Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri – Amalan Sunnah

In KESIHATAN
Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri

Khasiat Madu Kelulut telah terbukti melalui kajian sains dari segi perubatan. Selain itu ia adalah amalan sunnah iaitu salah satu makanan rasulullah SAW.

Fakta Tentang Lebah Kelulut.

Lebah kelulut atau dipanggil (meliponini) ini merupakan spesis lebah namun tidak bersengat dan juga mengeluarkan madu sama seperti lebah lain. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia, antaranya Geniotrigona thoracica, Heterotrigona itama, Lepidotrigona terminata, Tetragonula laeviceps dan Tetrigona apicalis.

Lebah Kelulut selalunya didapati di kawasan tropika dunia, seperti  kawasan tropika Amerika AustraliaAfrikaAsia tenggara termasuk Malaysia sendiri.

Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan

Madu kelulut mempunyai warna lebih jernih berbanding dengan madu biasa dan mempunyai rasa masam sedikit bercampur manis namun enak untuk dimakan. Lebah kelulut mengeluarkan madu serta propolis sama seperti lebah biasa dan mempunyai banyak khasiat dan mengandungi antioksidan yang tinggi. 

Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan.

Selain rasa yang enak, madu kelulut juga mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan dan kecantikan. Ada beberapa kajian menunjukkan madu kelulut mempunyai antioksidaan yang tinggi.

Kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membuktikan madu kelulut mempunyai pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk kesihatan manusia.

Keratan Akhbar Online Utusan mengenai Khasiat Madu Kelulut – 6 Julai 2015

Menurut Penasihat Produk Bayu Kelulut, Prof. Madya Dr. Md. Azman Seeni Mohamed, pengambilan madu kelulut setiap hari menjadikan seseorang tidak mudah letih serta kandungan antioksidan dalam madu kelulut lebih tinggi berbanding madu lebah biasa. Ini dikatakan lebih baik untuk membantu mencegah sesuatu penyakit.

Tambahnya, komposisi komponen flavonoid dan finolik juga tinggi berbanding dalam madu kelulut tersebut selain berupaya membantu penghidap gastrik untuk berpuasa.

“Pengambilan madu kelulut terutama pada bulan Ramadan membantu seseorang kekal bertenaga serta mampu melaksanakan ibadah itu tanpa rasa letih sepanjang hari.

“Selain itu, pelbagai khasiat lain madu kelulut ini dalam aspek kesihatan termasuk membantu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit menjadikannya pilihan ketika berbuka puasa atau bersahur,” katanya.

Beliau yang juga pensyarah di Kluster Integriti Perubatan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia (USM) menjelaskan, madu kelulut juga berpotensi sebagai bahan yang membantu dalam rawatan 
kanser.

Jelasnya, kandungan dalam madu kelulut seperti asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu membantu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Bahan tersebut juga berkesan membantu menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

“Madu kelulut berupaya membantu mengurangkan sel yang membentuk sel kanser serta membantu menghapuskannya

“Kajian mengenai keberkesanannya telah dilakukan di Indonesia dan India yang membuktikan pengambilan madu kelulut berupaya membanteras pembentukan sel kanser,” ujarnya.

Beliau sendiri turut menjalankan kajian mengenai khasiat madu untuk kanser sejak empat bulan lalu dengan memberi fokus kepada kanser prostat.

Bayu Kelulut ujarnya, menawarkan madu kelulut asli yang dihasilkan dari ladang seluas empat ekar (1.6 hektar) di ladang yang dikenali Bayu Kelulut Smart Digital Farm di Guar Batu Hitam Kodiang, Kedah.

Produk yang diusahakan Hisyam Yusoff itu turut mendapat pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP), Sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan memperoleh perakuan jenama 1Malaysia Best.

Beliau menambah, produk keluaran Bayu Kelulut turut diserta dengan kod respon pantas (Kod QR) bagi memberi keyakinan kepada pengguna.

“Mereka hanya perlu mengimbas kod QR pada setiap produk madu kelulut keluaran kami dan daripada situ akan keluar maklumat kepada pengguna untuk membuktikan kualiti produk,” katanya. – Online Utusan mengenai Khasiat Madu Kelulut – 6 Julai 2015

Antara Lain Khasiat Madu Kelulut Adalah:

  1. Menstabilkan tekanan darah
  2. Menstabilkan kandungan gula dalam darah
  3. Melancarkan pernafasan
  4. Mengurangkan lelah atau asma
  5. Mencegah serangan strok
  6. Melancarkan peredaran darah
  7. Memperbaiki sel tubuh yang rosak
  8. Membantu proses penyembuhan luka
  9. Meningkatkan metabolisma
  10. Mencegah dan pengawal sel kanser
  11. Memberi tenaga
  12. Meningkatkan pengeluaran hormon badan
  13. Menguatkan fungsi otak
  14. Menghilangkan jerawat
  15. Melembutkan rambut
  16. Anti Bakteria
  17. Melancarkan sistem pencernaan
  18. Antioksidan yang tinggi
  19. Menganjalkan kulit

Video Youtube Penerangan Khasiat Madu Kelulut Oleh TV 3

Khasiat Madu Kelulut Untuk kecantikan

Selain daripada untuk kesihatan, Madu kelulut berguna untuk kecantikan wajah serta badan. Antara khasiatnya:

  1. Menganjalkan kulit
  2. Menghilangkan sel kulit mati
  3. Menyembuhkan parut luka
  4. Mengatasi bibir pecah atau kering
  5. Merawat sel dan Luka rosak
  6. Menghaluskan kulit wajah
  7. Menghilangkan jerawat

Madu Kelulut mempunyai antioksidan yang tinggi di mana antioksidan ini menghalang radikal bebas dalam tubuh seterusnya memperlambatkan proses penuaan dan wajah sentiasa awet muda.

Semoga artikel ini bermanfaat..

Baca Juga:

  1. 11 Khasiat Cuka Epal Yang Wajib Anda Tahu
  2. 12 Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan Dan Kecantikan
  3. Khasiat Yogurt Untuk Sistem Penghadaman
  4. Khasiat Halia Pada Tubuh Yang Perlu Anda Tahu
  5. Khasiat Air Halba Pada Kesihatan Tubuh Lelaki Dan Wanita
  6. Khasiat Buah Tin Untuk Wanita Hamil Yang Luar Biasa
  7. 8 Khasiat Buah Delima Yang Wajib Anda Tahu

Mdekmal.com

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

2 commentsOn Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri – Amalan Sunnah

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu