8 Khasiat Buah Delima Yang Wajib Anda Tahu

In KESIHATAN
khasiat buah delima yang wajib anda tahu

Khasiat buah Delima sememangnya mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan kita. Selain daripada menyingkirkan lemak dalam badan, buah ini juga bermanfaat pada diri yang mengidap sebarang penyakit kronik atau sebagai langkan memcegah pelbagai penyakit kronik seperti penyakit berkaitan dengan jantung, buah pinggang dan banyak lagi.

Menurut kajian baru-baru ini yang dilakukan oleh pasukan penyelidik di University of Edinburgh, buah delima dapat mengurangkan lemak dalam badan terutamanya sekitar perut. Di bawah adalah senarai Khasiat Buah Delima Yang Wajib Anda Tahu

Selain dibuktikan khasiat buah delima pada kesihatan kerana kandungannya yang tinggi nutrisi yang baik, buah ini juga adalah makanan sunnah kerana diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Khasiat Buah Delima

Nilai Nutrisi

Nutritional value per 100 g (3.5 oz)
Energy346 kJ (83 kcal)
Carbohydrates18.7 g
Sugars13.67 g
Dietary fiber4 g
Fat1.17 g
Protein1.67 g
VitaminsQuantity%DV
Thiamine (B1)6%0.067 mg
Riboflavin (B2)4%0.053 mg
Niacin (B3)2%0.293 mg
Pantothenic acid (B5)8%0.377 mg
Vitamin B66%0.075 mg
Folate (B9)10%38 μg
Choline2%7.6 mg
Vitamin C12%10.2 mg
Vitamin E4%0.6 mg
Vitamin K16%16.4 μg
MineralsQuantity%DV
Calcium1%10 mg
Iron2%0.3 mg
Magnesium3%12 mg
Manganese6%0.119 mg
Phosphorus5%36 mg
Potassium5%236 mg
Sodium0%3 mg
Zinc4%0.35 mg

Link to USDA Database entry

1. Kerangkan Lemak

Salah satu Khasiat Buah Delima mampu melawan lemak terutamanya di bahagian usus di mana ianya membantu proses membawa makanan yang kita makan ke saluran pencernaan. Dengan ini ia dapat membantu untuk mengelakkan pembentukan dan pengumpulan lemak. selain daripada itu dapat meningkatkan metabolisma badan. Ia juga dapat meningkatkan kolestrol yang baik dan mengurangkan kolestrol yang tidak baik untuk tubuh.

2. Anti-Radang.

Melalui kajian yang dibuat, buah Delima mempunyak khasiat untuk mengurangkan keradangan seperti buasir, keradangan saluran pencernaan. selain dari itu, buah Delima dapat membantu keradangan pada penghidap kanser kolon dan kanser payu dara.

Biji Delima dapat membantu dalam masalah buasir menurut dalam perubatan Cina. Air pada buah Delima bertindak sebagai astrgen yang disapu kebahagian yang bengkak sehingga sembuh

3. Merangsang Tenaga Batin.

Satu lagi Khasiat Buah Delima mempunyai antioksidan yang tinggi dan dapat meningkatkan aliran darah termasuklah dialat kelamin. Bagi yang mempunyai masalah tenaga batin, Jus Delima adalah pilihan terbaik. Jus ini boleh didapati dengan mudah di mana-mana kedai herba berdekatan.

4. Menurunkan Tekanan Darah.

Bagi pengidap tekanan darah tinggi atau hypertension, boleh lah mengamalkan makan atau minum jus buah Delima Kerana phytochemical’ yang terkandung dalam buah Delima mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Jika diri atau keluarga menghidap tekanan darah yang tinggi boleh la nasihatkan untuk amalkan makan Buah delima.

5. Mencegah dan Melawan Penyakit Jantung.

Selain itu khasiat Buah Delima boleh melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh termasuk jantung. Antiolsidan yang terkandung dalam buah Delima ini dapat memperbaiki sel-sel dalam badan dan mampu mencegah dan melawan penyakit jantung.

6. Kurangkan Risiko Kanser

Seperti yang kita tahu, Antioksidan mampu untuk mencegah seseorang daripada mendapat penyakit Kanser seperti kanser payudara, kanser usus dan sebagainya.  Buah Delima sarat dengan antioksidan yang mampu mencegah daripada penyakit kanser.

7. Mengurangkan Resiko Kencing Manis.

Mengikut Kajian yang telah dibuat, kandungan dalam buah Delima ( dalam jus dan biji ) mampu mengurangkan gula dalam darah. Selain dari itu, Perawat Ayurvedic dan Yunani dari dulu lagi menggunakan buah delima untuk merawat pemyakit diabetes.

8. Menguatkan Daya Ingatan.

Ada beberapa bukti yang menunjukkan khasiat buah Delima boleh meningkatkan daya ingatan selain dapat mencegah dan melawan penyakit Alzheimer.

Ternyata khasiat Buah Delima mempunyai banyak manfaat kepada tubuh badan kita sama ada yang mempunyai penyakit atau untuk langkah pencegahan. Buah ini juga berguna sebagai kecantikan serta awet muda. Mari kita amalkan buah ini sebagai diet harian kita.

Semoga perkongsian artikel ini iaitu khasiat buah delima dapat memberi ilmu serta pengatahuan kepada anda semua.

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu