3 Jenis Makanan Berbahaya Untuk Kesihatan Tubuh Anak Anda

In KESIHATAN
3 Jenis Makanan Berbahaya Untuk Kesihatan Tubuh Anak Anda

Ada beberapa jenis makanan berbahaya apabila dimakan oleh anak kecil bahkan bahaya juga untuk orang dewasa. Sebagai ibu bapa, seharusnya kita peka dengan pemakanan anak-anak kita terutamanya yang masih kecil kerana mereka belum mampu menilai kandungan sesuatu bahan dalam makanan sama ada baik atau buruk untuk kesihatan diri mereka.

Sebenarnya, ada beberapa jenis makanan berbahaya yang telah terbukti sangat bahaya kepada kesihatan badan sesorang yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kronik. Selain itu juga makanan itu jika diambil dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serious terutama pada kanak-kanak.

Di sini saya kongsikan beberapa jenis makanan berbahaya yang merupakan kegemaran kanak-kanak kita pada hari ini namun tidak digalakkan dan sangat bahaya pada kesihatan diri mereka sekiranya kerap dimakan atau apabila diamalkan.

Jenis Makanan Berbahaya Untuk Anak Anda

1. Bahaya Makanan Ringan Atau Snek

Sebut sahaja makanan ringan atau jajan tentu semua kanak-kanak amat mengemarinya. Selain dari itu, makanan ringan juga amat mudah didapati. Daripada kedai-kedai besar seperti Supermarket hinggalah gerai-gerai kecil yang berada di kawasan pedalaman juga ada menjual makanan ringan.

Kandungan Kalori Tinggi

Tahukah anda? Kandungan makanan ringan sebenarnya sangat bahaya. Kandungannya tinggi kalori tetapi kandungan zat nutrien adalah rendah. Selain daripada bahan pewarna tiruan yang digunakan, kadar garam monosodium glutamate (MSG), lemak, minyak yang tinggi boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak.

Gula Tersembunyi

Kandungan gula tersembunyi dalam makanan ringan boleh mengakibatkan masalah berat badan berlebihan atau obesiti di kalangan kanak-kanak yang boleh mencetus masalah kesihatan kepada mereka. Makanan manis juga menyumbang kepada karies gigi iaitu kerosakan gigi selain peningkatan kalori dalam badan

Tinggi Kandungan Garam

Makanan ringan tinggi kandungan garam, seterusnya menambah kandungan garam dalam badan yang boleh menyebabkan risiko mendapat penyakit tekanan darah tinggi.

2.Minum Minuman Bersoda

Minuman bersoda tidak baik untuk kanak-kanak. Selain daripada mengandungi gula yang tinggi yang boleh menyebabkan obesiti, minuman bersoda juga mengandungi kafein. Apabila kanak-kanak mengambilnya dalam kuantiti yang banyak,  kesan yang mereka akan terima adalah seperti susah tidur, hiperaktif, dan mengganggu proses pembelajaran

Selain itu dikatakan, Zat yang terkandung dalam minuman bersoda mengandungi Natrium. Natrium dipercayai boleh meningkatkan tekanan darah sesorang, Kesan sampingan ini berlaku apabila kanak-kanak meningkat dewasa atau sesorang akan mendapat tekanan darah tinggi seawal remaja lagi kerana kesan daripada natrium tersebut. Maka tidak hairanlah, zaman sekarang ramai orang diusia muda sudah mendapat tekanan darah tinggi dan strok.

3. Bahaya Makanan Segera / Fast Food / Junk Food

Tahukah anda, Semua makanan yang tergolong dalam makanan fast food tidak berkhasiat dan tidak mempunyai nilai pemakanan yang diperlukan oleh tubuh badan kita terutamanya kanak-kanak.

Makanan segera penuh dengan bahan pengawet, perisa tiruan, berkolestrol dan mempunyai garam berlebihan yang boleh memudaratkan tubuh

Namun seperti yang kita sedia maklum, makanan yang berasaskan makanan segera atau fast food adalah makanan kegemaran utama bagi kanak-kanak sekarang. Sebut sahaja burger, sosej, mee segera, pasti kanan-kanak menyukainya.

Sekiranya mereka mengamalkan memakan makanan jenis ini, risiko penyakit yang akan mereka hadapi adalah Obesiti disebabkan kandungan kalori yang tinggi, Tekanan darah tinggi, Diabetes, serangan jantung dan kerosakan buah pinggang.

Baca Juga:

You may also read!

7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

Saya nak kurus, Makanan Diet saya, kena buang nasi dari menu harian saya. so saya kena elakkan makan nasi.

Read More...
Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka

Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka Dan Di Badan

Mungkin semua orang pernah atau sedang mengalami masalah jerawat pada muka. Walaubagaimanapun, jerawat sebenarnya bukan sahaja tumbuh pada muka,

Read More...
ikhtiar doa sakit gigi

Doa Sakit Gigi Agar Sembuh Yang Ramai Tidak Tahu

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa kaedah dan doa sakit gigi agar sembuh. Sebelum itu, admin nak

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu