Makanan Kucing Murah Dan Berkhasiat Untuk Kucing Anda

In TIPS
Makanan Kucing Murah Dan Berkhasiat Untuk Kucing Anda

Asalammualaikum semua.. rasanya kebanyakan masyarakat kita, bah kan seluruh dunia meminati haiwan kucing bukan? Artikel kali ini saya akan memberikan sedikit info tentang makanan kucing iaitu Makanan Kucing Murah Dan Berkhasiat Untuk Kucing Anda

Sebelum ini saya ada kupas beberapa artikel berkaitan dengan kucing, diantaranya adalah:

  1. DIY Membuat Sangkar Kucing murah dan tahan lasak.
  2. Cara Jinakkan Kucing Baru Yang Betul
  3. Koleksi Gambar Kucing Comel Yang Mencuit Hati
  4. Anda Pencinta Kucing? Ketahui Fakta Menarik Tentang Kucing

dan artikel baru-baru ini saya ada berkongsi tenteng Senarai Nama Kucing Yang Sesuai Untuk Kucing Anda.

Untuk pengetahuan anda semua, makanan kucing memainkan peranan utama dalam proses pembesaran, kecantikan dan kesihatan seekor kucing.

Jika makanan itu baik atau berkhasiat, maka sihatlah kucing tersebut dan begitu juga sebaliknya.

Terdapat banyak jenis serta jenama makanan kucing yang ada di pasaraan yang sangat berkhasiat untuk kucing anda. Ada yang mahal dan ada yang murah.

Namun seperti kebiasaannya, sekiranya makanan kucing itu murah maka kuranglah kualiti makanan tersebut dan kalau nak yang betul-betul berkualiti, harganyapun boleh tahan juga, betul tak?

Di sini saya akan kongsikan beberapa jenis dan jenama makanan kucing yang ada di pasaran yang berkualiti dan murah yang boleh diberi makan untuk kucing anda dan mempunyai semua nutrisi untuk pembesaran kucing anda.

Makanan Kucing Murah Dan Berkhasiat Untuk Kucing

Makanan kucing Whiskas

Whiskas merupakan jenama yang tidak asing lagi di Malaysia. Makanan ini tergolong dalam makanan kucing berkelas ekonomi. Walaupun ianya kelas ekonomi ataupun murah namun terdapat banyak khasiat di dalamnya untuk membantu tumbusaran seekor kucing.

Terdapat dua jenis Whiskas iaitu kering dan basah. Whiskas amat sesuai untuk kucing yang masih kecil ataupun boleh juga untuk kucing yang telah dewasa.

Whiskas Untuk Anak Kucing

makanan kucing yang berkhasiat
whiskasindonesia.com

Kucing anda tumbuh dan berkembang setiap hari Lengkap pemakanan seimbang dengan Whiskas® 2 – 12 bulan dengan kandungan kalsium dan fosforus untuk membantu membesar tulang dan sendi, dan memberikan tenaga yang cukup untuk memastikan ia aktif sepanjang hari. dan pastinya kandungan vitamin dan mineral yang seimbang di dalamnya membantu menyelesaikan keperluan pemakanan dalam perkembangannya.

Whiskas Plus 1 tahun

whiskas makanan kucing yang berkhasiat
whiskasindonesia.com

Kucing anda menyukai hidupnya Whiskas 1+ menyediakan pemakanan yang betul pada peringkat ini dalam hidupnya, membantu dia untuk kekal cantik dan menarik Bersama dengan Whiskas nutrisi makanan basah, dia akan mendapat nutrisi lengkap untuk meningkatkan selera makannya dan menjadikannya menarik!

Whiskas Untuk Kucing Dewasa

makanan kucing dewasa yang berkhasiat
whiskasindonesia.com

Kucing anda pasti suka. Varian ini untuk kucing berusia 7 tahun ke atas serta lebih mudah dicerna dan dilengkapi dengan nutrien tambahan untuk memenuhi keperluan mereka.

Makanan Kucing ProDiet

Jenama makanan kucing ini juga termasuk dalam kelas ekonomi dan juga mempunyai banyak khasiat untuk kucing anda.

Selain daripada vitamin dan mineral, makanan kucing jenis ini juga mempunyai fibre, Fatty Acid Dan Protein yang mana di perlukan Oleh kucing kesayangan anda.

Bahan asas produk ini adalah darpada ikan yang segar dan juga mengandungi Omega 3 di mana baik untuk mata kucing.

Terdapat dua jenis produk makanan ini iaitu basah dan kering.

ProDiet Basah (dalam tin)

makanan kucing prodiet tin

ProDiet Kering (Dalam Pek)

makanan kucing prodiet

DIY Makanan Kucing Murah Dan Berkhasiat Untuk Kucing Anda

Sememangnya makanan kucing yang berlambak di kedai-kedai runcit atau supermarket mempunyai khasiat dan nutrisi yang cukup untuk kucing anda.

Walaubagaimanapun, tidak semestinya hanya makanan yang ada dipasaran sahaja mempunyai khasiat pada kucing. Sebenarnya, kita juga boleh membuat sendiri makan untuk kucing kita di rumah dan yang pastinya ianya lebih jimat dan murah.

Oh ya.. sebenarnya saya sendiripun belum pernah membuatnya. Kebiasannya saya akan memberikan kucing saya makan ikan yang telah saya hancurkan atau saya akan belikan makanan di pasar raya.

Walaubagaimanapun, ada beberapa perkongsian resepi yang saya dapat melalui pencarian di internet. Berikut adalah resepinya:

Resepi Melalui Blog: diankamals.blogspot.com

Bahan-Bahan

  • 1 kilo ikan temenung atau bahasa KLnya ikan kembung
  • Air
  • Halia (Optional)
  • Serai(Optional)
  • Lobak merah (Dian tak letak tapi sepatutnya letak sebatang)
  • Gelatin atau agar-agar

Caranya

  1. Buang semua organ dalaman ikan. Basuh bersih-bersih.Kalau tak buang,busuk sangat bila rebus. Jadi buang ya. Pastu organ mentah tu bagi la kat kucing.
  2. Potong halia besar-besar. Potong serai. Masukkan ikan, lobak merah,serai dan halia dalam air. Rebus. Fungsi halia dengan serai ni untuk tak nak bagi hanyir ikan. Kalau tak nak letak pon tak pe.
  3. Lepas ikan dah masak, tutup api dan biarkan sejuk.
  4. Lepas dah sejuk, blend ke semua ikan. Kalau nak blend sampai halus boleh. Blend kasar pon boleh.
  5. Lepas dah blend, ketepikan. Ambil mangkuk kecil, letak satu bungkus gelatin dan larutkan dalam air panas. Bukan air mendidih tau. Sebab Dian guna gelatin. Lepas gelatin larut, sebatikan gelatin dalam ikan yang dah dikisar.
  6. Dah sebati, masukkan dalam bekas besar.
  7. Sejukkan dalam peti ais. 
  8. Bila adunan dah keras, anda boleh potong jeli ikan yang anda dah buat. Lepas tu bagi makan dekat kucing. Nak panaskan boleh tapi nanti cair sebab melting point gelatin ialah 35 darjah Celsius. 

Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda semua yang ingin mencari Makanan Kucing Murah Dan Berkhasiat Untuk Kucing Anda. 

You may also read!

7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

Saya nak kurus, Makanan Diet saya, kena buang nasi dari menu harian saya. so saya kena elakkan makan nasi.

Read More...
Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka

Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka Dan Di Badan

Mungkin semua orang pernah atau sedang mengalami masalah jerawat pada muka. Walaubagaimanapun, jerawat sebenarnya bukan sahaja tumbuh pada muka,

Read More...
Cara Semak Wang Tidak Dituntut Melalui Portal eGUMIS

Cara Semak Wang Tidak Dituntut Melalui Portal eGUMIS

Asalammualaikum semua. Artikel kali ini saya akan tunjuk kepada anda cara semak wang tidak dituntut melalui portal eGUMIS secara

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu