Shopping Handphone Baru Di Shopee

In BLOGGER
Beli Handphone Dari Shopee 5

Salah satu kegemaran saya dan isteri adalah lebih suka membeli barang secara online. Tetapi barang yang bukan urgent la sebab kalau urgent kena beli cepat kan.. kalau beli secara online ni makan masa sikit la.. lebih lebih lagi macam kami ni Original Sabahan Bah.. jauh bah tu kana kirim dari Semananjung 🙂 .. tapi kalau barang yang bukan mau cepat atau urgent, kami lebih suka membeli secara online seperti di Shopee atau Lazada tapi selalunya Shopee la.

Hari tu isteri cakap mau tukar handphone, lagipun hari lahirnya dekat sudah.. so apa lagi Shopee la jawap dia.. kalau di Sabah memang kalau barangan elektrik termasuk handphone mahal sikit. So kalau mau murah kena beli la online. Lagipun handphone isteri sudah pakai bertahun-tahun, apa salahnya ganti kan.. bukan selalu..

Ini Handphone Pilihan Isteri

Model Y91c keluaran baru dari VIVO memang berbaloi dengan harga.. ia baru dilancarkan pada tahun 2019. Kalau harga di kedai RM499 tapi kalau online di shopee, ada tawaran atau potongan harga yang tinggi so memang harga turun.

Vivo Y91c Specification

Memang berbaloi la pakai ni handphone. paling saya suka adalah batteri Handphone ini yang tinggi iaitu 4030 mAh selain ROM yang besar iaitu 32 GB storan.

Sebelum ini banyak barang telah saya beli melalui online di Shopee dan semuanya tidak mengecewakan.. barang sampai dengan selamat tanpa kerosakan. Masa penghantaran pula selalunya on time tapi kadang-kadang lewat 1 atau 2 hari tu biasalah..

Barang dipesan telah sampai dengan selamat. Seterusnya proses membuka :))

Handphone sampai tepat pada waktunya dan keadaan phone terbaik.. Saya dah cuba semua peranti ini termasuk software dan memang puas hati.. yang penting handpone ini ori dan warranti dari VIVO. Selalunya teknik saya dan orang lain guna kalau shopping di Shopee ialah, pastikan produk kualiti barang itu.. kalau tidak, memang dapat yang bukan sepatutnya la..

Pertama lihat pembelian.. ada sejarah pembelian maka produk memang ada dan lihat pula komen-komen dari pembeli sebelumnya.. dari sana kita boleh nilai produk yang mereka jual termasuk peranti mudah alih.

Pilih barang dengan penghantaran percuma supaya save budget. Kadang-Kadang saya tingu tempoh penjual kirim barang. tapi kalau area semananjung 1-2 hari sampai kalau guna pos laju. kalau Sabah Sarawak ambil masa 3-4 hari sampai.

Artikel ini sekadar berkongsi pengalaman sndiri beli barang di Shopee serta berkongsi sedikit tips berguna untuk semua pembaca..

You may also read!

toturial Cara Menggunakan Kinemaster

Cara Menggunakan Kinemaster: Ubah Background Video – Toturial By Rolland

Pernah menggunakan Kinemaster? Kinemaster adalah sebuah aplikasi untuk membuat dan mengedit video melalui android. Bagi yang tidak mempunyai PC,

Read More...
Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri

Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri – Amalan Sunnah

Khasiat Madu Kelulut telah terbukti melalui kajian sains dari segi perubatan. Selain itu ia adalah amalan sunnah iaitu salah

Read More...
haiwan ular jenis ular tedung

Jenis Ular Yang Perlu Anda Tahu Untuk Langkah Keselamatan

Sebut sahaja ular mesti banyak di antara kita yang takut, geli dan fobia dengan haiwan jenis ini. Apa tidaknya

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu