Piramid Makanan: Apa Yang Mesti Anda Tahu?

In KESIHATAN
Piramid Makanan Apa Yang Mesti Anda Tahu

Piramid Makanan

piramid makanan yang perlu anda tahu
piramid makanan yang perlu anda tahu

Apakah Itu Piramid Makanan?

Piramid makanan adalah panduan asas yang membantu anda merancang diet sihat mengikut keperluan tubuh anda seharian.

Terdapat berbagai pilihan makanan dalam piramid makanan ini yang telah dikelaskan agar mudah untuk kita fahami serta merancang menu makanan sehari-hari agar menjadi sihat sepanjang masa.

Selain itu, kita perlu makan makanan yang berbeza dari setiap kumpulan makanan untuk memastikan kita mendapat vitamin atau nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

Piramid makanan yang paling terkenal diperkenalkan oleh jabatan pertanian Amerika Syarikat (USDA) pada yahun 1992, kemudian telah dikemaskini pada tahun 2005, kemudian digantikan pula pada tahun 2011.

Sudah Baca? Makanan Terbaik Untuk Otak Kanak-Kanak

Kumpulan Makanan Pada Piramid Makanan

Seperti yang kita ketahui, Terdapat 6 kumpulan utama pada 4 aras piramid makanan yang berbeza-beza.

1. Aras Pertama Piramid Maknan

Aras pertama adalah yang paling bawah sekali dalam piramid makanan. Makanan dalam kumpulan ini boleh diambil dalam kuantiti banyak atau secukupnya kerana sumber utama adalah kabohidrat yang membekalkan tenaga.

Maknan dalam kumpulan ini boleh diambil dalam 4 hingga 8 sajian sehari.

Contoh makanan: Nasi putih, mee, roti, bijirin, Ubi-ubian, kentang, biskut, jagung, roti canai dan sebagainya.

2. Aras Kedua Pirmid Makanan

Aras kedua pula adalah kumpulan sayuran dan buah-buahan. Kumpulan ini perlu makan banyak kerana bersumberkan, nutrisi, vitamin, mineral dan yang paling penting adalah serat yang tinggi. Cadangan sajian sehari adalah 2 sajian bagi buah dan 3 sajian untuk sayuran.

Contoh Makanan: Semua jenis buah dan sayur-sayuran

3. Aras Ketiga Piramid Makanan

Kumpulan ini perlu makan secara sederhana. Kumpulan dalam piramid makanan ini berfungsi untuk tumbuhsaran. Makanan ini kaya dengan pelbagai protein, vitamin , zat besi, zink dan magnesium.

Contoh Makanan: Daging, Telur, daging ayam, ikan, kekacang. Susu, produk tenusu.

Cadangan hidangan, bagi susu dan produk tenusu adalah 1 hingga 3 sajian sehari. Manakala bagi telur, daging, ayam adalah 1/2 hingga 2 sajian sehari. Ikan 1 sajian sehari dan 1/2 hingga 1 sajian bagi kekacang.

4. Aras Keempat Piramid makanan

Kumpulan makanan di aras 4 pula adalah kumpulan makanan yang perlu berwaspada pengambilannya dan perlu makan sedikit.

Contoh Makanan: Lemak, mintak, garam, gula

Seperti yang kita ketahui, Lemak dan mintak boleh mengakibatkan kandungan kolestrol jahat dalam tubuh meningkat, garam boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi semantara gula boleh mendapat risiko penyakit diabetis atau kencing manis.

Dengan adanya Piramid Makanan, ia memudahkan kita untuk mengurus menu dan mendapatkan makanan yang sihat untuk keluarga kita.

Semoga Artikel ini bermanfaat..

Baca Juga:

You may also read!

7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

Saya nak kurus, Makanan Diet saya, kena buang nasi dari menu harian saya. so saya kena elakkan makan nasi.

Read More...
Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka

Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka Dan Di Badan

Mungkin semua orang pernah atau sedang mengalami masalah jerawat pada muka. Walaubagaimanapun, jerawat sebenarnya bukan sahaja tumbuh pada muka,

Read More...
ikhtiar doa sakit gigi

Doa Sakit Gigi Agar Sembuh Yang Ramai Tidak Tahu

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa kaedah dan doa sakit gigi agar sembuh. Sebelum itu, admin nak

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu