Ingin Bercuti? Senarai Barang Keperluan Yang MESTI Ada

In TIPS
Senarai Barang Keperluan yang MESTI Ada sewaktu bercuti

Senarai barang keperluan sangat penting tidak kira la nak pergi percuti luar negara atau balik kampung halaman, kursus luar daerah dan sebagainya, mesti anda pernah terlupa atau tertinggal sesuatu kan? apa lagi kalau barang itu sangat penting. Kalau pergi bercuti kampung halaman dan kampung pula jauh dari bandar dan tertinggal pula seluar dalam.. hahaha alamat streka spender la.

Sebelum saya senaraikan barang penting yang kena ada sewaktu bercuti, di sini saya kongsi sedikit list barang yang selalu dan kerap kita lupa untuk dibawa bersama.

Senarai Barang Keperluan Yang Sering Tertinggal

  • Seluar dalam
  • Berus gigi dan ubat gigi
  • Port carger telefon
  • Sabun mandi,
  • Ubat penting
  • Makanan ringan

Cuba lihat senarai di atas, walaupun kecil dan remeh temeh tapi sangat penting bila kita perlukan. Betul kan? Bayangkan kalau tertinggal carger untuk telefon, yang lebih malang lagi jauh dari bandar.. memang handphone tidak menyala lah sampai pagi..

Senarai Barang Keperluan Yang MESTI Ada Sewaktu Bercuti

Senarai barang keperluan di bawah adalah barang yang perlu ada kalau nak bercuti dalam atau luar negara.

1. Passport/Visa

Untuk percutian ke luar negara dokumen ini sangat penting. Jangan pula terpinga-pinga depan kaunter Airport pasal lupa Passport.. memang tidak masuk la ceritanya.

2. Kelengkapan Pakaian

Kelengkapan pakaian maksudnya, segala baju, pakaian dalam lelaki wanita, pakaian anak-anak, kasut, sliper, baju hujan dan sebagainya.

3. Peralatan elektronik

Senarai Barang Keperluan Yang MESTI Ada waktu bercuti - peralatan elektronik

Contohnya handphone/telefon bimbit termasuk pengecas telefon, Travel adapter (penting kerana plug soket elektrik luar negara berbeza dengan kita), camera/video cam, memori kad, power bank untuk telefon. Mungkin sesetengah memerlukan earphone.

4. Peralatan Perubatan / First Aid

Senarai Barang Keperluan Yang MESTI Ada waktu bercuti - first aid

First Aid sangat perlu. Kena ada dan kena beli sebelum bercuti. Barang ini sangat penting untuk rawatan awal kalau ada terjadi perkara yang di luar jangka seperti kecerderaan atau kemalangan.

Sediakan juga ubat-ubatan seperti Panadol/Paracitamol, cream pencegah gigitan nyamuk dan sebagainya.

5. Wang Tunai Secukupnya

Senarai Barang Keperluan Yang MESTI Ada waktu bercuti - wang saku

Sekiranya anda bercuti dalam dan luar negara, pastikan cukup wang saku walaupun memiliki Kad Kredit kerana ada beberapa transaksi di sana yang tidak menerima kad kredit. ok kalau nak bercuti luar negara pastikan ada wang saku untuk persediaan di negara. Maklum la duit kita dengan diorang tidak sama 🙂

6. Makanan Tambahan / Makanan Ringan

Senarai Barang Keperluan Yang MESTI Ada waktu bercuti - makanan ringan halal

Pastikan sediakan makanan seperti makanan segera atau makanan ringan sebelum bercuti terutamanya bercuti luar negara. Ini kerana sekiranya bercuti ke tempat seperti jepun, korea, atau beberapa negara bukan muslim yang lain, payah nak cari makanan yang betul-betul halal atau ada logo halal. So makanan ringan ini sebagai persediaan sementara mencari makanan halal di sana.

Insuran.. Walaupun bukan barang keperluan tetapi ianya juga sangat penting. Pastikan beli insuran yang berpatutan dan boleh diharapkan jika ada terjadi sesuatu perkara.

Baiklah itu sahaja perkongsian Senarai Barang Keperluan Yang MESTI Ada Sewaktu Bercuti dalam dan luar negara.

Jika ada senarai barang keperluan yang tertinggal atau tidak disenaraikan di atas, boleh bagi cadangan di ruang komen di bawah. Semoga perkongsian ini bermakna bagi anda yang ingin bercuti..

Selamat Bercuti..

Baca Juga: Kenali Tempat Menarik Di Daerah Ranau Sabah Yang Wajib Dikunjungi

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu