Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka Dan Di Badan

In KESIHATAN
Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka

Mungkin semua orang pernah atau sedang mengalami masalah jerawat pada muka. Walaubagaimanapun, jerawat sebenarnya bukan sahaja tumbuh pada muka, tetapi juga turut tumbuh di badan kita tanpa kita sedari.

Sebenarnya masalah jerawat ini bukan isu asing lagi untuk dibahaskan terutama dikalangan wanita yang sering mengeluh dengan masalah jerawat kerana mereka lebih peka dengan perubahan pada wajah mereka.

Namun pernahkah anda tahu? sebenarnya jerawat ini mempunyai beberapa jenis selain dari jerawat batu yang kita sering dengar.

Artikel ini akan berkongsi beberapa jenis jerawat yang selalu tumbuh di muka dan badan kita.

Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka Dan Di Badan

Baca Juga: Apakah Itu Penyakit Tibi Dan Adakah Penyakit Tibi Boleh Sembuh?

Kenali Jenis Jerawat

1. Jerawat Batu

Cystic acne atau juga lebih dikenali dengan jerawat batu adalah jerawat yang paling degil dan paling susah dikeluarkan serta meninggalkan parut apabila sembuh. Tidak hiaran la jerawat jenis ini adalah yang paling ditakuti oleh wanita mahupun lelaki.

Ia juga adalah satu penyakit di mana keradangan berlaku pada kelenjar lemak disebabkan sumbatan pada pada liang-liang pada kulit.

Kebiasaanya ia kan menyebabkan kulita akan merasa gatal serta sakit di bahagian yang berlaku keradangan selain bentuk dan saiznya yang agak besar berbanding dengan jerawat biasa.

Ada beberapa faktor terjadinya keradangan ini yang menyebabkan ia membengkak.

# Faktor Penyebab Jerawat Batu

  • Faktor keturunan (genetik) – Antara penyebab utama timbulnya jerawat batu ini adalah disebabkan kulit wajah yang berminyak. Oleh itu, sekiranya ibu bapa kita mempunyai wajah yang berminyak, kita juga berkemungkinan besar juga mempunyai kulit wajah yang berminyak.
  • Faktor Hormon – Selain daripada faktor genetik, faktor hormon juga adalah penyebab masalah ini. Sekiranya Hormon androgen meningkat yang selalunya terjadi sewaktu kanak-kanak itu meningkat remaja (proses pubertas), hormon androgen akan meningkat dan menyebabkan tumbuhnya jerawat pada wajah. Selain daripada proses pubertas, hormon juga akan terganggu saat wanita hamil dan juga ketika mengalami stress melampau dalam jangka masa yang lama.
  • Penggunaan Solekan (Kosmetik) – Terdapat bahan-bahan di dalam alat solekan yang mengandungi kimia yang menyebabkan jerawat batu timbul dan lebih-lebih lagi sekiranya kulit anda jenis yang sensitif ditambah lagi dengan alat kosmetik yang tidak sesuai dengan anda, mampu memicu terjadinya jerawat di wajah.

2. Jerawat Pasir

Walaupun jerawat pasir ini tidak menggangu kesihatan anda, tapi ia dapat menurunkan keyakinan anda serta menyebabkan ketidakselesaan pada wajah. Bentuknya adalah bintik-bintik merah kecil dan terdapat cecair berupa nanah di dalamnya.

Hampir seluruh rakyat Malaysia mengalami masalah jerawat pasir ini. Selalunya jerawat ini tidak kelihatan dari pandangan jauh, namun akan kelihatan sekiranya dari jarak dekat kerana bentuknya yang kecil berbanding dengan jerawat batu.

Kebiasaanya ia akan muncul di bahagian dahi dan lebih banyak berbanding dengan bahagian wajah yang lain seperti dagu dan pipi.

# Faktor Penyebab Jerawat Pasir

  • Stress (Tekanan) – Terdapat banyak bukti namun belum peringkat kajian yang tekanan dapat memicu jerawat pada wajah termasuk jerawat pasir. Contohnya, Apabila menjelang peperiksaan sahaja, jerawat akan timbul. Mungkin secara logiknya, sekiranya anda mengalami tekanan atau stress, kita secara automatik malas membersihkan wajah, merokok, atau makan makanan yang tidak berkhasiat seterusnya memicu jerawat di wajah.
  • Perubahan Hormon – Seperti juga jerawat batu, salah satu pemicu jerawat pasir adalah ketidak seimbangan hormon badan. Salah satu sebab hormon di badan kita tidak stabil adalah kerana seseorang itu hamil, atau seseorang itu meningkat dewasa.
  • Kebersihan Wajah – Kebersihan wajah yang tidak dijaga juga adalah salah satu faktor terjadinya jerawat pasir timbul di kulit wajah. Sebagai contoh Jerawat berlaku kerana penumpukan kotoran di liang muka yang kemudian terjadi radang. Pengumpulan kotoran di liang-liang ini sangat dipengaruhi oleh kebersihan wajah iaitu wajah yang tidak dibersihkan selalu.
  • Pengaruh Ubat-ubatan – Ada beberapa ubat yang berada di pasaran yang boleh memicu masalah jerawat pasir ini dan salah satunya ubatan yang mengandungi steroid.
  • Alat Pembersih Muka – Ada jenis pembersih muka yang boleh menyebabkan jerawat pasir akan timbul pada wajah. Salah satunya adalah Bedak Sejuk. Bedak sejuk sebenarnya boleh menyebabkan masalah ini. Walaubagaimanapun ianya mengikut kesesuaian pengguna. Ada orang yang menggunakan bedak sejuk ini tidak mengalami masalah jerawat dan ada juga akan mengalami masalah tersebut.

3. Jenis Jerawat Blackhead 

Jerawat Blackhead atau lebih dikenali bintik hitam selalunya berada di kawasan hidung kita. Blackhead terbentuk apabila sebum (minyak) pada wajah terdedah kepada udara (pada liang pori yg terbuka) sbb itu ia bertukar menjadi hitam (bintik hitam).

Selain itu, bahagian permukaan blackhead atau bahagian kepalanya keras manakala bahagian bawah atau ekornya adalah lembut.

Umumnya jenis ini tidak menyebabkan sakit, keradangan atau ketidak selesaan pada wajah. Tidak hairanlah jerawat jenis ini selalunya diabaikan dalam jangka masa yang panjang.

Semakin lama blackhead berada dalam liang pori, maka ia semakin kukuh dah keras menyebabkan ia sedikit sukar untuk menngeluarkannya.

Blackhead ini jelas kelihatan mungkin sebab warnanya dan bentuknya yang berbintik hitam. Selain itu kita boleh merasa kekerasannya dengan menyentuh bahagian blackhead tersebut.

4. Jerawat Whitehead 

Seperti juga Blackhead, Jerawat Whitehead berlaku disebabkan faktor utama iaitu penyumbatan pada liang pori. Walaubagaimanapun penyumbatan whitehead menutupi keseluruh liang pori berbanding dengan blackhead yang hanya berlaku sebahagian sahaja.

Whitehead akan kelihatan seperti ada benjolan putih kecil dan lebih susah untuk di keluarkan berbanding dengan jerawat blackhead kerana liang pori-porinya tertutup rapat.

# Faktor Terjadinya Blackhead dan Whitehead

  • Kebersihan Wajah – Seperti juga jerawat jenis lainnya, blackhead dan whitehead terjadi disebabkan penyumbatan pada liang pori pada wajah anda. Salah satu faktor penyumbatan adalah disebabkan kotoran yang menyumbat pada pori. Selain dari itu, wajah yang berminyak menyebabkan sumbatan. Seseorang yang kurang peka terhadap kebersihan wajah, berisiko mendapat Blackhead dan Whitehead.
  • Hormon – Faktor hormon juga memainkan peranan terbentuknya Blackhead dan Whitehead pada wajah anda. Apabila hormon dalam tubuh tidak seimbang atau tidak stabil, ia akan buat kulit kita hasilkan sebum yang berlebihan yang menyebabkan sumbatan pada liang pori dan membentuk jerawat.
  • Kurang Minum AirBlackhead dan Whitehead juga akan terjadi sekiranya air dalam badan tidak mencukupi atau kurang minum air. Hal ini terjadi kerana, kulit kita memerlukan air yang cukup agar kulit sentiasa sihat dan dapat detox toksin dalam badan termasuk kawasan wajah. Toksin dalam badan sebenarnya menyebabkan terjadinya Blackhead dan Whitehead pada wajah.
  • Alat Solek – Seperti juga jenis jerawat yang lain, antara penyebab terjadinya jerawat Blackhead dan Whitehead adalah kerana alat solek atau produk mekup yang tidak sesuai dengan kita. Contohnya Salah beli bedak muka, salah beli blusher, salah beli foundation.

5. Jerawat Papul (Jerawat Biasa)

Jerawat Papul adalah jerawat yang paling ringan sekali dan yang paling biasa dihadapi semua orang. Papul terjadi disebabkan pori yang tersumbat. Selain itu, Bakteria P.acnes juga merangsang keradangan dan pembentukan papul. Papul berbentuk bintik kecil, merah atau merah jambu.

Untuk Pengetahuan semua, jerawat jenis ini tidak mempunyai nanah dan hanya benjolan keradangan yang sangat kecil. Kita juga dilarang memicitnya kerana selain tidak mempunyai nanah, radang akan bertambah teruk sekiranya dipicit atau diganggu.

6. Jerawat Pustul (Jerawat Besar)

Jerawat jenis ini adalah jerawat yang telah membesar dan membengkak. Ia seperti jenis papul namun di tengah atau puncak jerawat ini berwarna putih berupa nanah dan biasanya bermata serta dikelilingi tanda merah keradangan.

Jerawat Pustul biasanya akan terasa sakit jika disentuh dan juga salah satu jenis jerawat yang bera. Dinasihatkan aga tidak memicitnya kerana dikuatiriakan meningalkan bekas atau parut kekal pada wajah selain pastul sangat sensitif pada sentuhan.

Bolehkah Jerawat Tumbuh di Bahagian Badan Yang Lain?

Masalah jerawat sebenarnya bukan sahaja tumbuh di bahagian wajah atau muka tetapi juga tumbuh di bahagian badan lain seperti belakang badan dan bahagian dada.

Banyak faktor keadaan ini terjadi dan kebiasaannya remaja wanita lebih ramai memiliki jerawat di belakang badan berbanding dengan remaja lelaki yang berusia belasan tahun dan awal 20 ‘an.

Faktor Utama Jerawat Di Badan

Faktor Hormon

Punca utama kebanyakan remaja terutamanya gadis menghadapi masalah jerawat di badan adalah faktor hormon kerana lingkungan umur mereka yang sedang subur.

Faktor Keturunan

Selain daripada faktor hormon, faktor keturunan juga menjadi punca jerawat ini timbul di bahagian badan. Sebagai contoh, sekiranya ahli keluarga anda kebanyakannya menghadapi masalah jerawat di badan, anda juga berisiko mendapat jerawat di bahagian badan.

Cara menghilangkan / Elak Jerawat Di Badan

Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan jerawat di badan, antaranya adalah:

1. Jaga Pemakanan

Elakkan makan makanan yang tidak berkhasiat seperti fast food. Semestinya amalkan gaya hidup yang sihat dengan pemakanan yang berkhasiat setiap hari.

2. Jangan Tidur Dalam Keadaan Berpeluh

Sebolehnya jangan tidur dalam keadaan badan masih berpeluh kerana jerawat di bahagian badan dikaitkan dengan faktor peluh. Amalkan mandi atau keringkan peluh dahulu sebelum tidur agar dapat mengelak jerawat tumbuh di bahagian badan terutamanya belakang dan dada.

3. Ganti Pakaian

Amalkan ganti pakaian selepas melakukan aktiviti di luar rumah terutamanya selepas baju terkena peluh. Jangan teruskan memakai pakaian yang telah lama dipakai terutamanya yang sudah terkena peluh. Selain dari itu, digalakkan memakai pakaian jenis yang menyerap peluh.

4. Mandi

Badan yang kotor atau badan tidak bersih menjadi salah satu punca terjadinya jerawat di badan kerana liang pori akan tersumbat akibat kototan tadi. Untuk mengelaknya, amalkan mandi selalu mengikut kesesuaian terutamanya waktu pagi, petang atau selepas melakukan aktiviti seperti bersukan dan sebagainya.

5. Minum Air

Salah satu punca jerawat tumbuh termasuk di bahagian badan disebabkan badan kekurangan air atau kurang minum air. Tahukah anda? kulit juga memerlukan cairan agar sentiasa sihat. Fungsi air juga ialah, dapat menyingkirkan toksik penyebab jerawat dalam badan serta darah.

Kesimpulannya, hampir kesemua jenis jerawat yang tumbuh di wajah serta badan adalah disebabkan tidak menjaga kebersihan diri serta gaya hidup yang tidak sihat. Apabila jerawat timbul terutamanya di bahagian wajah, kita akan merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan.

Ada yang cuba untuk mengelak daripada bertemu dengan orang termasuk keluarga sendiri atau teman-teman. Sebenarnya Masalah Jerawat ini boleh diselesaikan dan boleh sembuh dengan mudah yang penting kesihatan dan kebersihan diri dijaga dengan sempurna.

Semoga artikel berkaitan dengan masalah jerawat ini dapat memberikan info dan panduan berguna kepada semua pembaca.

You may also read!

Makanan Kucing Murah Dan Berkhasiat Untuk Kucing Anda

Makanan Kucing Murah Dan Berkhasiat Untuk Kucing Anda

Asalammualaikum semua.. rasanya kebanyakan masyarakat kita, bah kan seluruh dunia meminati haiwan kucing bukan? Artikel kali ini saya akan

Read More...
penyakit tibi boleh membawa maut

Apakah Itu Penyakit Tibi Dan Adakah Penyakit Tibi Boleh Sembuh?

Apakah itu penyakit tibi? Adakah penyakit tibi boleh sembuh? adakah penyakit tibi boleh berjangkit? Asalammualaikum semua, artikel kali ini

Read More...
Cara Semak Wang Tidak Dituntut Melalui Portal eGUMIS

Cara Semak Wang Tidak Dituntut Melalui Portal eGUMIS

Asalammualaikum semua. Artikel kali ini saya akan tunjuk kepada anda cara semak wang tidak dituntut melalui portal eGUMIS secara

Read More...

2 commentsOn Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka Dan Di Badan

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu