12 Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

In KESIHATAN
Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Bawang putih banyak digunakan dalam masakan kita seharian. Sebut sahaja bawang putih, mesti kita terbayangkan bahan menumis sebelum masukkan resepi masakan dalam kuali. Selain itu banyak dari kalangan kita tidak gemar untuk makan bawang ini kerana rasanya yang kurang enak namun aromanya apabila di masak sangat sedap untuk dihidu.

Selain untuk kegunaan masakan, bawang putih ini sebenarnya mempunyai khasiat tersendiri yang baik untuk kesihatan dan kecantikan yang telah terbukit oleh sains. OK, artikel kali saya akan kongsikan khasiat bawang putih untuk kesihatan dan kecantikan dan mungkin akan mengubah mind set anda daripada tidak suka makan bawang ini kepada suka kerana khasiatnya.

Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan

1. Nutrisi Tinggi

Mempunyai banyak nutrisi yang terkandung dalam satu ulas. Antaranya ialah:

  • Manganese: 23% of the RDA
  • Vitamin B6: 17% of the RDA
  • Vitamin C: 15% of the RDA
  • Selenium: 6% of the RDA
  • Fiber: 0.6 grams
  • Kalsium, copper, potassium, phosphorus, iron dan vitamin B1

Sebenarnya bawang putih mengandungi hampir kesemua nutrisi yang anda perlukan kerana mempunyai pelbagai khasiat di dalamnya. Selain itu ia mengandungi:

  • 42 kalori
  • 1.8 gram protein dan
  • 9 gram kabohidrat

Hebat bukan? walaupun hanya sebesar ibu jari, tetapi mampu membekalkan banyak khasiat atau nutrisi kepada badan kita.

2. Menstabilkan Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi adalah pemicu pada penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.

Tahukah anda? sebenarnya khasiat terpenting yang terkandung dalam bawang ini adalah mampu menstabil atau menurunkan tekanan darah yang tinggi dan ini dibuktikan dengan banyak kajian sains yang telah dibuat dan menunjukkan keputusan yang positif.

3. Menurunkan Paras Kolestrol

Seperti yang kita sedia maklum, paras kolestrol yang tinggi dalam badan boleh membahayakan atau risiko mendapat penyakit yang berkaitan dengan kordiovaskular.

Terdapat banyak kajian menunjukkan paras kolesterol akan turun sekiranya mengamalkan memakan bawang putih.

4. Antioksidan Yang Tinggi

Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan Dan Kecantikan 4

Selain itu ia mengandungi antioksidan yang tinggi menghalang radikal bebas. Tubuh badan kita memerlukan antioksidan untuk memusnahkan radikal, tapi malangnya tubuh kita tidak mengeluarkan antioksidan.

Sumber antioksidan bergantung daripada pemakanan kita seharian dan salah satunya adalah bawang putih yang membekalkan antioksidan yang tinggi.

5. Kurangkan Sakit Kepala

Sakit kepala atau lebih dikenali Migrain sering menyerang kita. Antara sebabnya kerana tekanan kerja, masalah kesihatan atau peredaran darah tidak lancar.

Sebenarnya bawang putih ini dapat mencairkan dan membersihkan darah dalam badan seterusnya dapat melegakan dan mengurangkan migrain kita. Amalkan selalu memakannya agar terhindar daripada migrain.

6. Memperbaiki Kesihatan Tulang

Terdapat kajian telah dilakukan walaupun tidak dilakukan pada manusia tetapi kajian dilakukan pada tikus dan menunjukkan memakan bawang putih akan memperbaiki kesihatan tulang kita terutamanya wanita.

7. Menghalang Kanser

Mampu terhindar daripada penyakit yang ditakuti iaitu penyakit kanser seperti kanser usus, perut dan usus akhir. Walaubagaimanapun, amat disyorkan agar memakan bawang yang asli atau bukan yang dibeli melalui farmasi (suplimen)

8. Menstabilkan Gula Dalam Darah

Mampu merancang pengeluaran insulin meningkatkan sensitivity insulin dalam badan. Bagi yang memmpunyai masalah kencing manis. amat digalakkan untuk mengamalkan memakan bawang ini untuk kesihatan.

9. Penawar Sakit Perut dan Gastrik

Mampu menghilangkan sakit perut atau senak perut yang disebabkan penyakit gastrik.

Resepi: Ambil 2 atau 3 biji bawang putih, lalu cucukkan pada lidi atau penyucuk satay dan bakar sehingga masak atau kering lalu makan begitu sahaja. Mujarab untuk sakit gastrik walaupun rasanya yang tidak enak.

Baca juga:

Khasiat Bawang putih Untuk Kecantikan

1. Menghilangkan Jerawat

Rendam bawang tersebut dan goles ke muka agar jerawat sembuh tetapi mesti amalkan selalu. Sebaiknya lakukan proses ini sbelum tidur lalu basuh muka setelah bangun dari tidur.

2. Memperlambatkan Penuaan

Campurkan bawang putih (dipotong kecil), lemon dan madu dan diminum waktu pagi serta amalkan mampu memperlambatkan penuaan pada kulit dan sentiasa nampak muda.

3. Mengurangkan stretch mark (Kedutan)

Stretch mark selalunya terjadi pada kulit terutamanya wanita selepas bersalin. Cara hilangkan stretch mark: ambil jus bawang putih dan campurkan dengan minyak zaitun dan sapukan pada kulit. Ulangi untuk beberapa hari dan lihatlah hasilnya.

SatiqaSH

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu