5 Tempat Menarik Di Cameron Highland Yang Wajib Dikunjungi

In TEMPAT MENARIK
5 Tempat Menarik Di Cameron Highland Yang Wajib Dikunjungi

Bagi mereka yang mempunyai hobi melancong dalam negeri, Cameron Highland merupakan distinasi yang paling sesuai untuk anda dan rasanya memang tidak rugi jika bercuti di sini. Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia.

Dengan persekitaran dan udaranya yang segar dan sejuk serta dikelilingi hutan yang menghijau, membuatkan Cameron Highland adalah tempat yang wajib dikunjungi bagi rakyat tempatan.

Selain dari pengunjung dalam negeri, Pelancong dari serata dunia juga banyak mengunjungi tempat ini kerana keindahan tempatnya serta mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi.

Peta Lokasi Cameron Highland, Pahang

Baca Juga: Kenali Tempat Menarik Di Daerah Ranau Sabah Yang Wajib Dikunjungi

Tempat Menarik Di Cameron Highland

Bagi memudahkan anda bercuti di tempat ini, Jom!! kita terokai tempat-tempat menarik sekitar Cameron Highland yang memukau mata memandang dan pastinya anda tidak sabar untuk berkunjung ke tempat ini.

1. Ladang Teh BOH Cameron Highland

Ladang teh ini terletak di Sungai Palas, Ringlet, dan Habu dan dimiliki oleh syarikat BOH Plantation. Pemandangan yang sangat indah, dikelilingi kehijauan tanaman teh yang memukau mata memandang.

Ladang Teh ini adalah tempat yang paling popular dan wajib dikunjungi oleh setiap pelancong apabila bercuti di tempat ini dan tidak hiranlah, ketika waktu cuti umum atau cuti-cuti sekolah, orang ramai berpusu-pusu berkunjung di tempat ini kerana keindahan tempatnya yang menajubkan.

BOH Sungai Palas Tea Centre

Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

Telefon: 05-496 2096

Waktu perniagaan: 

Sabtu8:30PG–4:30PTG
Ahad8:30PG–4:30PTG
IsninTutup
Selasa8:30PG–4:30PTG
Rabu8:30PG–4:30PTG
Khamis8:30PG–4:30PTG
Jumaat8:30PG–4:30PTG

2. Ladang Strawberry / Big Red Strawberry Farm

Satu lagi tempat menarik wajib dikunjungi sewaktu bercuti di Cameron Highland ialah Ladang Strawberry yang tidak kurang indahnya. Terdapat Juga Cafe di dalam kawasan Ladang yang menyajikan bermacam makanan berasaskan Strawberry. Pelancong juga boleh merasakan sendiri pengalaman memetik buah strawberry segar

Selain daripada Ladang Strawberry, terdapat juga kedai Menjual cenderamata sebagai kenangan, ladang sayur organik serta Taman Bunga.

Sebenarnya Selain daripada ladang Big Red Strawberry Farm, ada banyak lagi ladang strawberry yang terdapat di Cameron Highland. Antaranya ialah:

Peta Lokasi Ladang Strawberry

3. Mossy Forest atau Hutan Berlumut / Puncak Gunung Brincang

Jika anda seorang yang mencintai hutan yang belum diterokai dan minat dengan aktiviti Jungle Tracking, Puncak Gunung Brincang dan juga Mossy Forest adalah pilihan yang tepat. Dikhabarkan tempat ini menjadi salah satu lokasi penggambaran filem Puteri Gunung Ledang satu ketika dahulu.

Puncak Gunung Brincang merupakan kawasan tertinggi di Cameron Highland dan anda boleh melihat bandaraya Ipoh sekiranya berada di menara tinjau yang terletak di sini.

Peta Lokasi Mossy Forest / Hutan Berlumut

4. Ladang Lebah Eu Feng Gu Cameron Highland

Beralamat Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang – 3.5 km daripada Pekan Brinchang, tempat ini adalah ladang Lebah kepunyaan Eu Feng Gu. Jika anda melawat tempat ini, anda akan mendapat pengalaman baru iaitu bagaimana madu diproses dan bagaimana lebah madu diternak.

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk membeli produk-produk yang dihasilkan daripada madu segar seperti, madu asli, losyen Madu, sabun-sabun yang diperbuat daripada madu dan banyak lagi yang ada dijual di ladang ini.

Peta lokasi Ladang Madu Cameron Highland

5. Taman Agro Teknologi MARDI Cameron Highland

Taman Agro Teknologi MARDI merupakan satu tempat yang wajib singgah sekiranya berkunjung di Cameron Highland. Tempat ini lengkap dengan kemudahan untuk pengunjung seperti hotel untuk penginapan, taman bunga yang cantik, ladang strawberry dan banyak lagi. Boleh dikatakan semua tanaman yang ada di Cameron Highland ada terdapat di Taman Agro ini.

  • Waktu operasi : 8.00pagi – 5.00petang.
  • Tutup : ISNIN
  • Koordinat : 4.467996,101.385013
  • Bayaran tiket masuk : Dewasa RM5, Pelajar RM2.

Peta Taman Agro Teknologi MARDI

Setakat 5 sahaja tempat menarik di Cameron Highland yang sempat saya kongsikan setakat ini. Sebenarnya terdapat berpuluh lagi tempat-tempat menarik yang terdapat di Cameron Highland yang wajib dikunjungi apabila bercuti di sini. Insyallah akan diupdate kemudian.

Semoga artikel ini bermanfaat kepada semua pembaca..

You may also read!

Cara Delete Atau Buang Iklan Di Mudah.my Guna Telefon Bimbit

Cara Delete Atau Buang Iklan Di Mudah.my Guna Telefon Bimbit

Sebelum ini saya ada post satu artikel yang menunjukkan cara-cara mengiklan barang di mudah dengan menggunakan smartphone. Artikel tersebut

Read More...
Banyaknya Khasiat Lemon Yang Tidak Diketahui Ramai

Banyaknya Khasiat Lemon Yang Tidak Diketahui Ramai

Pernah dengar lemon? Tahu apa khasiatnya? Lemon adalah sejenis buah dari keluarga limau serta kulit berwarna kuning dan mempunyai

Read More...
Punca Penyakit Asma Dan Cara Mengubati

Punca Penyakit Asma Dan Cara Mengubati Asma

Apakah itu Penyakit Asma? Penyakit asma atau lebih dikenali dalam masyarakat kita lelah, adalah satu keadaan di mana saluran

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu