KPN Menafikan Mesej Tular Tentang Penahanan Jho Low

In SEMASA, TERKINI

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) — Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador hari ini menafikan mesej yang tular di media sosial mendakwa ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, telah ditahan. 

“Kami sedang berusaha ke arah itu tetapi tiada apa yang dimuktamadkan lagi. Mesej itu tidak betul,” katanya apabila ditanya mengenai perkara itu.

Mesej yang tular di media sosial itu mendakwa ahli perniagaan kontroversi itu yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah ditahan pihak berkuasa China dan akan dibawa pulang ke Malaysia.

Sebelum ini, Abdul  Hamid berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memberi jaminan kepada Jho Low bahawa adalah selamat baginya untuk kembali ke Malaysia bagi menjalani proses perundangan.

Pada Khamis (30 Mei) Abdul Hamid berkata Jho Low dijangka ditahan tidak lama lagi dan polis yakin dapat membawanya pulang ke tanah air untuk berdepan dengan tindakan undang-undang.

Beliau berkata polis mempunyai petunjuk baharu mengenai keberadaan Jho Low. 

Sumber: BERNAMA

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu