: Tukar Timing Belt Kereta Kali Pertama

Tukar Head Gasket

Pada mulanya cadang nak hantar saja kereta ni ke Workshop kereta untuk tukar head gasket tapi terpikir pula kos charge dia.

Kemudian saya berbincang dengan adik saya. Alhamdullilah adik cakap boleh, yang penting peralatan dan alat ganti ada.

Kemudian terpikir nak order melalui Shopee sebab barang di sana selalunya murah tapi penghantaran pula memakan masa beberapa hari. Paling cepat pun 3 hari.

Ok tak pa lah, terpaksa beli di kedai part kereta sekitar kawasan tempatku. Oh ya, sekiranya masalah liking head gasket sahaja, alat yang kita perlu beli Silicone Gasket sahaja.

Nasib baik pekerja di kedai tu bagi tau, kalau tidak saya dah beli 1 set seperti dalam gambar di bawah:

tukar head gasket saga blm
Peralatan sekiranya nak overhaul enjin

Kalau sekadar enjin liking, kita hanya perlu Silicone Gasket sahaja macam gambar di bawah ni:

cilicone gasket saga blm

Selain dari itu, satu lagi alat yang penting untuk tukar head gasket adalah gasket maker untuk letak di cover engin.:

cilicone maker

Fungsi cilicone maker ini adalah untuk memastikan gasket betul-betul grip atau lekat di enjin.

Baca Juga: Kenali Komponen Kereta Anda Dan Fungsinya

Proses Tukar Head Gasket

Tempoh menukar head gasket tidaklah memakan masa yang terlalu lama. Sekitar 25 hingga 40 minit dan bergantung juga tahap kemahiran atau kebiasaan sesorang itu menukar.

Namun kena berhati-hati pada bahagian dalaman enjin apabila cover atas enjin dibuka sebab takut ada benda-benda lain termasuk ke dalamnya.

top enjin blm dibuka
Keadaan dalam enjin kereta BLM

Gambar di atas menunjukkan head cover enjin telah dibuka. Manakala gambar di bawah adalah head cover dan head gasket yang telah rosak dan keras.

head cover saga blm
head cover
gasket silikon yang telah rosak
gasket silikon yang telah rosak

Gambar di bawah pula adalah proses pembersihan permukaan enjin dan head cover enjin proton Saga BLM yang dilakukan oleh adik saya sendiri. Pastikan permukaan enjin dan head cover betul-betul bersih dan lakukan dengan berhati-hati.

proses pembersihan head cover saga blm

Ok setelah selesai buat pembersihan, Letak gasket maker tadi, kemudian pasang gasket yang telah dibeli dan kemudian pasang balik head cover enjin seperti sedia kala.

Setelah pemasangan balik dilakukan semuanya berjalan dengan lancar. Sehingga ke hari ini, kira-kira sebulan dari pemasangan gasket baru, tiada lagi minyak baru yang keluar melalui atas enjin dan bau hangit terbakar sudah tiada.

Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar. Untuk yang belum pernah DIY tukar head gasket enjin kereta, sebenarnya bukanlah sesah sangat. mudah sebenarnya namun kena berhati-hati dan lakukan dengan sabar dan cermat.

Semoga perkongsian artikel ini iaitu pengalaman sendiri tukar head gasket proton Saga BLM yang sering bocor, dapat memberikan info berguna kepada anda semua.

You may also read!

7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

Saya nak kurus, Makanan Diet saya, kena buang nasi dari menu harian saya. so saya kena elakkan makan nasi.

Read More...
Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka

Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka Dan Di Badan

Mungkin semua orang pernah atau sedang mengalami masalah jerawat pada muka. Walaubagaimanapun, jerawat sebenarnya bukan sahaja tumbuh pada muka,

Read More...
ikhtiar doa sakit gigi

Doa Sakit Gigi Agar Sembuh Yang Ramai Tidak Tahu

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa kaedah dan doa sakit gigi agar sembuh. Sebelum itu, admin nak

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu