Panduan Solat Dhuha Dan Doa Dhuha Yang Mudah Dan Lengkap

In AGAMA
Panduan Solat Dhuha Dan Doa Dhuha Yang Mudah Dan Lengkap

Solat Dhuha Dan Doa Dhuha

Solat Dhuha adalah amalan solat sunat dalam Islam dan amat digalakkan dalam ajaran islam. Di dalam Al-Quran, ada beberapa ayat menerangkan mengenai solat Dhuha iaitu surah Thaha:59, AI-A’raf:98, dan An-Nazi’at:46 Tahukan kita? solat Sunat Dhuha mempunyai banyak Keistimewaan.

Pengertian Solat Dhuha

Istilah Dhuha bererti ( “panas sinar matahari” atau “pagi hari” ). Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan setelah terbit matahari sehingga sebelum matahari berada di tengah-tengah atau lebih mudah difahami, 20 minit setelah terbit matahari sehingga sebelum waktu Zohor (10 minit sebelum waktu solat Zohor).

Hadis Solat Dhuha

Daripada Abu Dzar R.A., Rasulullah ﷺ bersabda:

“Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”- Hadith riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud

Jumlah Rakaat Solat Dhuha

Solat Sunat Dhuha boleh dilaksanakan sebanyak: dua, empat, enam atau lapan rakaat dengan setiap 2 rakaat, satu salam. Selain itu cara solat Dhuha adalah sama dengan solat sunat yang lain.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa beliau ditanya tentang bilangan rakaat solat sunat dhuha yang dikerjakan oleh Baginda, Maka beliau menjawab baginda besolat sebanyak empat rakaat dan menambah lebih daripada itu jika Baginda kehendaki.

Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ yang menyatakan Baginda solat dhuha sebanyak lapan rakaat pada hari pembukaan Kota Makkah. Kedua-dua riwayat ini terdapat dalam Shahih Muslim.

Lafaz Niat Solat Dhuha

Lafaz Niat Solat Dhuha
Lafaz Niat Solat Dhuha

Bacaan Surah Solat Dhuha

Sebenarnya tiada tetapan atau bacaan surah wajib dalam solat sunat dhuha namun, kita digalakan untuk membaca Surah Asy-Shams pada rakaat pertama dan surah Surah Adh-Dhuha untuk rakaat kedua

Rakaat Pertama Surah Asy-Shams:

Bacaan Surah Solat Dhuha as-shams
Bacaan Surah Solat Dhuha as-shams

Rakaat Pertama Surah Adh-Dhuha:

Bacaan Surah Solat Dhuha adh-dhuha
Bacaan Surah Solat Dhuha adh-dhuha

Bacaan Ketika Sujud Terakhir Solat Dhuha

Pada sujud terakhir, setelah selesai membacakan tasbih sujud biasa, sebelum duduk untuk tahiyat akhir, bacalah doa ini sebanyak 40 kali:

Bacaan Ketika Sujud Terakhir Solat Dhuha

Bacaan Rumi: Wa-Hab li yaa-waH-Haa bu ‘il-man wa hikmatan, wa-hik-ma-tan, waar-zuq-niy, yaa-raz-zza-qu kun liy mu-saH-Ha-laa 

Maksudnya: Berikanlah kepadaku, wahai Tuhan yang maha memberi akan ilmu dan hikmah dan murahanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan yang maha pemberi rezeki. Jadikanlah ia mudah bagiku.

Doa Dhuha (Selepas solat sunat Dhuha)

Kita digalakkan untuk membaca doa dhuha selepas selesai solat sunat dhuha.

Doa Selepas Solat Sunat Dhuha:

Doa Selepas Solat Sunat Dhuha
Doa Selepas Solat Sunat Dhuha

Bacaan Dalam Rumi: ALLAHUMMA INNADH DHUHA-A DHUHA-UKA, WAL BAHAA-A BAHAA-UKA, WAL JAMAALA JAMAALUKA, WAL QUWWATA QUWWATUKA, WAL QUDRATA QUDRATUKA, WAL ISHMATA ISHMATUKA. ALLAHUMMA INKAANA RIZQI FISSAMA-I FA ANZILHU, WA INKAANA FIL ARDHI FA-AKHRIJHU, WA INKAANA MU’ASSARAN FAYASSIRHU, WAINKAANA HARAAMAN FATHAHHIRHU, WA INKAANA BA’IDAN FA QARRIBHU, BIHAQQADUHAA-IKA WA BAHAAIKA, WA JAMAALIKA WA QUWWATIKA WA QUDRATIKA, AATINI MAA ATAITA MIN ‘IBAADIKASSOLIHIN.

Maksud Doa Dhuha:

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-Mu
Kecantikannya Kecantikan-Mu
Keindahannya Keindahan-Mu
Kekuatannya Kekuatan-Mu
Kekuasaannya Kekuasaan-Mu
Perlindungannya Perlindungan-Mu

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, per-Mudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-Mu, keindahan-Mu
Kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

Video Doa Dhuha

Video Panduan Solat Sunat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Solat Sunat Dhuha adalah salah satu amalan yang mendapat ganjaran bagi mereka yang mengerjakannya. Antara kelebihannya Adalah:

1. Mendapat istana emas

مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الجَنَّةِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak 12 rakaat, maka Allah akan membina baginya sebuah istana daripada emas di syurga.” [Riwayat al-Tirmizi (473) dan Ibn Majah (1380)]

2. Urusan Dipermudahkan

Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu (solat Dhuha), nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”

(Hadis Riwayat Abu Dawud)

3. Dicukupkan Rezekinya

Allah S.W.T menjamin rezeki yang cukup kepada hambanya yang mempunyai masa untuk solat Dhuha. Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”

(Hadis Riwayat Abu Dawud)

4. Nilai Seperti Sedekah

Dari Abu Dzar, dari Rasulullah S.A.W beliau bersabda : “Di setiap pagi ada kewajipan sedekah ke atas setiap sendi dari salah seorang kalian. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, amar makruf nahi mungkar adalah sedekah. Dan dapat memadai untuk semua itu dua rakaat yang dilakukan pada waktu Dhuha”

( Hadis Riwayat Muslim )

5. Diampunkan Dosa Yang Terdahulu

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”

(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

6. Mendapat Pahala Umrah

 Daripada Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.”

(Sahih Al-Targhib: 673)

7. Memperoleh Keuntungan Besar

Rasulullah S.A.W bersabda : “Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuanannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.”

(Sahih al-Targhib : 666)

Semoga artikel ini iaitu panduan solat dhuha dan doa dhuha dapat memberi manfaat kepada semua pembaca dan juga semoga perkongsian ini dapat mempermudahkan anda untuk melakukan solat sunat dhuha.

Wajib Baca:

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu