Tips Membeli Barang Di Lazada

In BLOGGER, TIPS

Lazada merupakan salah satu lubuk membeli barangan dengan harga yang berpatutan oleh penjual dengan pembelian secara online. Laman web Lazada adalah platform bagi para penjual barang memperdagangkan barangan mereka dan bersaing dengan peniaga yang lain untuk mendapatkan keuntungan.

Walaupun Pihak Lazada menyediakan bebrapa kaedah keselamatan bagi pembeli seperti pihak peniaga tidak akan menerima bayaran selagi barang yang dipesan belum sampai kepada pembeli, namun ada satu kaedah pihak yang digelar scam menipu pembeli.

Kaedah atau cara mereka ini walaupun mencurigakan namun masih ada beberapa individu masih terpedaya dengan kaedah ini. Untuk mengetahui cara mereka menipu akan saya jelaskan di bawah.

Cara 1 – Harga barang yang diiklankan jauh lebih murah berbanding harga kebiasaannya dan adakalanya harga yang ditawarkan tidak masuk akal
Cara 2 – Selalunya Scam akan meletakkan no telefon untuk dihubungi. dan apabila dihubungi mereka akan menyuruh kita untuk tidak membeli melalui Lazada dan akan mengarahkan kita untuk terus memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun peribadi mereka.

Tips Membeli Barang Di Lazada

Ada beberapa tips yang saya akan kongsikan kepada anda bagaimana untuk membeli barang di Lazada dengan selamat.

Harga – Harga barangan seperti telefon bimbit yang munasabah (harga semasa). melainkan barangan diistihar klon, OEM atau barangan terpakai.

Rating – Rating memainkan peranan penting juga untuk kita memilih sesuatu barang untuk dibeli. Ini kerana, apabila sesuatu barang itu mempunyai rating, menandakan barang itu sudah pernah dibeli dan mendapat maklumbalas daripada pihak pembeli.

Ulasan Pembeli – Apabila maklum balas yang banyak berserta dengan gambar atau sebagainya, menandakan produk atau barang berkenaan selamat dibeli dan bukannya penjual dari pihak scam. ini kerana barang itu telah terbukti telah sampai kepada pembeli dengan selamat. semakin banyak ulasa berserta gambar maka semakin selamat untuk kita melakukan pembelian.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah peniaga yang jujur meletakkan no telefon untuk tujuan mendapatkan info barangan secara detail. dan bukan kesemuanya adalam scam. Dan yang paling penting sekali adalah, sekiranya ada pihak menawarkan pembelian ataupun transaksi diluar daripada platform Lazada seharusnya diabaikan untuk mengelakkan daripada resiko penipuan scam.

Baca Juga: Pengalaman ditipu penjual di Mudah.my

You may also read!

toturial Cara Menggunakan Kinemaster

Cara Menggunakan Kinemaster: Ubah Background Video – Toturial By Rolland

Pernah menggunakan Kinemaster? Kinemaster adalah sebuah aplikasi untuk membuat dan mengedit video melalui android. Bagi yang tidak mempunyai PC,

Read More...
Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri

Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri – Amalan Sunnah

Khasiat Madu Kelulut telah terbukti melalui kajian sains dari segi perubatan. Selain itu ia adalah amalan sunnah iaitu salah

Read More...
haiwan ular jenis ular tedung

Jenis Ular Yang Perlu Anda Tahu Untuk Langkah Keselamatan

Sebut sahaja ular mesti banyak di antara kita yang takut, geli dan fobia dengan haiwan jenis ini. Apa tidaknya

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu