7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

In KESIHATAN
7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

Saya nak kurus, Makanan Diet saya, kena buang nasi dari menu harian saya. so saya kena elakkan makan nasi. Pagi elak makan nasi, tengah hari juga elak makan nasi. Malam, Konform la tidak makan nasi. Sebab nasi menyebabkan berat saya bertambah.

makanan diet - tangapan salah terhadap nasi putih untuk diet

Betulkah kalau nak diet untuk kurus, kena elakkan NASI?

Sahabat semua, jangan SEKSA tubuh anda. Sebenarnya untuk kuruskan badan anda tidak perlu elak makan nasi dalam makanan diet seharian. Sebenarnya nasi putih ada sumber tenaga yang hebat dan diperlukan tubuh untuk kesihatan.

Pengalaman Sahabat Diet Tidak Makan Nasi

Ada seorang sahabat saya sendiri, diet tidak makan nasi selama beberapa bulan. Kesannya, woww.. memang kurus dan slim. sampai saya sendiripun dua atu tiga kali renung, betul ka itu sahabat saya yang saya maksudkan itu? Hasilnya memang menajubkan iaitu kurus dalam masa yang singkat.

TAPI, dalam hasil yang beliau inginkan iaitu diet utuk kurus, ada satu yang beliau terlepas pandang iaitu KESIHATAN. Sahabat itu nampak pucat dan lesu macam tidak bermaya. Bukan saya sahaja yang perasan malah semua rakan-rakan yang lainpun setuju yang sahabat yang dimaksudkan itu seperti nampak sakit.

Beliau hanya makan salad atau sayur-sayuran untuk makan tengah hari dan roti seperti sedikit bun pada waktu malam.

Adakah makanan diet ini betul? Adakah perlu kita seksa diri seperti ini untuk kurus tapi kesihatan diabaikan?

Khasiat Nasi Putih

Sebaiknya saya kongsikan beberapa khasiat nasi putih selain daripada sumber tenaga atau energi untuk informasi anda semua:

  • Vitamin B1 – Membantu metabolisme karbohidrat.
  • Magnesium – Sebagai komponen penting dalam membentuk struktur tulang dan mengatur kontraksi otot.
  • Mangan – Untuk membantu kerja otak, sistem saraf, dan enzim-enzim di dalam tubuh.

Walaubagaimanapun, kuantiti mengambilan nasi hendaklah mengikut kadar atau sukatan yang betul.

Bersikap berlebihan dalam makanan adalah salah satu hal yang tidak dianjurkan oleh syara’, dalam hal ini Allah subhanahu wata’ala berfirman:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

“Makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” (QS. Al-A’raf, Ayat: 31)

Tujuan saya jelaskan kepetingan nasi ini walaupun bukan point utama dalam title posting ini kerana, kebanyakan tanggapan kita adalah nasilah pemyebab utama badan naik gemuk atau nasilah faktor penyebab berat badan kita bertambah.

Sebenarnya salah, faktor utama adalah jenis menu dan kuantiti sesuatu makanan itu penyebab kebanyakan masalah kesihatan masyarakat kita pada hari ni.

Makanan Diet Untuk Kesihatan

Ok. Sebenarnya ada bermacam-macam menu di sekeliling kita yang boleh dijadikan makanan diet untuk kesihatan atau menu diet seharian yang sihat agar badan kurus, sihat dan bertenaga.

1. Nasi Putih

Nasi penting untuk sumber tenaga seharian terutamanya waktu tengah hari. Walaupun anda sedang diet untuk menurunkan berat badan, elakkan untuk diet tidak makan nasi putih.

Pengambilan nasi putih yang betul adalah bukan mengikut nafsu makan semata-mata. Cuba ambil nasi dalam sukatan SATU GENGAM (sukatan penumbuk tangan anda). Ianya sudah memadai untuk tenaga dan makanan diet anda.

2. Makanan Yang Dibakar

Tahukah anda, Goreng atau bakar (panggang) adalah satu hal yang berbeza dari segi kesihatan. sekiranya anda memasak menu yang sama iaitu ikan, dan ikan itu digoreng, kadar kalorinya berbeza berbanding dengan ikan yang dipanggang.

Amalkan makan makanan yang dipanggang seperti ikan, daging, ayam dan sebagainya untuk kesihatan dan untuk menurunkan berat badan.

3. Makanan Yang Direbus

Makanan yang direbus tanpa minyak juga adalah salah satu makanan diet yang terbaik selain menu bakar atau kukus. Menu makanan yang direbus dapat mengurangkan atau menghindarkan kandungan lemak dan minyak dalam makanan seterusnya dapat mengekalkan kesihatan diri dan juga membantu anda menurukan berat badan.

4. Cuka Epal

Selain daripada membantu menurunkan paras gula yang tinggi dalam badan, cuka epal juga mampun menurunkan berat badan anda sekiranya diamalkan.

Sekiranya anda amalkan meminum cuka epal selama lebih kurang 3 hingga 4 bulan, anda mampu menurunkan berat badan sebanyak 1 – 2 kg.

Selain daripada itu, tahukan anda bahawa cuka epal juga adalah makanan kegemaran Rasulullah SAW.

Cuka epal juga mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan. Sebelum ini, saya ada kongsikan beberapa khasiat Cuka epal iaitu:

11 Khasiat Cuka Epal Yang Wajib Anda Tahu

5. Buah-buahan Dan Sayuran

Umumnya buah-buahan dan sayuran adalah makanan kesihatan. Selain daripada itu, ia mempu membuang toksik dalam badan dan melancarkan sistem pencernaan dalam badan kita. Sekaligus dapat membantu dalam usaha kita menurunkan berat badan.Oleh itu buah-buahan dan sayuran amat sesuai dalam makanan diet seharian kita.

6. Telur

Apabila kita sedang diet menurunkan berat badan, kita selalunya mengabaikan telur dalam makanan diet seharian kita kerana menyangka telur adalah penyumbang kepada kolesterol dalam badan.

Sebenarnya tanggapan itu salah. Mengikut kajian, apabila kita amalkan makan telur dalam menu sarapan kita, ia mampu mengurangkan berat badan kita berbanding dengan roti.

7. Air Kosong

Selain daripada makanan-makanan di atas, air kosong juga mampu mambantu menurunkan berat badan secara sihat. Amalkan meminum air kosong secukupnya setiap hari untuk membantu tubuh berfungsi dengan baik dan melancarkan pergerakan usus.

Semoga perkongsian ini iaitu Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul dapat membantu anda menurunkan berat badan dengan cara yang betul dan dapat memilih makanan diet yang seimbang agar badan kurus dan sihat.

Baca Juga:

You may also read!

ikhtiar doa sakit gigi

Doa Sakit Gigi Agar Sembuh Yang Ramai Tidak Tahu

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa kaedah dan doa sakit gigi agar sembuh. Sebelum itu, admin nak

Read More...
Makanan Kucing Murah Dan Berkhasiat Untuk Kucing Anda

Makanan Kucing Murah Dan Berkhasiat Untuk Kucing Anda

Asalammualaikum semua.. rasanya kebanyakan masyarakat kita, bah kan seluruh dunia meminati haiwan kucing bukan? Artikel kali ini saya akan

Read More...
penyakit tibi boleh membawa maut

Apakah Itu Penyakit Tibi Dan Adakah Penyakit Tibi Boleh Sembuh?

Apakah itu penyakit tibi? Adakah penyakit tibi boleh sembuh? adakah penyakit tibi boleh berjangkit? Asalammualaikum semua, artikel kali ini

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu