Himpunan Doa Mustajab Dan Doa Harian Untuk Keluarga | Doa Lengkap

In AGAMA
Himpunan Doa Mustajab Dan Doa Harian Untuk Keluarga - Doa Lengkap

Doa merupakan otak kepada ibadah. Doa juga adalah luahan seorang hamba kepada sang pencipta agar dimakbulkan segala hajat. Doa sebenarnya bukan sahaja dilakukan umat manusia zaman sekarang, juga turut dilakukan oleh para Nabi dan Rasul sebelumya.

Selain daripada itu, kita sebagai Muslim adalah digalakkan untuk berdoa sebagai tanda rasa rendah diri terhadap Allah SWT, selain untuk menunjukkan rasa patuh dan taat kepada suruhan Allah.

Doa boleh dilakukan pada bila-bila waktu tanpa had dan batasan waktu selagi masih hidup serta beriman dengan Allah SWT. Seperti yang kita tahu, selalunya berdoa akan dilakukan apabila selesai sahaja waktu solat, namun sebenarnya dalam kehidupan sebagai seorang Muslim, setiap perbuatan digalakkan didahului dengan doa.

Isi Kandungan

Adab-adab Ketika Berdoa

Sebelum atau ketika berdoa, kita mestilah menjaga adab ketika berdoa agar doa mudah dimakbulkan atau menjadi doa mustajab.

  1. Dalam keadaan berwuduk
  2. Menghadap kiblat
  3. Menutup aurat
  4. Dalam keadaan khyusuk dan tawaduk
  5. Tidak tergesa-gesa
  6. Dimulai dengan memuji kebesaran Allah SWT
  7. Disudahi dengan selawat dan salam
  8. Membaca doa itu dengan penuh harapan agar dimakbulkan
  9. Seeloknya membaca doa yang kita mengerti isinya.
  10. Tidak tergesa-gesa

Waktu Yang Baik Untuk Berdoa / Doa mustajab

Tiada halangan sebenarnya untuk waktu berdoa namun di sini saya kongsikan beberapa waktu paling Afdhal untuk kita berdoa.

  • Pada malam al-Qadar (sepuluh malam terakhir yang ganjil dalam bulan Ramadhan)
  • Pada hari Arafah (9 Zulhijjah ketika jemaah haji wukuf di Arafah)
  • Pada bulan Ramadhan
  • Pada malam Jumaat
  • Pada hari Jumaat
  • Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam.
  • Pada tengah malam
  • Seperdua malam yang kedua (selepas 12 malam)
  • Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam)
  • Sepertiga malam yang terakhir (selepas jam 2 pagi)
  • Pada waktu sahur (sebelum fajar)
  • Sesudah berwuduk
  • Ketika orang azan untuk solat
  • Antara azan dan iqamat
  • Ketika orang mengucapkan iqamat
  • Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil (peperangan mempertahankan ajaran Islam)
  • Dalam pertempuran di medan perang
  • Pada akhir tiap-tiap solat fardhu
  • Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau luar solat)
  • Ketika sedang membaca al-Quran
  • Setelah tamat membaca al-Quran
  • Ketika minum air zam-zam
  • Pada waktu ayam jantan berkokok (pada waktu pagi).
  • Pada saat berkumpulnya kaum Muslimin kerana agama
  • Pada waktu berkumpul untuk berzikir (iaitu berkumpul untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari al-Quran atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam)
  • Pada waktu turun hujan.
  • Ketika menutupkan mata orang yang telah mati

Antara Sebab Doa Ditolak

Ada beberapa sebab kenapa doa kita tidak dimakbulkan atau doa ditolak, antaranya ialah:

  • Berdoa dalam keadaan tergesa-gesa
  • Doa dengan perasaan sombong
  • Doa tanpa usaha
  • Doa yang dilakukan ketika susah sahaja
  • Mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan suruhanNya
  • Mengatakan cinta kepada Rasul Allah, tetapi meninggalkan sunnahnya
  • Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya
  • Makan nikmat Allah, tetapi tidak bersyukur kepadaNya
  • Mengatakan syaitan musuhnya, tetapi tidak menentangnya
  • Mengatakan Syurga itu benar, tetapi tidak beramal untuknya.
  • Mengatakan Neraka itu benar, tetapi tidak lari daripadanya.
  • Mengatakan mati itu benar, tetapi tidak bersedia untuknya.
  • Bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi melupakan keaiban diri sendiri.
  • Mengebumikan mayat-mayat (sahabat-sahabatnya) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Himpunan Doa Mustajab Dan Doa Harian Untuk Keluarga

1. Doa Qunut / Doa Qunut Rumi

Doa yang dilakukan ketika solat Subuh. Imam Syafi’i berpendapat bahawa bacaan doa Qunut dalam solat Subuh merupakan sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut.

2. Doa Taubat – Doa Mustajab / Doa Harian

Doa memohon keampunan kepada Allah AWT melalui Doa Taubat. Doa ini di amalkan selesai sahaja solat sunat tubat atau selepas solat.

3. Doa Selepas Azan – Doa Mustajab / Doa Harian

Doa sunat selepas mendengar laungan azan oleh mu’azzin dan hendaklah berdoa dengan penuh penghayatan. Selepas azan juga adalah antara masa mustajab berdoa. maka lebih afdhal dan ada baiknya jika setiap kali lepas doa azan kita tambahkan dengan Asmaul Husna dan doa untuk ibu bapa. Terlebih dahulu hendaklah dibaca 1 – 3 kali selawat sebelum membaca doa selepas azan:

4. Doa selepas Iqamah – Doa Mustajab / Doa Harian

Doa Iqamah adalah sama seperti doa setelah azan. Selepas habis sahaja iqamat, kita disunatkan membaca doa sama seperti doa selepas azan sebagai mendoakan selamat sejahtera keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW:

Doa Selepas Azan berserta rumi

5. Doa Selepas Solat Fardu – Doa Mustajab / Doa Harian

Doa setelah selesai soalat fardhu adalah salah satu waktu mustajab berdoa kepada Allah SWT. Biasakan diri dan amalkan selesai sahaja solat Fardu, jangan berganjak daripada tempat duduk dan berdoalah, meminta kepada Allah SWT apa sahaja yang dihajatkan.

Di sini saya kongsikan beberapa doa selepas selesai solat fardu. Yang penting sekali, kita paham atau tahu isi doa yang dibaca. Berikut adalah doanya:

Doa Selepas Solat Fardu #1

Doa Selepas Solat Fardu #2

Sumber: aliff.co

Bacaan Rumi:

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa iwalmursalin sayyidina muhammadin wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.

Allahumma taqobbalminnaa solaatana wadhu’aa ana innaka antassami’ul ‘alim, watub ‘alainaa innaka antattawwaburrohim.

Allahummaj ‘aldinanaa diinannabiyyi muhammadin sollallahu ‘alaihi wasallam, wa islaamana islaamal muslimiin, wa iimananaa iimanal mu’minin, wasolaatana solaatal khoosyi’in.

wa a’maalana a’maalassolihin, waniyyaa tana niyyatal mukhlisin, wazunuubana ya Allahu zunuubal mustaghfirin.

Wahayaatana hayaatal ‘ulama’, wamautana bimautissyuhada, wa adkhilnal jannata ma’al anbiyaa’i ‘alaihimusoolatu wassalam.

Robbona aatina fiddunya hasanah, wafil aakhiroti hasanah, waqina ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala khoiri khoqihi sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, subhaana robbika robbil ‘izzati ‘amma yasifun, wasalaamun ‘alal mursalin, walhamdulillahi robbil ‘alamin.

Makna Doa:

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


Mudah-mudahan ilmu yang dikongsikan ini memberikan manfaat kepada kita semua. In Sha Allah.

Nota: Admin berkongsi maklumat ini dengan niat ingin menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada rakan-rakan di luar sana yang ingin memperkasakan ibadah masing-masing. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan maklumat yang dipaparkan di dalam artikel ini, Admin ingin memohon maaf dan meminta kerjasama pembaca untuk membuat teguran dan cadangan di ruangan komen. In Sha Allah, Admin akan sedaya upaya membuat pembetulan secepat mungkin.

6. Doa Iftitah – Doa Mustajab / Doa Harian

Doa Iftitah adalah doa yang dibaca sewaktu permulaan solat dan membaca doa iftitah adalah sunat. Iftitah bermaksud pembuka. Ia dibaca di mana-mana solat yang fardhu.

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا، وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا وَمَا أَنَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ، إنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنْ الْمُسْلِمِين

Makna Doa Iftitah

“Allah Maha Besar dengan dengan kebesaran yang tidak terduga, dan segala pujian bagi Allah dengan pujian yang sangat banyak, dan Maha Suci Allah pada pagi dan petang hari, sesungguhnya aku hadapkan mukaku kepada (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dengan kepatuhan dan aku bukanlah dari kaum yang menyekutukan Allah, sesungguhnya shalatku ibadahku hidupku dan matiku hanyalah milik Allah, Tuhan pemilik alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan demikianlah aku diperintahkan dan aku termasuk dari golongan kaum muslimin”

Doa Iftitah Rumi

 Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila.

Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina.

Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina.

Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin

Video Belajar Doa Iftitah

7. Doa Sebelum Tidur Dan Doa Bangun Tidur – Doa Mustajab / Doa Harian

Amalkan baca doa sebelum tidur agar mendapat perlindungan daripada Allah SWT kerana ketika kita tidur, kita seolah-olah mati, karena tidur adalah sahabat mati. Setelah itu amalkan juga doa bangun tidur sebagai mensyukuri kita masih dipanjangkan umur.

Ajarkan anak-anak kita agar membaca doa ini dan mengambil wuduk sebelum tidur kerana tidur juga merupakan suatu ibadah. Berikut doa sebelum tidur:

8. Doa selamat – Doa Mustajab / Doa Harian

Doa selamat adalah doa untuk memohon kepada Allah SWT keselamatan dunia akhirat, dihindarkan bala malapetaka, memohon keselamatan diri dan keluarga, memohon kesejahteraan. Doa ini boleh juga dibaca selepas solat fardu atau sunat atau bila-bila masa tanpa batas waktu. Berikut adalah doanya:

Sambungan

9. Doa Murah Rezeki – Doa Mustajab / Doa harian

Doa murah rezeki ini adalah doa memohon kepada Allah SWT agar dilancarkan rezeki dan mendapat rezeki yang diberkati. Berikut adalah doanya:

10. Doa Nabi Yunus – Doa Mustajab

Doa Nabi Yunus ini adalah doa yang dilakukan oleh Nabi Yunus ketika di dalam perut ikan Nun dia mana Nabi Yunus menjadikan doa ini sebagai zikir hingga baginda terselamat. Kelebihan berzikir juga ada diceritakan di dalam al-Quran iaitu sewaktu Nabi Yunus ditelan ikan Nun. Selepas ikan yang besar itu menelan Nabi Yunus ia berenang ke dasar laut

Allah SWT turut merakamkan keadaan zikir Nabi Yunus itu. Allah SWT menyatakan di dalam al-Quran, sekiranya Nabi Yunus tidak memperbanyakkan zikirnya, maka baginda tidak akan diselamatkan oleh-Nya. Berikut Adalah Doanya:

11. Doa Dipermudah Urusan – Doa Mustajab

Di dunia ini kehodupan adalah sematara. Berbagai dugaan rintangan kita hadapai. Kita sebagai manusia akan diuji oleh Allah SWT tahap keimanan kita dengan pelbagai rintangan dan kesulitan.

Sebagai hambaNYA kita harus hadapi semua bentuk ujian yang diberi dan berdoalah agar semua urusan yang kita lakukan itu dipermudahkan oleh Allah SWT.

12. Doa Sebelum Makan / Doa Selepas Makan – Doa Mustajab / Doa Harian

Doa Sebelum Makan

الَّلهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar”
Ertinya :
Yaa Allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.(HR.Ibnu as-Sani)

Doa Selepas Makan

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْنَ اَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

“Alhamdu lillahhil-ladzi ath-amanaa wa saqaana waja’alanaa minal muslimiin”
Ertinya :
Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum serta menjadikan kami muslim.(HR.Abu Daud)

13. Doa Naik Kenderaan / Doa Memulakan Perjalanan – Doa Mustajab

Oleh kerana pelbagai urusan kita seharian yang melibatkan kenderaan seperti kereta, motor, menaiki kapal, menaiki pengangkutan udara dan sebagainya, melibatkan resiko kemalangan, kita sebagai muslim dianjurkan untuk membaca Doa Naik Kenderaan untuk memohon kepada Allah SWT agar terhindar daripada bahaya.

14. Doa Masuk Tandas Dan Doa Keluar Tandas – Doa Mustajab / Doa Harian

Doa masuk tandas dan doa keluar tandas ini adalah doa yang jarang sekali kita membacanya. Bacalah doa ini kerana tandas merupakan tempat berkampung bagi makhluk bernama syaitan. Semoga kita semua dilindungi daripada syaitan yang dilaknat.

doa masuk tandas dan doa keluar tandas 1

15. Doa Ketika Hujan – Doa Mustajab

Hujan adalah rahmat daripada Allah SWT. Dan sebagai mensyukuri rahmat Allah SWT, maka kita dianjurkan untuk membaca doa ketika hujan turun. Doa ketika hujan juga adalah doa yang jarang sekali kita amalkannya walaupun doanya pendek. Mari kita bersama-sama amalkan doa berikut:

16. Doa Khatam Al-quran – Doa Mustajab

Doa ini dibaca setelah selesai khatam Al-quran. Ada beberapa versi doa khatam Al-quran dan ini adalah salah satunya.

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالِمِينَ. حَمْدًا شَاكِرِينَ. وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِنَا مُحَمَّدٍ وَءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.
اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. وَتُبْ عَلَيْنا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. وَاهْدِنَا وَوَفِّقْنَا إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمِ. بِبَرَكَةِ الْقُرْءآنِ الْعَظِيْمِ. اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنًورًا وَهُدًا وَرَحْمَةً. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نَسِينَا. وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا. وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ ءَانَآءَ الَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِيْنَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَكْرِمْنَا بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَشَرِّفْنَا بِشَرَافَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَلْبِسْنَا بِخِلْعَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ الْقُرْءَانِ. وَعَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلَآءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْأَخِرَةِ بِحُرْمَةِ الْقُرْءَانِ.
اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْءَانَ لَنَا فِى الدُّنْيَا قَرِيْنًا. وَفِي الْقَبْرِ مُؤْنِسًا. وَفِى الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا. وَعَلَى الصِّراطِ نُوْرًا. وَإِلَى الْجَنَّةِ رَفِيْقًا. وَمِنَ النَّارِ سِتْرًا وَحِجَابًا. وَإِلَى الْخَيْرتِ كُلِّهَا دَلِيْلاً وَإِمَامًا. بِفَضْلِكَ وَجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ يَا كَرِيْمُ.
اَللَّهُمَّ اهْدِنَا بِهَدَايَةِ الْقُرْءَانِ. وَنَجِّنَا مِنَ النِّيْرَانِ بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَارْفَعْ دَرَجَاتِنَا بِفَضِيلَةِ الْقُرْءَانِ. وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا بِتِلَاوَةِ الْقُرْءَانِ. يَا ذَا الْفَضْلِ وَالْإِحْسَانِ.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار .وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ. وَسَلمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالِمِيْنَ.

Maksud Doa:

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.Ya Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Mengasihi. Tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat al-Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingtkanlah kami apa yang telah kami lupa dari al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran.Ya Allah, jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk al-Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Quran, ya Allah, Tuhan Yang Empunya segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

17. Doa Penenang Hati – Doa Mustajab / Doa Harian

Kita Hidup di dunia ini acapkali menerima pelbagai dugaan dan cabaran. Apabila menerima dugaan yang bertubi-tubi, hati mulalah tidak ketentuan dan hilang kesabaran. Selain dari itu hati selalu gelisah dan tidak tenang mungkin kerana perkara-perkara yang kita tidak mudah lupakan atau masalah yang kita hadapi tidak dapat diselesaikan.

Berikut adalah doa agar hati kita menjadi tenang:

18. Doa Sebelum Belajar Dan Doa Selesai Belajar – Doa Mustajab / Doa Harian

Ajarkan kepada anak-anak kita terutamanya yang masih dibangku sekolah untuk mengamalkan doa belajar iaitu doa sebelum belajar dan doa sesudah belajar agar mendapat keberkatan dalam pembelajaran disamping tidak mudah lupa ilmu yang sudah dipelajari.

Doa Sebelum Belajar

Doa Selepas selesai Belajar

19. Doa Barang Hilang – Doa Mustajab

Sebagai seorang insan, kita sering kehilangan barang sama ada diambil orang atau kita sendiri lupa di mana kita letakkan barang tersebut. Apabila kita mendapat sesuatu musibah termasuklah kehilangan barang, bermohonlah kepada Allah SWT agar mendapat kembali barang yang hilang itu. Berikut adalah Doa Barang Hilang:

Doa Barang Hilang Dengan Kaedah Yassin 7 Mubin

Selain dari usaha dan berdoa untuk mendapatkan barang yang hilang itu ditemui semula, ada satu lagi kaedah usaha dengan menggunakan bacaan Yassin 7 mubin. Ia juga disebut yassin yang berulang-ulang ketika sampai ayat mubin.

Sebelum memulakan kaedah ini, Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

  1. Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11
  2. Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
  3. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
  4. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
  5. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
  6. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
  7. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
  8. Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77), berdoa .
  9. Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).

Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali. Lakukan kaedah ini sebaik sahaja tahu barang anda telah hilang dan lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut dan yakin sepenuhnya pada Allah SWT.

20. Doa Angin Ahmar – Doa Mustajab

Doa angin ahmar ini adalah doa untuk mengelak dari terkena penyakit yang bahaya ini. Ada dua doa angin ahmar ini iaitu versi panjang dan yang pendek. Untuk doa angin ahmar yang panjang (sekurang-kurangnya dibaca sekali seumur hidup) manakala doa yang pendek boleh dibaca selepas solat.

Doa Angin Ahmar Pendek

doa mohon perlindungan angin ahmar-doa pendek

Doa Angin Ahmar Panjang

21. Doa Hari Lahir – Doa Mustajab

Meskipun dalam islam tiada khusus menyambut hari lahir, namun masyarakat kita seringkali menyambutnya dan tiada halangan jika menyambut hari lahir selagi tidak bertentangan dengan ajaran islam serta tidak bercampur dengan maksiat. Doa Hari Lahir:

Boleh juga ketika menyambut hari lahir, kita membaca doa selamat atau doa tolakbala dan dipanjangkan umur.

doa selamat berserta ertinya 1
doa selamat berserta ertinya

22. Doa Kesembuhan Penyakit – Doa Mustajab / Doa Harian

Sebagai Khalifah dimuka bumi ini kita akan diuji oleh Allah SWT termasuklah ujian mendapat penyakit sama penyakit kecil atau penyakit yang kronik. Adakalanya sesuatu penyakit yang menimpa kita itu adalah salah satu bentuk teguran daripada Allah SWT agar tidak terpesong jauh dan kembali mengabdi diri kepadaNYA.

Selain daripada perubatan moden, ikhtiar kesembuhan melalui doa juga adalah salah satu usaha untuk sembuhkan penyakit yang kita hadapi. Antara doa kesembuhan penyakit ialah:

Doa Kesembuhan Penyakit 1

Doa Kesembuhan Penyakit 2

Semoga perkongsian Himpunan Doa Mustajab Dan Doa Harian Untuk Keluarga di atas dapat memudahkan anda semua untuk rujuk doa-doa yang anda perlukan. Insyallah artikel ini akan saya update lagi untuk melengkapkan lagi koleksi atau himpunan doa mustajab dan doa harian untuk anda.

Baca Juga:

You may also read!

Cara Delete Atau Buang Iklan Di Mudah.my Guna Telefon Bimbit

Cara Delete Atau Buang Iklan Di Mudah.my Guna Telefon Bimbit

Sebelum ini saya ada post satu artikel yang menunjukkan cara-cara mengiklan barang di mudah dengan menggunakan smartphone. Artikel tersebut

Read More...
Banyaknya Khasiat Lemon Yang Tidak Diketahui Ramai

Banyaknya Khasiat Lemon Yang Tidak Diketahui Ramai

Pernah dengar lemon? Tahu apa khasiatnya? Lemon adalah sejenis buah dari keluarga limau serta kulit berwarna kuning dan mempunyai

Read More...
5 Tempat Menarik Di Cameron Highland Yang Wajib Dikunjungi

5 Tempat Menarik Di Cameron Highland Yang Wajib Dikunjungi

Bagi mereka yang mempunyai hobi melancong dalam negeri, Cameron Highland merupakan distinasi yang paling sesuai untuk anda dan rasanya

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu