Siapakah Dajjal Dan Ciri-cirinya

In AGAMA, TAHUKAH ANDA

Siapakah Dajjal?

Dajjal adalah seorang lelaki dari anak manusia dari keturunan kaum Yahudi yang mempunyai paras rupa yang buruk, berperangai dan berbentuk seperti syaitan. Ciri-ciri dan Bentuk tubuhnya sudah dijelaskan dengan jelas oleh Rasulullah s.a.w. sehingga apabila orang melihatnya amat mudah untuk mengenalinya.

Ciri-ciri Dajjal.

Seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah, apabila melihatnya dari jarak jauh, kelihatan ia seorang yang bertubuh pendek, berbadan sangat gemuk, berkulit coklat merah tulin, pipi merah, berkepala besar seakan-akan kepalanya seperti kepala ular, berambut sangat kereting dan berbintik-bintik, seperti rambutnya diperbuat dari air dan kerikil, tebal rambutnya dan berkelok-kelok seakan-akan rambutnya dahan-dahan pokok.

selain itu hujung kedua tapak kakinya pula rapat-rapat sedangkan tumitnya berjauhan. (lihat Hadis Imam Ahmad dalam musnadnya dan diriwayatkan juga oleh Abu Ya’La dari Ibn Abbas. Sanad Hadis ini disohehkan oleh Al-Hafiz Ibn Kathir dalam Tagsirnya).

Apabila dilihat dari jarak dekat pula, tubuh Dajjal seperti syaitan yang buruk dan menakutkan. bahagian kanan mukanya terhapus dan tidak bermata serta tidak beralis.

mata kirinya bercahaya berwarna hijau seakan-akan ia adalah bintang yang berkilau dan seakan-akan kaca hijau yang memgembang, terbelalak dan membengkak di dtas pipinya seperti biji anggur yang terapung.

“Dajjal tidak akan muncul sehingga manusia melupakannya dan para Imam meninggalkan untuk mengingatnya di atas mimbar-mimbar.” (HR Ahmad)

Hadis Nabi S.A.W. di atas menjelaskan bahawa Dajjal akan muncul apabila manusia telah lalai dan melupakan perkara Dajjal serta para Imam tidak lagi memperingatkan umat akan bahaya puncak fitnah Dajjal, maka ketika itulah Dajjal akan keluar.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari siksa jahannam dan siksa kubur, dan fitnah kehidupan dan kematian, serta keburukan fitnah Masihid Dajjal.” (HR. Muslim 924)

You may also read!

Cara Delete Atau Buang Iklan Di Mudah.my Guna Telefon Bimbit

Cara Delete Atau Buang Iklan Di Mudah.my Guna Telefon Bimbit

Sebelum ini saya ada post satu artikel yang menunjukkan cara-cara mengiklan barang di mudah dengan menggunakan smartphone. Artikel tersebut

Read More...
Banyaknya Khasiat Lemon Yang Tidak Diketahui Ramai

Banyaknya Khasiat Lemon Yang Tidak Diketahui Ramai

Pernah dengar lemon? Tahu apa khasiatnya? Lemon adalah sejenis buah dari keluarga limau serta kulit berwarna kuning dan mempunyai

Read More...
Punca Penyakit Asma Dan Cara Mengubati

Punca Penyakit Asma Dan Cara Mengubati Asma

Apakah itu Penyakit Asma? Penyakit asma atau lebih dikenali dalam masyarakat kita lelah, adalah satu keadaan di mana saluran

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu