Pitam Setelah Berdiri, Adakah Normal?

In KESIHATAN
Pitam Setelah Berdiri

Pitam Setelah Berdiri – Pernahkah anda pitam atau pening setelah berdiri? atau pitam saat berdiri secara tiba-tiba? Sebenarnya situasi ini kerap berlaku pada kita. Adakah ianya normal? nanti akan saya jelaskan di bawah.

Pitam setelah berdiri sebenarnya dikaitkan dengan hipotensi ortostatik (HO). Kemungkinan dipengaruhi oleh daya graviti apabila berubah posisi tempat duduk, contohnya duduk atau baring terlalu lama dan secara tiba-tiba anda bangun atau berdiri.

Selain itu kondisi ini terjadi kerana pergerakan tubuh yang mengejut lalu jantung berdebar dan mengakibatkan penurunan tekanan darah mendadak.

Adakah Pitam Setelah Berdiri Bahaya?

Menurut Christopher Gibbons, rekanan profesor neurologis di Harvard Medical School, Kondisi ini bukanlah satu hal yang perlu dirisaukan.

Walaubagaimanapun, menurut beberapa penelitian, pitam setelah berdiri ini yang dinamakan hipotensi ortostatik (HO) berkaitan dengan isu kesihatan yang serious seperti hipertensi (tekanan darah tinggi), Parkinson, Diabetis, penyakit jantung dan stroke.

Sesiapa yang mempunyai hipotensi ortostatik berisiko 2 kali ganda mendapat beberapa penyikit kronik seperti di atas berbanding dengan yang tidak mempunyai hipotensi prostatik.

Baca Juga:

Penyebab Hipotensi Ortostatik

Ada beberapa penyebab hipotensi ortostatik antaranya ialah:

Gangguan saraf

Gangguan saraf yang disebabkan beberapa penyakit seperti Parkinson, amyloidosis ( Gangguan jantung ), ini akan mengganggu sistem regulasi tekanan darah normal di dalam tubuh.

Diabetis

Penyakit diabetis juga boleh merosakkan sistem saraf yang berfungsi mengirim isyarat dan membantu pengaturan tekanan darah. Mungkin siapa yang menghadapi diabetis akan merasa pitam kerana kerosakan saraf tersebut.

Gangguan Jantung

Beberapa keadaan masalah jantung mengakibatkan tekanan darah yang rendah dari biasa dan denyut jantung perlahan. Ini akan mengakibatkan aliran darah dalam tubuh akan terganggu dan mengakibatkan pitam.

Atasi Pitam Setelah Berdiri

  • Sentiasa aktif bersukan atau bersenam setiap hari dan paling kurang 3 kali seminggu untuk menguatkan jantung dan melancarkan peredaran darah.
  • Bangun atau berdiri perlahan daripada tempat duduk atau dari tempat tidur terutamanya setelah lama duduk atau baring.
  • Hindari berjalan waktu cuaca panas
  • Hindari atau kurangkan makan makanan berasaskan kabohidrat
  • Tidur dengan posisi kepala sedikit lebih tinggi.
  • Makan makanan yang kaya zat besi.

Semoga Bermanfaat..

You may also read!

toturial Cara Menggunakan Kinemaster

Cara Menggunakan Kinemaster: Ubah Background Video – Toturial By Rolland

Pernah menggunakan Kinemaster? Kinemaster adalah sebuah aplikasi untuk membuat dan mengedit video melalui android. Bagi yang tidak mempunyai PC,

Read More...
Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri

Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri – Amalan Sunnah

Khasiat Madu Kelulut telah terbukti melalui kajian sains dari segi perubatan. Selain itu ia adalah amalan sunnah iaitu salah

Read More...
haiwan ular jenis ular tedung

Jenis Ular Yang Perlu Anda Tahu Untuk Langkah Keselamatan

Sebut sahaja ular mesti banyak di antara kita yang takut, geli dan fobia dengan haiwan jenis ini. Apa tidaknya

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu