Makanan Berangin Yang Harus Anda Elakkan

In KESIHATAN
Makanan Berangin Yang Harus Anda Elakkan

Pernahkan anda kembung perut rasa macam perut berangin? sintom ini menyebabkan perut tidak selesa serta kepala juga sakit seperti migrain sepanjang hari. Salah satu penyebabnya ialah makan makanan berangin. Ada beberapa jenis makanan berangin yang harus anda elakkan yang akan dibahas kemudian.

Angin dalam perut disebabkan gas yang terkumpul serta berlebihan di usus dan perut. Selain daripada masalah gastrik, pemakanan juga salah satu faktor terjadinya gas berlebihan di dalam perut. Lagi parah sekiranya mengambil makanan berangin sewakti perut kosong.

Selain daripada itu, ibu yang baru melahirkan anak mudah masuk angin dalam badan. Oleh kerana itu, selalunya ibu dinasihatkan agar menjaga pemakanan terutamanya makanan yang berangin.

Berikut Adalah Makanan Berangin Yang Harus Anda Elakkan

1. Gula Getah (Chewing Gum)

Gulah getah tidak mengandungi angin atau gas. Walaubagaimanapun, Ketika mengunyah Gula getah kita menelan banyak angin.

2. Bijirin

Makanan yang berasaskan bijirin seperti Oat dan gandum boleh menyebab kan gas dalam perut sekiranya diambil selalu. Gas dalam perut inilah yang menyebabkan angin dalam badan. Walaubagaimanapun, Makanan berasaskan bijirin adalah makanan yang banyak khasiat sebenarnya, makanlah mengikut sukatan dan masa yang sesuai.

3. Tenusu

Produk tenusu yang berasaskan Laktosa boleh menyebabkan angin berkumpul dalam usus pada peminumnya. Laktosa yang mengandungi gula semula jadi menyebabkan angin tersebut. Bukan sekadar tenusu sahaja malah produk-produk tenusu seperti yogurt, keju, asikrim, atau apa-apa makanan yang diolah daripada tenusu boleh menyebabkan kembung perut, ketidak selesaan perut yang dinamakan angin.

4. Buah

Seperti yang kita tahu, memakan buah-buahan memberikan banyak faedah kesihatan pada tubuh kita kerana mengandungi nutrisi, vitamin serta meneral di dalamnya.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa buah yang boleh menyebabkan angin sekiranya dimakan selalu. Buah yang menyebabkan angin seperti Buah seperti cempedak, nangka, petai termasuk buah yang boleh menyebabkan angin dalam badan.

5. Sayuran

Kesemua jenis sayur kacang, timun, patola, terung adalah sayur yang boleh menyebabkan angin dalam badan. selain dari itu, taugeh dan sayur buncis juga penyebab angin. Elakkan makan jenis sayuran ini bagi yang mempunyai gastrik teruk namun bagi yang tidak mempunyai gastrik, memakan sayuran jenis ini tidak mempunyai masalah.

6. Minuman Bergas (Bikarbonat)

Minuman seperti soda dan bergas mengandungi banyak gas. Jadi tidak hairanlah Doktor selalunya menasihatkan agar menjauhkan minuman ini.

7. Makanan yang Disejukkan.

Ais batu dan makanan yang disejukkan seperti buah boleh mengundang angin dalam badan. Disarankan agar kita semua memakan makanan yang segar dan bukannya makanan yang disejukkan bagi mengelakkan angin.

8. Ubat-Ubatan

Ada jenis ubat-ubatan yang mengandungi dadah dan boleh menyebabkan angin dalam badan. Mungkin itulah sebab ada jenis ubat diwajibkan telan selepas makan.

9. Kafein Penyebab Angin

Sememangnya kita semua akui, makanan atau minuman yang berasaskan kafein menjadi kegemaran kebanyakan orang. Namun, tahukah anda?, kafein sebenarnya boleh penyebab atau pencetus angin dalam badan kita. Selain daripada kopi atau nescafe, teh dan makanan coklat juga mengandungi kafein yang menyebabkan angin.

Itulah sedikit info tentang makanan berangin yang harus anda elakkan pada masa-masa tertentu seperti sewaktu baru lepas bersalin dan sedang berpantang, perut kosong dan sedang mengalami masalah angin dalam badan. Ingatlah kesihatan itu sangat mahal. Makanan berangin ini sebenarnya boleh dimakan bagi yang tidak mempunyai masalah penghadaman yang serious namun tidak bagi yang mempunyai masalah seperti gastrik teruk, Ulser, GERD dan mempunyai masalah angin dalam badan.

Semoga info ini bermanfaat untuk semua..

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu