kenapa Kelopak mata bergetar atau bergerak? Apa maksud yang tersirat?

In KESIHATAN
kenapa Kelopak mata bergetar atau bergerak

Kenapa Kelopak mata bergetar atau bergerak? – Melalui pengalaman sendiri, kebanyakan orang terdekat atau kenalan mengalami kejadian mata bergetar atau bergerak sama ada atas, bawah atau tepi kelopak mata.

Yang anehnya mata bergerak bukannya dibuat-buat atau dengan sengaja tetapi mata bergetar atau bergerak dengan sendirinya. Apakah ini normal? apa maksud yang tersirat atau apa maksudnya? dan adakah kita harus mempercai maksud tersiratnya? Saya akan jelaskan sebentar lagi.

Kelopak mata bergetar atau bergerak ( Dari segi Sains)

Dalam istilah sains atau perubatan, kelopak mata bergetar atau bergerak dipanggil myokymia. Ia disebabkan aktiviti elektrikal dalam otak yang meransang saraf mata sehingga mencetuskan kekejangan otot atau spasma.

Penyebab Mata Bergetar Atau Mata Bergerak-Gerak

Ada beberapa penyebab mata kita bergerak-gerak antaranya ialah:

1. Stress

Stress mungkin adalah penyebab utama kenapa mata kita bergerak-gerak adalah stress. Kurangkan stress anda untuk menghilangkan mata bergetar. Baca Juga: Cara Atasi Stress Berlebih Dengan Mudah Sekali

2. Keletihan

Keletihan disebabkan kurang tidur, tekanan kerja atau sebab lain boleh mencetuskan mata bergerak-gerak. Sila Baca!: 6 Petanda Tubuh Perlukan Rehat Serta Merta!

3. Tekanan Mata

Tekanan mata yang selalunya disebabkan penggunan telefon bimbit, komputer juga antara punca utama mata bergetar atau bergerak-gerak.

4. Kafein

Kafein yang terkandung dalam makanan atau minuman juga penyebab mata bergerak-gerak apabila diambil terlalu banyak.

5. Alkohol

Alkohol juga boleh membuatkan mata bergetar atau bergerak. Kelengkungan mata selepas meminum minuman keras adalah faktor terjadinya pergerakan mata ini.

6. Mata Kering

Selalunya mata kering ini berlaku pada umut 50 tahun ke atas. Mata kering juga biasa terjadi kepada orang yang menggunakan komputer atau faktor memakan ubat-ubatan tertentu seperti antihistamin dan beberapa antidepresan, memakai kanta lekap, mengambil kafein atau alkohol.

7. Masalah Nutrisi

Menurut beberapa laporan kajian, kekurangan nutrisi boleh menyebabkan kelopak mata bergetar atau bergerak-gerak terutamanya kekurangan magnesium.

Kelopak mata bergetar atau bergerak ( Tafsiran Orang Tua Lama )

Tidak dapat dinafikan terdapat banyak petua atau tafsiran orang-orang tua atau orang lama dahulu termasuklah tafsiran mereka tentang Kelopak mata bergetar atau bergerak.

NAMUN, harus diingat, itu semua adalah tafsiran semata-mata dan kita sebagai umat Islam dilarang untuk mempercainya.

Kadang-kadang orang mempercainya kerana, mungkin secara kebetulan tafsiran itu mengena, lalu mereka terus mempercainya.

Berikut adalah sebahagian daripada tafsiran orang-orang tu mengenai pergerakan mata atau mata bergerak-gerak:

  • Alis sebelah kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.
  • Alis sebelah kiri bergerak-gerak – akan mendapat wang.
  • Kelopak mata kanan sebelah atas – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
  • Kelopak mata kanan sebelah bawah – akan mendapat kesusahan.
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – akan mendapat kebaikan.
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – hendak menangis.
  • Ekor mata kanan – menerima kedatangan orang jauh.
  • Ekor mata kiri – mendapat sedikit kepayahan.
  • Biji mata kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.
  • Biji mata kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
  • Kening kiri – beroleh kelapangan.

Selain daripada pergerakan mata, terdapat juga tafsiran orang tua dengan tubuh lain. Antaranya:

  • Ubun-ubun bergerak – berbahagia pada hari tersebut.
  • Kening kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan. 
  • Bibir bawah bergerak – akan menangis.
  • Kepala bergerak – beroleh kerja yang baik.
  • Siku Kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.
  • Siku Kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang.
  • Pelipis Telinga bergerak – alami kebahagiaan.
  • Telinga bergerak – akan berkelahi.
  • Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.
  • Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.
  • Bahu Kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.
  • Bahu Kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.
  • Lengan Kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.
  • Lengan Kiri bergerak-gerak – beroleh harta.
  • Pipi Kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.
  • Pipi Kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.
  • Tangan Kanan gatal – nak dapat duit.
  • Tangan Kiri gatal – nak buang duit.
  • Kaki gatal – asyik nak berjalan saja

Tafsiran di atas sekada perkongsian dan info sahaja untuk kita tidak mempercainya kerana dalam islam tidak ada kena mengena denga berita baik atau buruk dan begitu juga dengan anggota lainnya.

Semoga dengan perkongsian ini iaitu kenapa Kelopak mata bergetar atau bergerak? Apa maksud yang tersirat? dapat memberikan info kepada semua pembaca.

Semoga bermanfaat..

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu