Rahsia Dropship Di Shopee Yang Mudah Dan Apa Itu Dropship?

In JANA PENDAPATAN, TIPS
Rahsia Dropship Di Shopee Yang Mudah

Tentu ramai yang telah mengenali laman web Shopee. Daripada orang dewasa hingga kanak-kanak tahu apa itu Shopee. Namun pernahkah anda dengar Dropship di shopee ? atau pernahkah anda dengar Dropship?

Di sini saya akan kongsikan secara ringkas apa itu dropship dan rahsia dropship di shopee yang masih ramai orang tidak mengenalinya.

Apa Itu Dropship

Dropship adalah satu kaedah perniagaan yang ringkas, mudah, santai dan sesuai dengan perniagaan online yang ada sekarang. Satu konsep perniagaan unik dropship ialah tidak memerlukan modal dan tempat untuk penyimpanan stok.

Untuk berniaga dengan konsep dropship, anda hanya perlu mendapatkan maklumat barang daripada Pembekal kemudian kita akan mempromosi barang tersebut di mana-mana laman sosial seperti facebook, whatsapp, instagram dan sebagainya.

Apabila dah ada pembeli, kita hanya perlu menghubungi pembekal untuk mengirim barang yang dipesan terus kepada pembeli. Semua kerja pos barang dan pembungkusan dilakukan oleh pembekal.

Untuk lebih mudah difahami, lihat gambar di bawah:

Rahsia Dropship Di Shopee Yang Mudah

Berniaga dropship melalui Shopee simple sebenarnya jika tahu rahsianya. Banyak peniaga telah mengaut keuntungan yang lumayan melalui dropship di Shopee.

Salah satu kelebihan berniaga di Shopee ialah trafik pengunjungnya yang tinggi setiap hari. Dengan itu, sekiranya anda membuat dropship di Shopee, peluang produk anda dibeli adalah tinggi selain itu kesemua pengunjung yang mengunjungi Shopee sememangnya berkeinginan tinggi untuk membeli. Ini lah salah satu rahsia kenapa anda harus mencuba berniaga di platform Shopee.

Lebih 15 juta barangan telah dijual dalam tempoh 24 jam

Sumber : Berita Harian (13 Sep 2018)

Jenis Produk

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan berkonsepkan dropship di Shopee, tentukan dulu apa barang atau item yang ingin dijual dan mendapat permintaan tinggi.

Antara item yang paling laris di shopee adalah produk fashion. Buatlah sedikit research tentang produk fashion di shopee. Anda boleh lihat item-item yang berasaskan fashion terjual di shopee. Di sana anda akan tahu dan menilai mana satu yang mendapat permintaan tinggi. selain itu lihat juga rating serta feedback daripada pelanggan tentang item tersebut.

rahsia dropship shopee
rahsia dropship shopee

Mencari suplier

Cari Pembekal atau supplier dari luar negara seperti di China. Antaranya ialah Alibaba.com atau Aliexpress.com. Kebanyakan pembekal yang merupakan penjual di sana mempunyai harga yang jauh lebih rendah berbanding di tempat lain.

Jika anda tidak mempunyai kad bank yang boleh membuat online transaksi antara bangsa, cukupla sekadar mencari suplier tempatan. sekiranya memilih untuk mencari suplier luar, hendaklah mengaktifkan kad debit (visa) contohnya Maybank debit card.Cuma perlu pandai mencari pembekal yang boleh menawarkan harga yang murah.

Cuba cari item yang laku atau mendapat permintaan tinggi untuk di niagakan di Shopee. Sebagai contoh anda boleh menjual Jam tangan, peralatan rumah seperti lampu, perakakas dapur dan sebagainya.

Sudah Baca? 3 Jenis Jualan Online Paling Laris Di Malaysia

Perlu Sedikit Modal

Dropship di Shopee juga memerlukan sedikit modal kerana berniaga dengan sistem Shopee mengharuskan anda menggunakan model sendiri terlebih dahulu kerana dana yang dibayar oleh pembeli hanya boleh dicairkan setelah barang yang dipesan oleh pembeli sampai atau diterima.

Jumlah modal bergantung dengan item atau harga produk daripada pembekal. Jika item yang anda iklankan daripada pembekal murah maka modal anda juga adalah sedikit.

Semoga bermanfaat

Baca Juga: Shopping Handphone Baru Di Shopee

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu