Makanan Terbaik Untuk Otak Kanak-Kanak

In KESIHATAN

Kita sebagai ibubapa semestinya inginkan tubuh anak yang sihat dan cerdas. Tahukah anda diet yang seimbang dan sihat tidak hanya baik untuk tubuh kanak-kanak tetapi sangat baik untuk perkembangan otak mereka. Makanan yang betul melalui diet yang seimbang berperanan meningkatkan fungsi otak, ingatan dan kepekaan mereka. Seperti badan, otak juga menyerap nutrien dari makanan yang kita makan. Berikut adalah Makanan Terbaik Untuk Otak Kanak-Kanak yang mungkin anda tidak mengetahuinya.

makanan terbaik untuk otak anak

Makanan Terbaik Untuk Otak Kanak-Kanak

1. Ikan Salmon

Ikan Salmon iaitu ikan berlemak yang mempunyai sumber asid lemak Omega 3 yang baik untuk pertumbuhan dan fungsi otak. Kanak-kanak yang mendapat cukup sumber asid lemak Omega-3 akan membantu meningkatkan kemahiran mental mereka. Terdapat dua komponen di dalam Omega-3 ini iaitu EPA dan DHA. EPA berfungsi untuk mengurangkan risiko penyakit-penyakit yang berkaitan dengan Kordiovaskular. Manakala DHA berperanan penting dalam kesihatan berkaitan dengan saraf, mata dan perkembangan otak.

Satu kajian telah dibuat dan menunjukkan bahawa DHA dapat membantu meningkatkan kepintaran dan fungsi otak serta amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.

2. Telur

Telur mengandungi kandungan protein yang tinggi. Kuning telur pula mengandungi tinggi kolin serta nutriasi yang penting untuk daya ingatan anak anda. Sebaiknya sarapan yang mengandungi menu telur adalah baik untuk anak sebelum ke sekolah.

3. Mentega Kacang

Sudah tentu kanak-kanak sukakan mentega kacang dan selalunya mentega kacang akan dicampur dengan roti. Tahukah anda mentega kacang mengandungi vitamin E, antioksidan yang melindungi membran saraf. Selain itu mentega kacang juga mempunyai thiamin, yang baik untuk otak serta dan glukosa yang memberi tenaga.

4. Bijirin Penuh

Makanan terbaik untuk otak seterusnya ialah bijirin penuh. Bijirin kaya dengan glukosa dan sumber tenaga kepada otak kanak-kanak. Biji-bijian juga mengandungi vitamin B, yang baik untuk sistem saraf Kanak-kanak.

5. Oat / Oatmeal

Oat sangat penting sebagai sumber tenaga dan ‘bahan bakar’ otak. Ia juga merupakan sumber vitamin E, B kompleks, dan zink yang sangat baik untuk membantu otak anak-anak bekerja dengan lebih baik.

Selain daripada kesihatan otak kanak-kanak, oat juga dapat membantu dalam siatem pencernaan mereka. Pelbagaikan menu oat seperti menambah atau mencampurkan buah-buahan serta madu ke dalam menu oat agar kanak-kanak menyukainya.

6. Buah Beri

Buah beri kaya dengan vitamin c dan antioksidaan yang tinggi serta meningkatkan daya ingatan seseorang termasuk kanak-kanak. Selain itu biji buah beri mengandungi Omega-3 yang membantu meningkatkan fungsi otak.

7. Kacang

Selain daripada mempunyai kebaikan pada kesihatan jantung, kacang juga baik untuk otak kanak-kanak kerana mengandungi tenaga daripada protein, karbohidrat kompleks, serat, dan vitamin serta mineral. Kacang pinto dan kacang jenis buah pinggang adalah pilihan yang baik kerana ia mengandungi lebih banyak asid lemak omega-3 daripada jenis kacang yang lain. Dua kacang ini penting untuk pertumbuhan dan fungsi otak termasuk kanak-kanak.

8. Susu Dan Yogurt.

Seperti yang kita ketahui, produk tenusu kaya dengan vitamin B yang berfungsi untuk pertumbuhan tisu otak, neurotransmitter serta enzim. Selain itu tenusu juga mempunyai sumber vitamin D yang diperlukan oleh kanak-kanak dan remaja.

Yogurt atau susu rendah lemak pula adalah sumber protein dan karbohidrat yang hebat terhadap otak anda.

9. Daging

Daging juga adalah pilihan makanan terbaik untuk otak kanak-kanak. Daging rendah lemak atau daging alternatif  adalah sumber besi yang sangat baik, yang membantu anak-anak mengekalkan tenaga dan fokus semasa di sekolah untuk pembelajaran mereka. Daging juga merupakan sumber seng yang baik, yang membantu ingatan kanak-kanak terutamanya semasa pembelajaran di sekolah.

Baca Juga: Kebaikan Multivitamin Pada Anak

Semoga perkongsian artikel ini iaitu Makanan Terbaik Untuk Otak Kanak-Kanak, dapat membantu kita dalam meningkatkan prestasi kesihatan dan minda anak-anak kita.

 

You may also read!

7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

Saya nak kurus, Makanan Diet saya, kena buang nasi dari menu harian saya. so saya kena elakkan makan nasi.

Read More...
Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka

Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka Dan Di Badan

Mungkin semua orang pernah atau sedang mengalami masalah jerawat pada muka. Walaubagaimanapun, jerawat sebenarnya bukan sahaja tumbuh pada muka,

Read More...
ikhtiar doa sakit gigi

Doa Sakit Gigi Agar Sembuh Yang Ramai Tidak Tahu

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa kaedah dan doa sakit gigi agar sembuh. Sebelum itu, admin nak

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu