Tabiat Buruk Yang Merosakkan Gigi Anda

In KESIHATAN

Seperti yang kita tahu asas untuk menjaga gigi kita agar kekal cantik, bersih dan tahan adalah dengan memberus gigi, Floss dan berjumpa dengan doktor gigi dua kali setahun. Tetapi tahukah anda ada beberapa tabiat buruk yang merosakkan gigi anda.

Artikel kali ini kita akan mengetahui beberapa tabiat buruk yang merosakkan gigi dan akan mempelajari cara menghindari kerosakan gigi dan perubahan warna gigi.

Tabiat Buruk Yang Merosakkan Gigi Anda

1. Tabiat Buruk Rosakkan Gigi: Merokok

Salah satu sebab untuk kita berhenti merokok kerana rokok salah satu penyebab kerosakan gigi. Merokok adalah tabiat buruk yang merosakkan gigi. Tembakau boleh mengeringkan mulut dan meningkatkan jumlah pembentukan plak di sekitar gigi kita. Selain itu perokok lebih cenderung kehilangan gigi lebih awal berbanding dengan yang tidak merokok kerana masalah penyakit gusi. Kanser mulut juga dikaitkan dengan amalan merokok.

2. Tabiat Buruk Rosakkan gigi: Binge Eating

Tabiat Binge Eating adalah di mana perilaku akan makan tanpa boleh mengawal bila harus berhenti. Ia juga dikenali Binge Eating Disorder. Insan normal juga kadang kala makan dalam jumlah yang banyak dan susah dikawal namun tidak berkekalan berbanding dengan Binge Eating. Tentunya Tabiat Binge Eating mudah menyebabkan masalah gigi atau kerosakan gigi lebih-lebih lagi sekiranya kerap makan makanan yang manis.

3. Tabiat Buruk Rosakkan Gigi: Minum Wain Putih

Sememangnya meminum arak ada satu tabiat buruk dan peru dihindarkan. Salah satu keburukan meminum arak terutamanya wain putih adalah kerosakan gigi kerana mengandungi asid yang tinggi. Untuk mengelak daripada kerosakan akibat meminum apa-apa bahan yang mengandungi asid termasuk wain, elakkan memberus gigi sekurang-kurangnya 30 minit selepas minum minuman seperti wain.

4. Tabiat Buruk Rosakkan Gigi: Minuman Berkafein

Salah satu budaya dan menjadi kebiasaan pada waktu pagi ialah gemar meminum kopi atau minuman yang mengandungi kafein. Malangnya kafein boleh menyebabkan gangguan aliran air liur dan menjadikan mulut kering dan menyebabkan kerosakan gigi apatah lagi sekiranya minuman itu mengandungi tinggi kandungan gula yang akan memburukkan lagi keadaan. Walaubagaimanapun, Minuman kafein juga banyak manfaatnya sekirannya diambil dengan kuantiti yang biasa. Untuk mengelakkan gangguan aliran air liur, banyakkan meminum air atau minum air secukupnya sepanjang hari untuk menghindarkan kerosakan gigi.

5. Tabiat Buruk Rosakkan Gigi: Mengunyah Objek Keras

Tabiat ini selalunya terjadi pada kanak-kanak iaitu gemar mengunyah objek seperti hujung pensil. Ini juga adalah tabiat buruk yang merosakkan gigi. Sekiranya seseorang menguyah sesuatu yang keras, gigi akan menghadapi tekanan dan menyebabkan gigi patah sedikit demi sedikit. Amalan ini harus dihindarkan untuk kesihatan gigi anda.

6. Tabiat Buruk Rosakkan Gigi: Gemar makan snak.

Memakan snak seperti kacang atau kuaci yang berlebihan atau berterusan adalah tabiat buruk yang merosakkan gigi. Serpihan makanan atau plak akan tertinggal lama di celah gigi dalam waktu yang lama dan seterusnya akan merosakkan gigi anda. Elakkan memakan snak tersebut terlalu kerap atau berterusan dan jangan lupa membersihkan gigi selepas makan.

7. Tabiat Buruk Rosakkan Gigi:Minum Jus Buah.

Meminum jus buah boleh menjadi sihat kerana kandungan vitamin dan mineralnya dan itu sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Namun kandungan jus buah juga memiliki gula semulajadi yang boleh menyebabkan kerosakan gigi.

Berikut kandungan gula beberapa jus buah yang popular, berdasarkan hidangan 12-auns:

Jus anggur: 58 gram
Jus epal: 39 gram
Jus oren: 33 gram

Cara penyelesaian masalah ini adalah selepas minum jus buah, pastikan berkumur atau membersihkan gigi atau menambah sedikit air kosong pada buah tersebut bagi mengelakkan kerosakan gigi.

8. Tabiat Buruk Rosakkan Gigi: Minuman Sukan

Minuman sukan seperti minuman isotonik baik untuk para atlet atau ahli sukan bagi menambah tenaga. Walaubagaimanapun dari segi kesihatan gigi ia juga tabiat buruk yang merosakkan gigi. Minuman ini sama seperti minuman bersoda iaitu mengandungi banyak gula dan asid yang menggalakkan bakteria penghasil asid untuk berkembang biak dalam mulut anda yang merosakkan gigi. Dari segi kesihatan pula, minuman ini hanya mereka yang benar-benar bersukan sahaja yang boleh kerana mereka perlu mendapat tenaga daripadanya dan sekiranya diambil bagi yang kurang aktif boleh membawa pelbagai penyakit seperti Diabetis dan obesiti.

9. Tabiat Buruk Rosakkan Gigi: Minuman Bersoda

Minuman bersoda merupakan minuman yang dikategorikan minuman tidak baik untuk kesihatan termasuklah kesihatan gigi anda. Minuman soda mengandungi gula dan asid yang tinggi. Asid yang tinggi akan mengikis enamel gigi yang membawa pada masalah gigi. Kurangkan meminum minuman berasaskan soda atau bersihkan gigi anda dengan berkumur selepas meminumnya.

10. Tabiat Buruk Rosakkan Gigi: Gemar Makanan Manis

Ramai orang tahu gula merupakan salah satu makanan yang boleh merosakkan gigi. Namun terdapat beberapa lagi jenis manisan yang lebih berisiko merosakkan gigi anda. Sebagai contoh Gula-gula atau gula-gula Gummy yang apabila dikunyah atau digigit menyebabkan serpihan akan betul-betul melekat di gigi dalam jangka waktu yang lama. Ini akan menyebabkan gigi mudah rosak.

Baca Juga: Anda Gastrik? Cara Atasi Gastrik Dengan Mudah Dan Berkesan

Rahsia Gigi Putih Bersinar Dan Bersih

Gigi berwarna kelabu dan kekuningan menyebabkan anda malu untuk senyum jika berdepan dengan seseorang disebabkan beberapa faktor di yang telah dijelaskan di atas. Di sini ada beberapa petua atau panduan agar gigi anda putih bersinar dan bersih.

Produk Pemutih Gigi

Ada beberapa pembersih dan pemutih gigi yang ada di jual di kedai-kedai farmasi. Minta bantuan daripada mereka untuk pemilihan pemutih gigi yang tepat agar kotoran atau noda pada gigi hilang dan putih.

Pilih Ubat Gigi Yang Sesuai

Ada beberapa ubat gigi, jel dan cecair yang tidak mengandungi pemutih gigi. Pemilihan ubat gigi yang tepat dapat memutihkan gigi anda dan gigi akan tahan.

Petua Dari Rumah Untuk Putihkan Gigi

Lemon dengan baking soda

Saat air lemon dicampur dengan baking soda, hal tersebut dapat menjaga kalsium di enamel untuk memperkuat dan memutihkan gigi.

Caranya dengan mencampurkan baking soda dan air lemon dengan takaran yang seimbang untuk membuat pasta. Oleskan pada gigi dan biarkan selama semenit. Sikatlah gigi dengan pasta ini selama satu atau dua menit sebelum membilasnya dengan air.

Sikat gigi dengan pasta gigi biasa untuk membersihkan campuran tersebut. Ulangi cara ini sekali atau dua kali dalam seminggu.

Jumpa Doktor Gigi Ikut Jadual

Kerap berjumpa dengan doktor gigi iaitu seperti yang disyorkan oleh ramai doktor gigi paling kurang 6 bulan sekali untuk membuat pemeriksaan. Pembersihan yang dilakukan oleh Doktor gigi profesional akan membantu anda mengekalkan satu set gigi yang agak bebas noda atau kotoran gigi akan berkurang. Penjagaan pergigian yang baik sepatutnya membolehkan kebanyakan orang menunjukkan “putih mutiara” ketika mereka tersenyum

Kesimpulan

Kebersihan gigi adalah penting untuk mengelakkan gigi daripada menghadapi masalah seperti kerosakan gigi dan yang paling ditakuti ialah apabila gigi sakit atau perlu dicabut oleh doktor. Semoga artikel atau entri ini bermanfaat kepada semua pembaca.

Baca Juga: Bahaya Smartphone Pada Kesihatan Dan Keselamatan Anda

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu