97 Nama Anak Yang Dilarang Dalam Islam, Ibubapa Wajib Tahu!

In AGAMA, KELUARGA
Nama Anak Yang Dilarang Dalam Islam

Dalam agama islam, nama memainkan peranan penting untuk diberikan kepada anak atau bayi yang baru lahir. Selain daripada nama-nama yang baik untuk diberikan, kita juga perlu dan wajib tahu Nama Anak Yang Dilarang atau tidak elok diberikan kepada anak kita. artikel ini ingin berkongsi beberapa nama anak yang dilarang dalam islam dan ibubapa wajib untuk tahu.

Tahukah anda, nama merupakan satu doa daripada ibubapa kepada anaknya. Bayangkan sekiranya sesuatu nama itu mempunyai maksud yang kurang baik, sudah tentu seharian ibubapa seperti mendoakan anak mereka yang tidak baik,

Nama Anak Yang Dilarang Dalam Islam
Nama Anak Yang Dilarang Dalam Islam

Selain daripada itu, nama juga mempengaruhi perwatakan anak itu apabila dewasa kelak. contohnya, anak akan kurang berkeyakinan atau sentiasa rendah diri apabila kawan-kawan membuli atau mengejek namanya kerana mempunyai maksud yang kurang baik

Baca Juga: Nama Anak Perempuan Islam Dan Maksud Nama Mengikut Huruf

Baca Juga: Nama Anak Lelaki Islam Dan Maksud

Berikut adalah Nama Anak Yang Dilarang Dalam Islam

AbkamTidak celik, buta
AbiqahHamba yang lari dari tuannya
AfinahYang bodoh
AsyarPaling jahat
AsyirahYang tidak bersyukur atas nikmat
AmahHamba suruhan perempuan
BaghiahYang zalim, jahat
BahimahBinatang
BalidahYang bodoh, bebal
BakiahYang menangis, merengek
BaqarahLembu Betina
BatilahYang batil, tidak benar
DabbahBinatang
DahriyahYang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
DahisyahGoncang, stress
DarakahKedudukan yang rendah
DaniyahYang lemah dan hina
Dami’ahYang mengalir air matanya
FasidahYang rosak, yang binasa
FasiqahYang jahat, si fasik
FasyilahGagal, kalah
FajirahYang jahat, yang berdosa
Faji’ahKecelakaan
GhafilahYang lalai, yang leka
GhailahKecelakaan, bencana
GhaibahHilang
GhasibahPerampas, perompak
GhamitahYang tidak mensyukuri nikmat
GhawiahYang sesat, yang mengikut hawa nafsu
HaqidahYang dengki
HasidahYang hasad
HazinahYang sedih
HuznKesedihan
KhabithahYang jahat, yang keji
Khali’ahYang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati’ahYang bersalah, yang berdosa
KhasirahYang rugi
KhamrahArak
JariahHamba suruhan perempuan
JafiahYang tidak suka berkawan
KaibahYang sedih
KafirahYang kafir, yang ingkar
KamidahYang hiba, yang sangat berduka
KazibahPendusta, pembohong
LahabBara api
LaghiahSia-sia, tidak berfaedah
La’imahYang tercela
LainahYang terkutuk
LahifahYang sedih, menyesal dan dizalimi
MaridahYang menderhaka
MajinahYang bergurau senda tanpa perasaan malu
MajusiahAgama menyembah api atau matahari
MunafikahYang munafik
MusibahCelaka, bencana, kemalangan
NariahApi
NasyizahYang menderhaka dan melawan suami
NajisahYang najis dan kotor
QabihahYang buruk, hodoh
QatilahPembunuh
QasitahYang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
QazurahKejahatan, perzinaan
RajimahYang direjam, yang dilaknat
Razi’ahKecelakaan, musibah
RazilahYang keji dan hina
SakitahYang jatuh, yang hina, yang jahat
SafilahYang rendah dan hina
SahiahYang pelupa
SakirahPemabuk
SyafihahYang bodoh
SyaridahYang diusir
SyaqiyahYang menderita
Syarrul BariyyahSejahat-jahat manusia
Syani’ahYang buruk
SyarisahYang buruk akhlak
SyatimahMaki hamun
SyariqahPencuri
TalifahYang rosak, yang binasa
TarbiyahYang papa kedana
TarikahAnak dara tua
TafihahKarut
TalihahYang tidak baik
YaisahYang berputus asa
YabisahYang kering, yang sedikit kebaikannya
WahinahPenakut
WaqihahYang kurang sopan dan malu
WasikhahYang kotor
WasyiahYang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
WahimahYang lemah
WahiahYang lemah, yang jatuh, yang buruk
WajilahPenakut
WailahBencana, keburukan
Waqi’ahPertempuran dalam peperangan, umpatan
ZalijahKebinasaan
ZalilahYang hina
ZalimahYang zalim
ZaniyahPenzina, pelacur
ZufafahRacun pembunuh

Kita sebagai ibubapa WAJIB!!! tahu dan mestilah berhati-hati apabila menamakan anak agar mendapat nama dengan maksud yang bail-baik agar suatu hari nanti, anak kita yang kita kasihi tidak menyalahkan kita.

Pengalaman Sendiri Kawan Mempunyai Nama Yang Dilarang Dalam Islam

Waktu zaman persekolahan dahulu, saya mempunyai seorang kawan yang mempunyai nama dan maksud tidak elok didengar terutamanya dalam agama Islam. Nama beliau adalah Israel. Bayangkan dengan nama ini, adakah elok untuk sesorang yang beragama Islam? dengan kekejaman pencoroboh israel terhadap Negara plastin, adakah kita akan berbangga dengan nama ini.

Oleh itu, kita sebagai ibubapa mestilah berhati-hati bila memberikan nama kepada anak yang baru lahir, dan harus kita mengubah nama yang maksud tidak baik kepada nama yang lain yang lebih baik maksudnya walaupun anak itu sudah dewasa.

Kesimpulan

Terdapat banyak nama yang mempunyai maksud yang baik-baik dan sedap didengar dan tiada alasan untuk kita memberikan nama anak yang dilarang dalam agama. Diharapkan artikel ini 97 Nama Anak Yang Dilarang Dalam Islam, Ibubapa Wajib Tahu! dapat memberikan info berguna kepada ibubapa yang bakal menimang cahaya mata.

You may also read!

7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

Saya nak kurus, Makanan Diet saya, kena buang nasi dari menu harian saya. so saya kena elakkan makan nasi.

Read More...
Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka

Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka Dan Di Badan

Mungkin semua orang pernah atau sedang mengalami masalah jerawat pada muka. Walaubagaimanapun, jerawat sebenarnya bukan sahaja tumbuh pada muka,

Read More...
ikhtiar doa sakit gigi

Doa Sakit Gigi Agar Sembuh Yang Ramai Tidak Tahu

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa kaedah dan doa sakit gigi agar sembuh. Sebelum itu, admin nak

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu