Punca Penyakit Asma Dan Cara Mengubati Asma

In KESIHATAN
Punca Penyakit Asma Dan Cara Mengubati

Apakah itu Penyakit Asma? Penyakit asma atau lebih dikenali dalam masyarakat kita lelah, adalah satu keadaan di mana saluran pernafasan (tiub bronkial) dalam paru-paru mengalami keradangan dan juga disekat oleh lendir.

Penyakit Asma

  1. Ia adalah penyakit paru-paru.
  2. Ia disebabkan oleh keradangan kronik saluran pernafasan.
  3. Proses keradangan adalah sebahagian daripada sistem pertahanan (imun) badan kita. Ia berfungsi sebagai mekanisme pertahanan. Ia melindungi badan kita daripada penyebab kerengsaan setiap kali kita bernafas.
  4. Penghidap asma mempunyai saluran udara yang sensitif kepada sesetengah bahan yang dihidu. Ini dipanggil hiperresponsif. Ia menyebabkan keradangan.
  5. Keradangan menyebabkan lapisan mukosa membengkak, lebih banyak dihasilkan untuk bertindak sebagai palam mukus dan otot mengecut yang dikenali sebagai bronkospasma. Ini menyebabkan lumen saluran pernafasan sempit dan sekaligus menyebabkan kesukaran bernafas.

Siapa yang Berisiko Mendapat Asma

  1. Salah seorang ahli keluarga kita mendapat asma (keturunan) menjadikan kita berisiko mendapat penyakit ini.
  2. Sesorang yang mendapat jangkitan dada yang teruk waktu kecil
  3. Sesorang yang Terdedah kepada perengsa secara berterusan
  4. Ahli keluarga anda mempunyai reaksi alahan atopi (yang bermakna anda boleh mewarisi tindak balas hiper-responsif kepada alahan).

Tanda-Tanda Anda Mempunyai Penyakit Asma

  • Kesukaran bernafas atau sesak dada serta berbunyi berdehit
  • Mempunyai sejarah keturunan yang menghidap asma
  • Batuk yang berulang dan berbunyi berdehit
  • Ketegangan di kawasan dada

Sekiranya mempunyai tanda-tanda di atas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui sama ada tanda-tanda yang anda alami itu adalah penyakit asma ataupun tidak, Doktor juga akan melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh terutamanya paru-paru. Kadang-kala pemeriksaan akan dibuat dengan menggunakan x-ray untuk mengatahui tahap penyakit asma.

Apa yang anda alami semasa serangan asma?

Apabila diserang asma anda akan mengalami :

  1. Batuk – Batuk adalah refleks biasa untuk membersihkan saluran yang tersumbat. Itulah sebabnya semasa serangan asma anda tidak digalakkan untuk mengambil ubat batuk melainkan dinasihatkan oleh doktor anda.
  2. Sukar bernafas atau sesak nafas – Saluran udara yang sempit menyebabkan anda mengalami kesukaran bernafas.
  3. Pernafasan berbunyi atau berdehit kerana anda bernafas melalui saluran udara yang sempit dan banyak lendir.
  4. Sesak dada.
  5. Orang di sekeliling anda akan perasan anda bekerja keras untuk bernafas. Hidung anda kelihatan merah, otot leher akan kelihatan dan ruang di antara tulang rusuk akan ditarik kerana anda bernafas.

Serangan asma yang teruk menyebabkan anda sukar bercakap. Dalam keadaan ini, anda perlu segera dapatkan rawatan doktor.

Adakah rawatan untuk asma?

Asma bronkial adalah penyakit kronik seperti hipertensi dan diabetes. Ini bermakna, jika anda disahkan menghidap asma, anda memerlukan rawatan sepanjang hayat. Ia tidak boleh dirawat. Berita baik! Anda boleh mengawal asma dan anda boleh menjalani hidup normal seperti orang lain.

Bagaimana mengawal asma?

  • Fahami masalah anda. Dapatkan nasihat doktor walaupun anda berjumpa doktor dengan ibu bapa anda. Libatkan diri anda dalam pengurusan penyakit asma anda.
  • Ketahui pencetus asma anda. Ketahui punca anda mendapat serangan asma seperti terdedah kepada asap rokok, cuaca sejuk atau panas yang melampau, tekanan, melakukan senaman berat atau makanan atau pewarna yang menyebabkan alahan.
  • Kerap berjumpa doktor. Bincang dengan doktor tentang masalah anda dan bentuk satu pelan tindakan asma bersama-sama.
  • Ketahui ubat anda. Ketahui apa, bila dan kekerapan mengambil ubat dan tujuan anda mengambil ubat tersebut.
  • Ambil ubat anda seperti yang dinasihati oleh doktor.

Apakah pencetus serangan asma?

Bagaimana untuk menghindari pencetus serangan asma?

PencetusApa yang boleh anda lakukan
Perengsa/AsapBerhenti merokokMinta ahli keluarga untuk berhenti merokokJangan benarkan orang lain untuk merokok di sekeliling anda, rumah dan dalam kereta anda walaupun anda tidak berada di dalamnya. Debu asap mungkin melekat pada perabot atau kerusi kereta. Menghidunya boleh mencetuskan seranganElakkan menggunakan bahan kimia yang berbau kuatElakkan berada di tempat yang berlakunya pembakaran terbuka
AlahanBulu haiwan : Pastikan haiwan peliharaan anda diletakkan di luar rumahHama : Gunakan penutup kalis habuk untuk bantal dan tilam, keluarkan permaidani dari rumah atau vakum secara berkalaLipas : Gunakan racun serangga, simpan makanan dan sampah di dalam bekas tertutupAcuan : Sentiasa menjaga kebersihan rumah Betulkan paip yang bocor. Gunakan alat penyahlembap udara.Debunga : Elakkan menghidu bunga atau elakkan keluar pada musim bunga
Ubat-ubatanKenal pasti ubat-ubatan yang menjadikan anda sensitif
SenamanDapatkan nasihat doktor anda sebelum terlibat dalam sebarang aktiviti sukan yang berat
Jangkitan/refluksDapatkan nasihat doktor untuk rawatan berkaitan jangkitan/refluks
Tekanan emosiLakukan senaman bagi mengurangkan stress. Dapatkan rehat secukupnya

Ubat-ubatan untuk asma

Terbahagi kepada 2 bahagian :

  • Ubat pelega :
    • Berguna untuk melegakan gejala-gejala asma dan menghilangkan serangan sebelum ia menjadi teruk.
    • Ia harus digunakan semasa tanda awal serangan asma dikesan.
    • Tidak sesuai digunakan apabila serangan telah menjadi teruk kerana anda tidak dapat bernafas dengan betul dan penyelarasan sukar dilakukan.
    • Apabila digunakan dengan betul, ia akan melegakan gejala dengan cepat.
    • Ubat yang disarankan adalah agonis Beta2 atau Salbutamol yang dihidu.
    • Ia melegakan bronkospasma dengan merehatkan otot di saluran pernafasan.
    • Ini menyebabkan saluran pernafasan terbuka dan membolehkan udara mengalir dengan lebih baik dan gas dalam paru-paru bertukar dengan lebih baik.
    • Salbutamol juga boleh didapati dalam bentuk tablet. Namun, pengambilan secara oral boleh menyebabkan lebih banyak kesan sampingan seperti jantung berdebar, menggigil dan lain-lain.
  • Ubat pencegah atau kawalan jangka panjang.
    • Ubat ini menghalang keradangan dan menjadikan pernafasan anda lebih stabil dan kurang sensitif kepada perengsa.
    • Ubat-ubatan yang biasa digunakan adalah kortikosteroid (ICS) yang dihidu kerana ia adalah antiradang yang berkesan.
    • Walaupun ubat-ubatan ini adalah sejenis steroid, kesan sampingan daripada sedutan steroid adalah sangat minimum dan memberi lebih faedah berbanding risiko yang dihadapi.
    • Ubat-ubatan ini sangat berbeza daripada steroid yang diambil secara oral atau yang digunakan oleh atlet.
    • Dos ICS yang diambil menggunakan alat sedut (inhaler) adalah lebih kecil berbanding dos ICS yang diambil secara oral. Ia diangkut ke paru-paru secara langsung tanpa memasuki peredaran sistemik. Oleh itu, kesan sampingan dapat dikurangkan.
    • Namun, ubat ini tidak melegakan gejala akut. Ia mengambil masa sehingga 2 minggu untuk menunjukkan kesan. Oleh itu, pematuhan regim rawatan adalah sangat penting.
    • Ubat-ubatan kawalan jangka panjang lain yang boleh digunakan adalah :
      • Long-acting Beta 2 agonist yang dihidu
      • Natrium chromoglycate yang dihidu
      • Tablet Teofilin (neulin)
      • Tablet anti-leukotriene

Apakah alat sedut (inhaler)?

  • Inhaler adalah alat yang mengandungi ubat-ubatan yang diambil dengan cara bernafas ke dalam sejenis alat.
  • Terdapat banyak jenis inhaler dan anggota kesihatan akan mengajar anda cara untuk menggunakannya.
  • Ubat-ubatan dalam inhaler terdapat dalam bentuk aerosol atau serbuk kering.
  • Alat ini membolehkan ubat-ubatan dihantar terus ke paru-paru.
  • Walau bagaimanapun, ia perlu dilakukan dengan teknik dan penyelarasan betul.
  • Bagi sesetengah orang terutamanya kanak-kanak dan warga tua, corong amat berguna untuk memastikan ubat dapat dialirkan dengan baik.

Pelan tindakan asma

Pelan tindakan asma adalah perancangan bertulis yang dihasilkan bersama-sama dengan doktor anda tentang tindakan perlu dilakukan untuk mengawal asma semasa di rumah. Ini termasuklah :

  • Gejala yang perlu anda awasi.
  • Tindakan yang perlu dilakukan jika anda mengalami gejala-gejala tersebut.
  • Ubat-ubatan yang perlu digunakan beserta dos ulangan yang diperlukan.
  • Ketahui masa yang perlu untuk mendapatkan rawatan doktor.
  • Ketahui alamat dan nombor telefon yang perlu dihubungi untuk sebarang kecemasan.
  • Pencetus serangan asma pada diri anda dan cara untuk mengelakkan.

Saya mempunyai asma yang disebabkan oleh senaman. Adakah ini bermakna saya tidak perlu melakukan aktiviti fizikal atau terlibat dalam sukan?

Salah. Anda perlu melakukan aktiviti fizikal. Sebenarnya aktiviti fizikal atau senaman adalah baik untuk pesakit asma. Anda tidak perlu mengehadkan aktiviti anda jika anda menghidap asma. Sebaliknya anda perlu untuk mengawal asma dengan lebih lebih baik untuk membolehkan anda melakukan aktiviti harian. Walau bagaimanapun, elakkan melakukannya secara keterlaluan kerana aktiviti fizikal atau senaman boleh mencetuskan serangan asma. Dapatkan nasihat doktor tentang ubat pelega sebelum anda membuat keputusan untuk terlibat dalam sebarang senaman atau aktiviti fizikal.

Kenapa simptom asma masih tidak sembuh walaupun saya telah mengambil ubat?

Terdapat beberapa sebab : Jika gejala asma masih berterusan, dapatkan rawatan doktor. Antara punca asma masih tidak sembuh adalah :

  • Teknik penggunaan inhaler yang tidak betul.
  • Faktor pencetus serangan asma masih ada di sekitar anda.
  • Anda mungkin mengalami jangkitan pernafasan yang masih tidak sembuh.
  • Anda mungkin tidak menghidap asma. Anda perlu menjalankan pemeriksaan kesihatan yang lebih lanjut.

Apa yang paling penting adalah menikmati tempoh remaja anda. Rebut semua peluang yang ada untuk berjaya. Terimalah hakikat bahawa anda seorang penghidap asma Anggaplah ia sebagai satu cabaran dan tanamkan sikap yang positif setiap masa. Ia hanya satu penyakit dan anda mampu mengawalnya!

Last Reviewed:10 Januari 2014
Writer:Dr. Salmah bt. Nordin
Translator:Pn Noorhayati Kassim
Accreditor:Dr. Nik Rubiah bte. Nik Abdul Rashid

Sumber: http://www.myhealth.gov.my

Baca Juga:

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu