11 Khasiat Cuka Epal Yang Wajib Anda Tahu

In KESIHATAN
11 Khasiat Cuka Epal Yang Wajib Anda Tahu

Terdapat banyak khasiat cuka epal pada tubuh kita sekiranya mengamalkan meminum cuka epal dengan kaedah yang betul. Sebenarnya, pengunaan cuka epal untuk perubatan sudah sejak dahulu lagi.

Tidak banyak kajian sains yang telah dibuat tentang khasiat cuka epal ini dari segi perubatan namun sejak akhir-akhir ini sesetengah penyelidik telah melihat dengan lebih dekat khasiat cuka epal ini pada kesihatan tubuh badan kita.

Cuka epal atau lebih dikenali dengan Apple Cider Vinegar diperbuat daripada extrak buah epal melalui proses penapaian. Kebiasaanya epal warna merah dan rasanya yang masam.

Khasiat Cuka Epal

1. Mengurangkan Selera Makan

Bagi sesiapa yang berhajat mengurangkan berat badan, cuka epal adalah pilihan yang terbaik kerana salah satu khasiatnya adalah mengurangkan selera makan anda dan selain itu mudah didapati di mana-mana. Khasiat Cuka epal sebenarnya boleh membawa kepada perubahan metabolik yang menyokong penurunan berat bada.

2. Kesihatan Perut

Prebiotik yang terkandung dalam cuka epal sangat bermanfaat pada mikroorganisma yang sihat di mana ia memantau sistem pencernaan kita. Selain itu, walaupun rasanya yang masam, tetapi sebenarnya ia membantu mengawal jumlah asid dalam perut kita.

3. Menurunkan Paras Gula

Berita baik! kepada siapa yang menghidap penyakit diabetis atau paras gula dalam darah tinggi, boleh mengamalkan minum cuka epal. Dengan meminumnya, dapat membantu meningkatkan pengeluaran insulin dalam badan serta membantu mencegah rintangan insulin dalam badan.

4. Kesihatan Jantung

Sekiranya anda mencari satu kaedah untuk membantu menurunkan paras kolestrol dan menurunkan risiko serangan jantung, cuka apel adalah pilihan yang tepat. Cuka ini dapat menutralkan kolestrol tidak baik dalam darah dan melancarkan peredaran darah dalam badan.

5. Mengurangkan Risiko Kanser

Ada satu kajian yang telah dibuat pada tahun 2004 di mana kaajian tersebut menunjukkan cuka dapat mengecil dan membunuh sel-sel kanser. Seperti yang kita sedia maklum. sel-sel kanser mudah merebak atau berkembang di persekitaran beraisid. Cuka adalah bersifat alkali yang mampu mengimbangi alkali dan asid dalam badan kita.

6. Menghalang Bakteria Merbahaya

Satu lagi khasiat Cuka epal mempunyai ciri-ciri antibakteria yang kuat. Ia menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat jahat di dalam sistem pencernaan kita agar sistem pencernaan kita berada dalam keadaan yang baik.

7. Mengatasi Gangguan Pencernaan

Ia mampu mengatasi gangguan pencernaan seperti sembelit, gastrik, mag dan gangguan-gangguan pencernaan yang lain.

8. Mengatasi Nafas Berbau

Salah satu lagi khasiat cuka epal adalah bersifat antibakteria yang menghilangkan nafas berbau. Cara menghilangkan nafas berbau dengan menggunakan cuka ini adalah, campurkan cuka dengan air lalu kumur. tunggu sehingga lebih kurang setengah jam barulah memberus gigi seperti biasa.

9. Mencantikkan Rambut

Untuk mencantikkan rambut anda dan menghilangkan gatal kulit kepala, pastikan cuka epal sudah dilarutkan dengan air dan dibilas ke rambut. Seperti yang diketahui, ianya bersifat alkali atau antibakteria yang membunuh kuman termasuk kuman di kepala seterusnya menghilangkan gatal-gatal di kepala.

10. Membantu Penyerapan Nutrisi

Satu lagi manfaantnya adalah dapat membantu penyerapan nutrisi daripada makanan lain dengan lebih baik. Selain itu, Menurut jurnal saintifik Biosains, Bioteknologi, dan Biokimia, cuka ini mampu membantu usus kita untuk menyerap kalsium dengan lebih baik.

Prebiotik yang terkandung di dalamnya berguna kepada bakteria baik dan membolehkan penyerapan meneral dan vitamin dengan lebih baik. Selain itu ia dapat membantu fungsi tubuh kita dan meningkatkan kesihatan kita secara keseluruhan.

11. Melegakan Sakit Tekak

Sekiranya anda mengalami masalah sakit tekak atau tekak tidak selesa, cuka epal mampu melegakan masalah sakit tekak anda.

Campurkan 1/4 cawan dengan cuka epal dan 1/4 dengan air suam. Kemudian, berkumur dengannya setiap sejam ataupun 2 jam.

Cuka epal mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan dan juga kecantikan. Namun perlu diingat, ada beberapa keadaan di mana seseorang itu tidak boleh minum cuka.

Cara minum Cuka epal: wikihow

Kesan Sampingan Cuka Epal

1. Walaupun ia boleh memberi manfaat kepada sistem pencernaan kita namun ia juga boleh mendatangkan keburukan kepada pencernaan kita Sekiranya diambil secara tidak terkawal. Tidak digalakkan meminun cuka epal bagi yang mempunyai masalah gastrik teruk atau mempunyai ulser perut.

2. Boleh merosakan enamel gigi sekiranya diambil secara tidak terkawal.

Sumber Rujukan: www.rd.com

Baca Juga:

SatiqaSH

You may also read!

toturial Cara Menggunakan Kinemaster

Cara Menggunakan Kinemaster: Ubah Background Video – Toturial By Rolland

Pernah menggunakan Kinemaster? Kinemaster adalah sebuah aplikasi untuk membuat dan mengedit video melalui android. Bagi yang tidak mempunyai PC,

Read More...
Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri

Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri – Amalan Sunnah

Khasiat Madu Kelulut telah terbukti melalui kajian sains dari segi perubatan. Selain itu ia adalah amalan sunnah iaitu salah

Read More...
haiwan ular jenis ular tedung

Jenis Ular Yang Perlu Anda Tahu Untuk Langkah Keselamatan

Sebut sahaja ular mesti banyak di antara kita yang takut, geli dan fobia dengan haiwan jenis ini. Apa tidaknya

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu