Jenis Ular Yang Perlu Anda Tahu Untuk Langkah Keselamatan

In BLOGGER, TAHUKAH ANDA
haiwan ular jenis ular tedung

Sebut sahaja ular mesti banyak di antara kita yang takut, geli dan fobia dengan haiwan jenis ini. Apa tidaknya bentuk badan sahaja sudah mampu menjadikan kita kecut atau lari lintang pukang apabila bertembung dengannya. Belum lagi cerita tentang racun bisanya yang boleh membuatkan sesorang itu cedera dan yang paling ditakuti boleh membawa maut sekiranya tidak mendapatkan rawatan dengan cepat.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa haiwan ular yang sebenarnya tidak berbisa. Walaupun tidak berbisa, kita seharusnya menjauhkan diri daripada haiwan ini terutamanya ular sawa kerana ianya boleh juga membunuh sekiranya bersaiz besar.

Sebenarnya Haiwan ini tidak menyerang manusia melainkan apabila bertembung atau berasa terancam oleh pihak lain seperti manusia. Sebagai bukti, Kebanyakkan uar akan lari apabila bertembung dengan manusia melainkan mempertahankan sesuatu seperti sedang bertelur.

Jenis-Jenis Ular Yang Perlu Anda Tahu

1. Jenis Ular Tedung / Ular Tedung Selar

Ular jenis ini adalah yang sangat berbisa. Semantara itu ular tedung adalah ular terbisa terbesar di dunia. Ia mempunyai beberapa warna untuk dikenali seperti hitam, coklat ataupun kehijauan. Selain itu berat haiwan ini boleh mencecah berat sehingga 10 kg dan panjang sekitar 8 kaki (2.5 meter). Haiwan ini terdapat dan berasal di Asia Tenggara termasuk Malaysia, India dan Fhilipina. Jangka hayat haiwan ini boleh dikatakan panjang iaitu boleh mencecah umur 20 tahun.

Tahukah anda? Makanan utama haiwan ini adalah spesisnya sendiri iaitu ular. tetapi kalau terdesak, ia akan memakan haiwan lain terutamanya haiwan bertulang belakang (vertebrates) dan berburu pada waktu siang berpandukan ketajaman matanya.

Apabila bertelur, Jenis haiwan ini adalah salah satu spesis yang akan membuat sarang untuk telurnya sehingga menetas. Ia akan mengeluarkan telur 20 hingga 40 biji dan akan menetas selepas 60 hingga 80 hari.

Dikatakan, Spesis ini pantang kalau sarangnya dikacau dan akan bertindak menyerang mangsa dengan patukan. Bisanya boleh membawa maut sekiranya lambat mendapatkan rawatan.

Ular Tedung Belalang

Ular Tedung Hitam ini juga dikenali sebagai Ular tedung Belalang oleh masyarakat Iban Sarawak

Kesan Patukan Ular Tedung

  • Kesakitan pada tempat gigitan dalam masa setengah jam.
  • Bahagian bekas gigitan membengkak (selepas 1 jam digigit).
  • Lemah-lemah badan.
  • Pengeluaran air liur yang berlebihan.
  • Mengantuk.
  • Lumpuh pada otot-otot muka, bibir, lidah dan saluran pernafasan.
  • Tekanan darah menurun.
  • Mata kuyu (ptosis).
  • Pandangan menjadi kabur.
  • Sawan (konvulsi).
  • Badan berpeluh.

Kesan Akibat Patukan Ular Tedung

2. Jenis Ular Katam Batu

Spesis ini mempunyai sekurang-kurangnya 30 belang hitam putih pada bahagian ekor dan badannya. Panjang ular Katam Tebu boleh mencecah sehingga 1.6 meter dan membiak secara bertelur. Kebiasaannya haiwan ini mudah ditemui di kawasan rendah dan kawsan perairan seperti di sepanjang kawasan sungai, sawah padi dan persisiran pantai.

Untuk pengahuan semua, walaupun ia bukanlah jenis haiwan agresif tetapi patukannya sangat berbisa dan boleh membawa maut.

3. Jenis Ular Katam Belang

Mempunyai badan yang berwarna berbelang melitang hitam dan kuning. Panjang ular katam belang sama seperti ular katam tebu iaitu boleh mencecah 1.6 meter. Juga membiak secara bertelur dan didapati di semananjung Malaysia terutamnya di kawasan hutan bakau, kawasan pantai dan perkampungan.

Haiwan ini tidaklah agresif dan bergerak perlahan dan haiwan ini bergerak cerdas padawaktu malam. Bisa patukan ular Katam Belang sangat bahaya dan boleh membawa maut tetapi angka kematian akibat patukan haiwan ini sangat rendah.

Bisa haiwan ini menyerang sistem saraf (Neurotoksin) dan boleh membawa maut sekiranya lewat mendapatkan rawatan.

4. Jenis Ular Katam Kepala Merah

Nama inggeris ialah Banded Krait Panjang haiwan ini boleh mencecah 2.1 meter panjangnya. Kepala dan hujung ekor adalah berwarna kemerahan. Juga membiak secara bertelur dan boleh dijumpai di kawasan hutan. Spesis ular ini sangat jarang dijumpai dan bisa racunnya kurang dikaji kerana gigitan dari spesies ini amat jarang berlaku

Ular Sawa Batik

Ular sawa Batik banyak ditemukan di Asia Tenggara terutamanya di Malaysia. Juga dikenali dengan ular Sawa Rendam. Ular sawa dewasa boleh mencecah sehingga 6.95 m (22.8 ka) panjangnya. Mengikut kajian, ia adalah haiwan reptilia yang terpanjang di dunia. Ia adalah haiwan bertelur dan mengeluarkan telur 15 hingga 80 biji dalam sekali bertelur dan memerlukan masa 88 hari untuk menetas.

Habitat Ular Sawa Batik

Selalunya haiwan ini boleh didapati di kawasan berdekatan dengan kawasan berair seperti sawah padi dan sungai. Selain itu habitatnya adalah di hutan atau padang rumput.

Pemanakan Ular Sawa

Tahukah anda? haiwan ini mahir berenang di air. Ia juga mampu menelan mangsa 1/4 dari panjang badannya dan sehingga sama beratnya. Antara mangsa terbesar yang sempat didokumenkan dengan lengkap adalah menelan Beruang Madu seberat 23 kg dan juga haiwan Babi 60 kg. serta memerlukan 10 minggu untuk dihadam sepenuhnya.

Sebenarnya haiwan ini tidak mempunyai bisa dan selalunya tidak membahayakan manusia. Tetapi boleh membunuh manusa apabila saiznya agak besar namun serangan terhadap manusia amat jarang.

Jenis Ular Senduk / Ular Senduk Asia / Ular Tedung Senduk

Dari keluarga haiwan Ular tedung ini tidak banyak perbezaan dari ular tedung lain sebenarnya. Memiliki tanda bulat pada gebeng lehernya dan mudah ditemui di kawasan Asia Barat Asia Tenggara.

Kebiasaannya haiwan ini boleh mencecah panjang 19 hingga 21 meter dan Tengkuknya pucat, dengan ketiadaan tompok gelap, sering kali diikuti dengan satu gelang hitam.

Ular Senduk ini kebiasannya aktif pada waktu malam atau senja. Walaubagaimanapun juga dijumpai pada waktu siang ketika berjemur. Makanan haiwan ini adalah haiwan kecil seperti tikus, katak, burung atau haiwan kecil lain. Namun haiwan ini juga memakan telurnya sendiri atau sejenis dengannya. Ia bertelur 25 hingga 45 biji sekali bertelur.

Bisa patukan haiwan ini sangat bahaya. Racun spesis haiwan ini adalah neurotoksin dan boleh membawa maut.

Jenis Ular Kapak Bakau

Ular jenis ini berwarna coklat-unggu dan seringkali terdapat garis putih di sepanjang tepi tubuhnya. Panjang ular Kapak Bakau tidaklah panjang iaitu hanya boleh mencecah 1 meter. Spesis ini boleh dijumpai di hutan bakau dan rawa di seluruh Semenanjung Malaysia.

Untuk peringatan semua, Ular Kapak Bakau sangat agresif dan patukannya sangat berbisa dan boleh membawa maut.

Ular Kapak Hidung Pipih

Ini juga adalah ular yang berbisa. Bisa patukannya boleh membawa maut sekiranya lambat mendapatkan rawatan. Haiwan ini berwarna coklat berkilat dengan terdapat tanda-tanda warna gelap pada bahagian badan.

Panjang Spesis ini boleh mencecah 60 cm. Ular Kapak Hidung Pipih ini adalah salah satu haiwan yang jarang dijumpai di Malaysia. Makanannya terdiri daripada tikus, burung dan cicak. Ular ini merupakan jenis ular yang berbisa dan hidup di pohon-pohon setinggi 20 meter dari atas tanah dalam hutan tebal.

Baca Juga: Kenali Gigitan Serangga Dan Kesannya

mdekmal.com

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu