Apa Itu Semut Charlie Dan Kenapa Ianya Bahaya?

In KESIHATAN
Apa Itu Semut Charlie Dan Kenapa Ianya Bahaya

Pernah dengar Semut Charlie? Pernah anda digigit semut ini? Semut charlie yang juga dikenali sebagai rove beetle, Semut Semai, atau Semut Kayap. adalah semut yang merbahaya sekiranya terdedah dengan racunnya. Selalunya yang terkena racun ini adalah kanak-kanan atau orang dewasa yang tidak mengatahui bahayanya semut ini.

Sekiranya kulit terdedah dengan racun ini, kulit akan melecur teruk, kemerah-merahan hitam, dan sangat pedih, sakit dan gatal.

Sebenarnya gigitan semut ini tidak bahaya tetapi rembesan sejenis cecair yang berbisa boleh membahayakan dan lebih berbisa daripada bisa ular tedung.

Serangga ini bertubuh kecil iaitu bersaiz kurang daripada 1cm dan berbelang hitam – jungga.

Apa Itu Semut Charlie

Semut charlie banyak ditemukan di kawasan berumput dan juga di kawasan sawah manakala semut ini sangat tertarik kepada cahaya lampu pada waktu malam.

Tahukan anda racun daripada semut charlie ini bersamaan dengan 12 kali ganda dengan racun ular tedung.

Baca Juga:

Waktu Semut Charlie Menyerang

Pensyarah Kanan Perubatan dan Pakar Dermatologi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Kartini Farah Rahim berkata Semut Charlie aktif menyerang pada musim hujan terutamanya bulan Julai hingga Oktober berikutan musim hujan waktu itu.

Kesan Gigitan Semut Charlie

Kesan gigitan semut ini adalah kulit akan menjadi kemerahan, gatal dan melepuh selepas lebih kurang 12 hingga 36 jam. Selain itu, kesan gigitan ini mengambil beberapa minggu untuk pulih sepenuhnya.

kesan bahaya gigitan semut charlie
kesan bahaya gigitan semut charlie

Pencegahan Diserang Semut Charlie

  • Perlu diketahui, elakkan memicit atau memukul dan menggosok serangga ini apabila hinggap dipermukaan badan terutamanya kulit.
  • Menutup pintu dan tingkap rumah terutamanya pada waktu malam untuk menghindari serangga ini masuk kedalam rumah kerana semut ini gemar pada cahaya lampu.
  • Basuh permukaan kulit dengan sabun dan air bersih sekiranya kulit atau pakaian terdedah dengan serangga ini dan juga dapatkan rawatan segera.
  • Elakkan memasang lampu berdekatan dengan tempat tidur atau kemah pada waktu malam.
  • Digalakkan memakai jaring kelambu waktu tidur terutamanya waktu berkemah.
  • Sekiranya melakukan aktiviti perkemahan, perlu memakai ubat gegat di sekeliling aktiviti perkemahan untuk menghindari semut ini. Perlu di ketahui, racun serangga seperti semburan aerosol tidak berkesan terhadap semut ini.
  • Pastikan pakaian, cadar, selimut dan sarung bantal diperiksa terlebih dahulu sebelum digunakan.

Jika kesan berlanjutan dan semakin teruk, segera ke klinik kesihatan yang berhampiran. Semoga artikel ini bermanfaat pada anda..

Mdekmal

You may also read!

toturial Cara Menggunakan Kinemaster

Cara Menggunakan Kinemaster: Ubah Background Video – Toturial By Rolland

Pernah menggunakan Kinemaster? Kinemaster adalah sebuah aplikasi untuk membuat dan mengedit video melalui android. Bagi yang tidak mempunyai PC,

Read More...
Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri

Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri – Amalan Sunnah

Khasiat Madu Kelulut telah terbukti melalui kajian sains dari segi perubatan. Selain itu ia adalah amalan sunnah iaitu salah

Read More...
haiwan ular jenis ular tedung

Jenis Ular Yang Perlu Anda Tahu Untuk Langkah Keselamatan

Sebut sahaja ular mesti banyak di antara kita yang takut, geli dan fobia dengan haiwan jenis ini. Apa tidaknya

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu