Tips Memandu Kereta Dengan Selamat

In TIPS
tips memandu dengan selamat

Ada beberapa tips memandu kereta agar anda selamat sampai ke destinasi dengan selamat dengan harapan semuanya selamat daripada bala malapetaka yang tidak kita inginkan. Statistik menunjukkan saban tahun apabila tiba masa perayaan jumlah kemalangan jalanraya amat membimbangkan.

Disini saya akan kongsikan tips-tips atau panduan agar kita selamat daripada perkara yang tidak kita inginkan ketika memandu kereta terutamanya yang melibatkan perjalanan jauh.

Tips Memandu

Tumpukan Pada Pemanduan

  • Pastikan anda memandu dengan 100% tumpuan tanpa melibatkan pergerakan atau kerja yang tidak sepatutnya.
  • Jangan gunakan telefon ketika memandu ataupun mana-mana peranti elektronik kerana akan mengurangkan fokus anda ketika memandu. Jika perlu menjawab panggilan yang penting atau membalas message, berhenti di tepi jalan agar tidak menggangu fokus anda memandu.
  • Kurangkan kelajuan kereta kerana apabila berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini, anda akan sempat untuk bertindak sesuatu untuk mengelak seperti tayar pancit atau bahaya yang datang daripada pemandu lain.
  • Apabila anda keletihan semasa memandu, berhenti sebentar dan rehatlah agar anda kembali bertenaga.
  • Sentiasa awasi haiwan seperti lembu, gajah atau sebagainya melintas jalan raya kerana kerap juga terjadi kemalangan disebabkan tidak sempat mengelak haiwan yang sedang melintas jalan raya.

Memandu Secara Defensif

  • Sentiasa peka dengan pemandu-pemandu di sekitar anda agar waspada perkara-perkara yang tidak dijangka.
  • Beranggapan pemandu lain dapat membahayakan anda dan anda sentiasa mengelaknya. Ini juga dapat membantu anda untuk sentiasa berwaspada.
  • Pastikan jarak kereta anda dengan pemandu lain selamat. Sebagai contoh jarakkan 2 saat kereta anda dan kereta lain di hadapan dan jarakkan 4 saat ketika cuaca tidak baik.

Rancang Pemanduan Yang Selamat

  • Urus jadual masa ketika membuat perjalanan terutamanya ketika melibatkan perjalanan jauh seperti untuk berhenti makan, istirehat, membuat panggilan telefon atau apa-apa yang perlu.
  • Sebelum memaulakan perjalanan, pastikan semua keadaan kenderaan selamat untuk dipandu. Laraskan kerusi, cermin sisi dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan.

Persekitaran Pemanduan Yang Selamat

  • Susun barang dalam kereta dengan teratur dan mudah dijangkau agar senang dijangkau ketika memandu seperti air, kad tol, dan sebagainya.
  • Sentiasa memakai tali pinggang keledar.
  • Elakkan sebarang bentuk dadah, ubat yang mengakibatkan mengantuk, sebarang minuman yang memabukkan.
  • Elakkan anak-anak bermain di dalam kereta agar tidak menggangu anda ketika memandu, selain itu bunyi yang riuh dalam kereta seperti anak bermain akan menggangu fokus anda ketika memandu.

Selain tips pemanduan kereta di atas, ketenangan dalam pemanduan adalah sangat perlu. Janga mudah panik ketika ada masalah ketika sedang memandu.

tidur yang mencukupi juga mempengaruhi keselamatan dalam pemanduan kereta. Sekiranya anda mempunyai plan untuk memandu jarak yang jauh, pastikan tidur anda cukup pada malam sebelum memulakan perjalanan. Tahukah anda kekerapan berlaku kemalangan di jalan raya adalah disebabkan terlelap ketika memandu selain dari kecuaian sendiri.

Sentiasa awasi kelajuan kereta ketika memandu. Sentiasa melihat meter kelajuan kerana ketika memandu, selalunya kita tidak akan sedar kelajuan kereta kita yang telah melebihi kelajuan yang sepatutnya.

Apabila memotong laluan kereta lain di hadapan, pastikan tiada kereta di hadapan iaitu arah bertentangan ataupun jarak kereta yang bertentangan masih jauh dan sentiasa memasang lampu isyarat apabila memotong kenderaan lain.

Malang tidak berbau, apa-apapun boleh terjadi pada perjalanan kita. Jika bukan kesilapan kita boleh jadi kesilapan pemandu lain. Oleh itu sentiasa berwaspada ketika sedang memandu. Semoga artikel tips memandu kereta dengan selamat ini dapat membantu ada untuk memulakan perjalanan.

Doa Sebelum Memulakan Perjalanan

Baca Juga: Amalan Doa Pendinding & Penggerak

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu