Resepi Ayam Masak Merah Yang Mudah, Simple Dan Sedap

In RESEPI, Resepi Ayam
Resepi Ayam Masak Merah Yang Mudah, Simple Dan Sedap

Resepi Ayam Masak Merah Yang Mudah, Simple Dan Sedap

Heloo semua.. kali ini saya akan berkongsi satu resepi kegemaran saya dari kecil iaitu resepi ayam masak merah. Cara membuatnya mudah dan yang paling penting ialah, cara membuatnya simple dan mudah dan sedap.

Resepi ini sangat sesuai dimakan dengan nasi putih. Kalau kita perhatikan, banyak restoren-restoren menghidangkan lauk ayam masak merah yang sungguh menyelerakan. betul kan?

Ok.. saya akan kongsikan resepi ayam masak merah bagi memudahkan anda memasak sendiri resepi ini, manalah tau anda ada masa untuk memasak terutamanya hujung minggu kan? atau anda lagi teror dari tukang masak di kedai mamak tu 🙂

Resepi Lain: Resipi Maggi Goreng Simple Sedap

Resepi Ayam Masak Merah

BAHAN-BAHAN UTAMA:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam / Cukup Rasa Jenama Maggi
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 – 4 sudu besar cili kisar
  • 1/2 biji bawang besar Holland
  • sedikit air

Bahan-bahan Kisar:

  • Bawang besar/holand
  • 3-4 bawang merah
  • 4 ulas bawang putih

Cara-cara Memasak Ayam Masak Merah

  1. Campurkan atau lumurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Setelah itu perap seketika.
  2. Ayam tadi seterusnya di goreng tetapi jangan terlalu garing atau 2/3 masak.
  3. Seterusnya tumis semua bahan kisar tadi sehingga naik bau serta pecah minyak dan masukkan garam dan gula tadi, kacau sehingga rata.
  4. Kecilkan api, masukkan sos cili dan sos tomato, kacau rata dan masukkan sedikit air dan kacau lagi.
  5. Masukkan bawang besar tadi yang telah dihiris, dan tunggu sehingga layu, kemudian bolehlah masukkan ayam.
  6. Resepi ayam masak merah sedia dihidangkan.

Ada sesetengah orang akan letak santan atau susu cair, tapi kalau saya, saya tak letak agar masakan lebih tahan lama walaupun nampak berlemak.

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu