Pendapatan Google Adsense Mencapai USD100 Untuk Pertama kali

In BLOGGER, JANA PENDAPATAN, MOTIVASI
Pendapatan Google Adsense Mencapai USD100 Untuk Pertama kali

Hello semua, rasanya sudah lama saya tidak menulis artikel sejak dari SEPTEMBER tahun lalu lagi kerana sibuk update video di Channel Youtube saya iaitu ekmal Production. Rindu rasanya untuk menulis semula kerana menulis adalah salah satu hobi saya.

Ok kali ini saya akan membahas pengalaman sendiri menjana Pendapatan Google Adsense Mencapai USD100 Untuk Pertama kali.

Terus terang saya katakan, pendapatan pertama ini hasil daripada blog/website ini sendiri setelah beberapa bulan menulis walaupun adakalanya tidak aktif menulis.

Waktu nipun Channel youtube saya belum lagi mencapai syarat untuk menjadi rakan partner mereka sebab syarat terbaru youtube, metilah Channel mencapai 1000 Subscriber dan 4000 jam tayang so belum ada lagi pendapatan melalui youtube.

Pendapatan Google Adsense

Sebenarnya akaun adsense saya ini sudah lama saya buat dan Alhamdullilah telah lama di approve. Akaun ini sejak dari tahun 2009 lagi.

Waktu itu syarat untuk memohon akaun adsense, mestilah kandungan blog atau website dalam bahasa english. Selepas Approve dengan blog bahasa english iaitu https://bestmalaysianrecipes.blogspot.com/ .

Dengan blog pertama ini, dapatlah saya menjana pendapatan tetapi amat sedikit. Beberapa bulan kemudian saya mengalah dan abaikan blog dan akaun Google adsense ini.

Bermula dari hujung tahun 2018, saya mula kembali menulis blog dan buat website baru seperti yang ada sekarang ini mdekmal.com.

Beberapa bulan selepas itu, blog ini belum menjana apa-apa pendapatan dan bulan demi bulan pendapatan semakin meningkat walaupun jumlah kecil, namun ada peningkatan yang ketara kerana semakin hari trafik semakin bertambah.

Penghujung tahun 2019, alhamdullilah pendapatan google adsense saya telah menjangkau $100. Seperti yang anda tahu, minimum pendapatan Google adsense yang boleh dikeluarkan adalah $100.

Pendapatan Adsense Mencapai USD100
Pendapatan Google Adsense Mencapai USD100

Lihat screenshoot di atas, itu adalah jumlah yang saya perolehi setakat bulan Dec 2019. Walaupun saya jarang menulis artikel atau update konten blog, namun trafik sentiasa masuk dan sekaligus jana pendapatan melalui adsense.

Mungkin Insyallah selepas ini saya akan kongsikan Tips Mudah agar trafik blog lancar walaupun jarang update konten blog mengikut pengalaman sendiri.

Pendapatan Sehari Google Adsense

Terus terang saya katakan, pendapatan google adsense saya ini tidaklah banyak seperti otai-otai Google Adsense di luar sana yang boleh menjana ratusan USD malahan ribuan USD sehari hanya melalui program google adsense ini.

Buat masa ini, adalah sekitar 1 – 2 usd Sehari. kecil bukan? namun bagi yang baru atau newbie seperti saya ini, ianya bukanlah jumlah pendapatan semata-mata tetapi kepuasan hati setelah berusaha dan mendapat income, tidak kiralah berapa banyak sekalipun.

Selain daripada itu, ianya penyuntik semangat untuk terus menulis atau update kontent blog dan seterusnya menjana pendapatan.

Cara Menebus Pendapatan Google Adsense

Setakat ini, saya belum pernah menjana pendapatan melalui google adsense, namun ada beberapa cara untuk kita menebus wang daripada akaun adsense ini.

  1. Melalui Western Union account
  2. Check
  3. wire transfer

Antara 3 pilihan di atas, saya pilih yang paling mudah dan simple iaitu Wire Transper atau lebih dikenali dengan bank transper.

Kenapa saya pilih Wire Transper? kerana ianya senang dan hanya memerlukan 3 hingga 5 hari berkerja dari mula pendapatan dikreditkan ke akaun kita.

Pihak google akan mula membuat pembayaran bermula pada tanggal 21 hingga 26 setiap bulan.

So, sekiranya setiap bulan pendapatan melalui adsense kita menjangkau 100 usd, maka duit akan masuk setiap bulan.

Gunakan Pendapatan Google Adsense Sebagai Pembakar Semangat

Sebagai kesimpulannya, gunakan pendapatan pertma anda melalui google adsense sebagai pembakar semangat untuk terus tingkatkan usaha dalam bidang penulisan blog/website.

Walaubagaimanapun, jangan juga jadikan pendapatan google adsense ini sebagai target utama, tapi jadikan bidang penulisan ini sebagai hobi atau berkongsi ilmu serta infomasi kepada semua orang.

Walaupun saya bukan sepenuh masa menulis blog, namun saya jadikan bidang penulisan ini sebagai hobi dan pada masa yang sama saya mempunyai target dari segi trafik dan pendapatan.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan info atau pembakar semangat pada semua blogger baru seperti saya ini untuk teruskan usaha demi mencapai sesuatu impian.

You may also read!

Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka

Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka Dan Di Badan

Mungkin semua orang pernah atau sedang mengalami masalah jerawat pada muka. Walaubagaimanapun, jerawat sebenarnya bukan sahaja tumbuh pada muka,

Read More...
ikhtiar doa sakit gigi

Doa Sakit Gigi Agar Sembuh Yang Ramai Tidak Tahu

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa kaedah dan doa sakit gigi agar sembuh. Sebelum itu, admin nak

Read More...
Makanan Kucing Murah Dan Berkhasiat Untuk Kucing Anda

Makanan Kucing Murah Dan Berkhasiat Untuk Kucing Anda

Asalammualaikum semua.. rasanya kebanyakan masyarakat kita, bah kan seluruh dunia meminati haiwan kucing bukan? Artikel kali ini saya akan

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu