4 Kesan Stress Kepada Pelajar Yang Membimbangkan

In KESIHATAN, MOTIVASI
4 Kesan Stress Kepada Pelajar Yang Membimbangkan

Kesan Stress Kepada Pelajar – Pernahkah anda mendengar berita pelajar bunuh diri atau cubaan bunuh diri akibat tertekan dan stress? kebanyakan remaja yang masih belajar di bangku sekolah menghadapi banyak cabaran termasuklah tekanan dari keluarga dan sekolah.

Secara ringkasnya stress adalah merangkumi beban, tekanan, kebimbangan, keletihan, konflik, panik, kemurungan dan tidak bermaya.

Dipetik dari Akhbar onlie utusan borneo bertarikh 31 Jan 2018

KOTA SAMARAHAN: Seorang pelajar sebuah kolej swasta yang dipercayai tertekan akibat pelajaran nekad menikam dirinya di perut dalam kejadian di sebuah rumah di I-Mas Village di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, lelaki berusia 20 tahun dan berasal dari Kapit itu tinggal sementara dengan kakaknya untuk menjalani latihan industri dan dikatakan perlu menduduki peperiksaan ulangan pada Jumaat ini.

Bagaimanapun, sekitar jam 2 pagi semalam, kakak mangsa terkejut apabila melihat mangsa terbaring kaku dengan pisau terpacak di perutnya – Berita penuh

Petikan akhbar di atas adalah sebahagian peristiwa pelajar bertindak diluar batasan yang disebabkan oleh tekanan atau stress. Selain daripada bunuh diri, banyak lagi kesan buruk stress kepada pelajar sekirannya perkara ini dibiarkan berlarutan tanpa penyelesaian.

Punca Pelajar Stress

Kebanyakan penyumbang stress di kalangan pelajar adalah tekanan dalam pembelajaran selain masa belajar yang panjang dan ditambah lagi dengan kelas-kelas tambahan yang membebankan pelajar. Ini belum lagi dikira pembelajaran dirumah seperti Home work yang diberi dari sekolah.

Manakala bagi pelajar-pelajar IPTA atau IPTS juga hadapi stress dalam pembelajaran. Contohnya ibu bapa memaksa anak-anak mengambil bidang yang mereka tidak minat serta beban dalam pembelajaran. Ini belum lagi dicampur dengan tekanan kewangan untuk meneruskan pengajian.

Kesan Stress Kepada Pelajar

4 Kesan Stress Kepada Pelajar
4 Kesan Stress Kepada Pelajar

1. Bertindak Di Luar Kawalan

Pelajar yang sedang stress kemungkinan belum mampu mengatasi stress terutamanya stress yang melampau. Kesan jangka panjang mengakibatkan mereka mengambil jalan mudah seperti bunuh diri, bertindak liar, lari dari rumah dan sebagainya.

2. Gejala Sosial

Mereka juga mudah terpengaruh dengan gejala-gejala tidak sihat seperti pergaulan bebas dan yang kita takuti adalah penyalahgunaan dadah.

selain itu, Mereka juga akan mencari cara yang paling senang bagi mengatasi stress dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti merompak, merogol, lumba haram, maksiat dan sebagainya.

3. Kesihatan Mental

Statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2017 yang dipetik dari akhbar Harian Metro, masalah kesihatan mental dikalangan remaja atau dikalangan pelajar semakin membimbangkan.

NHMS 2017 juga mendedahkan terdapat anak remaja berusia 13 hingga 17 tahun yang mengalami masalah kesihatan mental. Satu dalam setiap lima orang mengalami kemurungan (18.3 peratus), dua dalam setiap lima orang dilanda simptom keresahan (39.7 peratus) dan satu dalam setiap 10 orang mengalami stres (9.6 peratus).

Akibat daripada tekanan pembelajaran di sekolah seperti terpaksa bersaing dengan pelajar lain, tekanan daripada ibubapa yang mengharapkan anak mereka mendapat tempat yang baik dalam pelajaran, menyumbang kepada stress kepada pelajar tersebut seterusnya mempengaruhi mental mereka.

4. Penurunan Pencapaian

Akibat daripada tekanan yang berterusan, peristasi dan pencapaian dalam pelajaran akan terganggu disebabkan tumpuan yang kurang atau tumpuan mudah terganggu semasa belajar.

Selain itu juga, daya ingatan terganggu, keupayaan pelajar untuk merancang dan mengurus sesuatu juga menurun menyebabkan penurunan dalam pencapaian akademik.

7 Bahaya stress, apa yang perlu anda tahu tentang stress

Wajib Baca:

Mereka masih muda dan remaja, guru-guru pendidik dan ibubapa memainkan peranan utama untuk membendung masalah stress di kalangan pelajar.

Semoga artikel ini iaitu 4 Kesan Stress Kepada Pelajar Yang Membimbangkan bermanfaat kepada semua pembaca.

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu