Pengalaman Berhenti Merokok, Tips Paling Berkesan Tanpa Ubat

In KESIHATAN
Pengalaman Berhenti Merokok, Tips Paling Berkesan Tanpa Ubat

Pengalaman Berhenti Merokok – Tips berhenti merokok yang akan saya kongsikan ini adalah pengalaman berhenti merokok sendiri, mungkin ada orang yang serasi atau sesuai dan mungkin sebaliknya. Namun pendapat saya sesuai bagi yang betul-betul tekad untuk berhenti merokok.

Sememangnya kita semua tahu tabiat merokok mambahayakan diri sendiri mahupun orang di sekeliling kita. Apabila kesedearan datang pada kita bahawa tabiat merokok ini sangat bahaya, pelbagai cara yang kita guna untuk berhenti merokok. Tapi ingat! berhenti merokok bukannya mudah.

Usaha Gagal

Sebelum saya kongsikan tips berhenti merokok, saya ceritakan sedikit bagaimana usaha saya berhenti merokok namun semuanya gagal.

Pelbagai cara sudah saya cuba termasuklah makan ubat yang kononya boleh menghilangkan ketagihan merokok kerana kandungan ubat itu terdapat nikotin dan Setelah menghisap ubat tersebut, keinginan untuk merokok akan hilang.

Tapi percayalah, mengikut pengalaman, bukan sahaja perokok berperang dengan nikotin, malah perokok akan berperang dengan Habit atau tabiat. contohnya, keinginan untuk merokok akan melonjak selepas makan.

So selalunya selepas makan seorang perokok akan merokok kerana sudah menjadi kebiasaannya atau sudah menjadi tabiat. Inilah yang sangat susah sebenarnya dikikis bagi seorang perokok.

Selain dari itu, pelbagai cara telah saya buat termasuk aktif bersukan, cuba hadkan merokok dalam sehari, cuba untuk tidak membeli rokok namun gagal.

Baca Juga:

Tips Berhenti Merokok Mengikut Pengalaman Sendiri

Tips ini saya dapat daripada rakan sekerja dahulu. Teknik atau tips ini paling mudah dan simple sebenarnya. Tapi memerlukan keyakinan, tekad, dan usaha.

Cara 1

Cuba tentukan Tarikh atau Deadline anda merokok. Sebagai contoh, 2 minggu akan datang, hari ahad, tarikh 29 Jun 2020 , selepas jam 12 malam, saya tidak akan merokok (dengan penuh tekad). So hari demi hari kita akan menghitung hari tersebut dan ini akan menguatkan lagi azam kita.

Cuba ambil masa deadline sekurang-kurang seminggu ke atas supaya minda dan tubuh anda benar-benar telah bersedia. Walaubagaimanapun deadline ini terpulanglah kepada anda mungkin ada yang lebih suka 3 atau 4 hari akan datang.

Waktu tempoh dua minggu ini, tanamkan dalam mind set, merokoklah sepuas-puasnya. Bagi saya, waktu hari terakhir itu yang saya merokok sepuas-puasnya sebab dalam mind set selepas jam 12 malam, saya dah berehenti merokok. Bayangkan 20 minit sebelum jam 12 malam last day, 4 atau 4 batang rokok non stop dihisap.

Selepas bangun pagi, ini dugaan paling berat. dugaan habit merokok waktu pagi, namun mampu dielak sebab mind set dah berhenti. Dalam masa 3 hari, memang sengsara. apabila sampai hari ke 5, dah boleh kontrol. Masuk 2 atau 3 minggu, boleh dikatakan rasa nak merokok semakin berkurang. Tapi apa yang paling penting adalah MIND SET dah berhenti.

Cara 2

Selesai lalui cara pertama, ada satu lagi masalah iaitu konsisten dalam mind set dah berhenti merokok. Cara dia adalah, jangan sesekali bergaul dengan rakan yang merokok buat semantara waktu sebelum betul-betul dah kuat. mungkin 5 atau 6 bulan. kalau saya, hampir 5 bulan baru berani bergaul dengan rakan yang merokok.

Satu lagi, jangan sesekali pegang rokok walaupun sekadar bergurau sebab, Percayalah walaupun anda dah berhenti bertahun, tapi hati masi ada keinginan untuk merokok sebenarnya.

Semoga Berjaya!!

Itulah sedikit perkongsian pengalaman berhenti merokok yang saya alami sendiri. Sebenarnya ada beberapa kenalan terdekat saya mencuba kaedah ini dan mereka berjaya.

Jika anda masih keliru atau ada yang tidak paham, boleh pm atau sbertanya di ruang komen di bawah. Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda.

#Admin tidak bertanggungjawap sekiranya kaedah ini memudaratkan atau tidak serasi dengan anda. Tips ini adalah mengikut pengalaman sendiri, dan admin hanya berkongsi melalui pengalaman sendiri.

You may also read!

toturial Cara Menggunakan Kinemaster

Cara Menggunakan Kinemaster: Ubah Background Video – Toturial By Rolland

Pernah menggunakan Kinemaster? Kinemaster adalah sebuah aplikasi untuk membuat dan mengedit video melalui android. Bagi yang tidak mempunyai PC,

Read More...
Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri

Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri – Amalan Sunnah

Khasiat Madu Kelulut telah terbukti melalui kajian sains dari segi perubatan. Selain itu ia adalah amalan sunnah iaitu salah

Read More...
haiwan ular jenis ular tedung

Jenis Ular Yang Perlu Anda Tahu Untuk Langkah Keselamatan

Sebut sahaja ular mesti banyak di antara kita yang takut, geli dan fobia dengan haiwan jenis ini. Apa tidaknya

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu