Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

In TIPS
Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank, Kaunter Telekom, Kuanter bayaran bil air, dan banyak lagi, penuh dengan orang ramai yang ingin membayar bil mereka.

Ok, kalau mengikut pendapat peribadi, pembayaran bil secara menual ini agak menyusahkan sedikit kerana terpaksa beratur atau menuggu nombor giliran untuk ke kuanter pembayaran. Bayangkan seorang ibu yang sarat mengandung sedang menunggu nombor giliran dipanggil dan bayangkan jugalah orang tua atau warga emas terpaksa menunggu untuk dipanggil untuk menjelaskan bila utiliti mereka. Bukankah itu sangat menyusahkan dan membebankan.

Dengan adanya kaedah membayar bil utiliti kita secara online, ia secara ringkasnya dapat mengurangkan beban yang dilalui setiap kali membayar bil. Saya sendiri telah lama menggunakan kemudahan pembayaran secara online ini dan tidak pernah beratur atau menunggu nombor giliran untuk pembayaran bil utiliti ini.

Artikel kali ini membahaskan tentang kelebihan membayar bil utiliti secara online.

Kelebihan Bayar Bil Utiliti Secara Online

Banyak sebenarnya kelebihan pembayaran bil utiliti secara online iaitu:

  • Menjimatkan Masa. Anda tidak perlu membuang masa pergi beratur ke kuanter pembayaran atau menunggu lama menunggu nombor anda dipanggil. Anda hanya perlu sebuah PC (komputer peribadi) ataupun sebuah telefon bimbit dengan sambungan internet, anda mampu bayar bil utiliti anda hanya dari rumah.
  • Menjimatkan Tenaga. Tidak perlu membuang tenaga berjalan atau memandu untuk ke kuanter pembayaran bil. Anda boleh buat pembayaran di mana-mana sahaja dengan menggunakan telefon bimbit anda.
  • Selamat. Oleh kerana dilakukan pembayaran secara online, kaedah ini boleh dikatakan selamat tanpa perlu membawa sejumlah wang untuk melakukan pembayaran. Ia dapat mengurangkan risiko kehilangan dan kecurian wang.
  • Berkesan. Kaedah ini amat berkesan dan sesuai bagi yang tidak mempunyai banyak masa atau sentiasa sibuk dengan kerja. Selain itu, suri rumah juga yang amat sesuai kerana kesibukan menguruskan anak-anak dan rumah, menghadkan mereka pergi membayar bil utiliti secara manual dia kaunter pembayaran.

Kelemahan Pembayaran Bil Utiliti Secara Online

Walaupun mempunyai banyak kelebihan, kaedah ini juga mempunyai sedikit kelemahan iaitu memerlukan sedikit pengatahuan untuk melakukan transaksi secara online.

Selain itu, transaksi online memerlukan wang dalam akaun bank agar dapat melakukan pembayaran bil utiliti.

Antara Contoh Bil Yang Boleh Dibayar Secara Online

  1. Bil Elektrik
  2. Bil Air
  3. Bayaran Bil Astro
  4. Ansuran Kereta
  5. Pinjaman Peribadi
  6. Pinjaman Pelajaran (cth: PTPTN)
  7. Bil Telefon
  8. Dan banyak lagi…

Itulah sedikit info tentang kelebihan pembayaran bil utiliti secara online. Masa kini, kebanyakan bank di Malaysia ada menyediakan perkhidmatan ini contohnya, Bank Maybank (maybank2u.com.my), CIMB Bank (cimbclicks.com.my), Bank Rakyat (irakyat.com.my) dan banyak lagi..

Semoga artikel ini bermanfaat kepada semua…

Baca Juga: Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank Online Terbaru

You may also read!

7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

Saya nak kurus, Makanan Diet saya, kena buang nasi dari menu harian saya. so saya kena elakkan makan nasi.

Read More...
Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka

Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka Dan Di Badan

Mungkin semua orang pernah atau sedang mengalami masalah jerawat pada muka. Walaubagaimanapun, jerawat sebenarnya bukan sahaja tumbuh pada muka,

Read More...
ikhtiar doa sakit gigi

Doa Sakit Gigi Agar Sembuh Yang Ramai Tidak Tahu

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa kaedah dan doa sakit gigi agar sembuh. Sebelum itu, admin nak

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu