Handphone Lembab? Tips Untuk Lajukan Telefon Pintar Anda

In TIPS
Tips Untuk Lajukan Telefon Pintar Anda

Pernah anda mengalami telefon android atau smartphone lembab atau kelajuannya tidak seperti dahulu sewaktu baru dibeli? Kali ini saya akan kongsikan tips untuk lajukan telefon pintar anda. sebenarnya banyak faktor mempangaruhi kelajuan telefon pintar anda dan selalunya berpunca daripada penggunaan anda seharian.

Tips Lajukan Telefon Pintar Anda

1. Hapuskan Permainan (games) Di android

Sebenarnya Games atau permainan lama yang anda tidak ingin mainkan lagi di telefon pintar anda antara penyebab telefon anda lambat atau lembab iaitu berkaitan dengan storage (ruang penimpanan). Buang permainan tersebut kerana semakin banyak apps atau permainan dalam android anda, akan menyebabkan telefon anda akan lembab.

2. Sentiasa Kemas Kini Perisian (Software)

Walaupun agak malas untuk kemas kini perisian apabila datang pemberitahuan untuk kemas kini, Daripada nasihat pakar, kita disyorkan sentiasa kemas kini atau update perisian yang ada di dalam telefon android kita agar ianya berjalan dengan lancar.

3. Melakukan Factory Reset

Kaedah ini adalah yang paling senang dan berkesan untuk lajukan telefon pintar anda. Apabila melakukan Factory Reset, Kesemua tetapan akan ke tetapan seperti sediakala atau baru.

Namun perlu diingat, apabila melakukan langkah ini, kesemua gambar, tetapan akaun, file-file, apps yang sudah di install serta senarai Contact akan hilang. Sebelum melakukan langkah ini, pastikan anda melakukan Backup terlebih dahulu terutamanya contact atau no telefon kenalan.

4. Merehatkan Telefon

Telefon android dan perisian sebenarnya perlukan rehat agar berjalan dengan lancar. Telefon yang digunakan dalam jangka masa yang lama menyebabkan telefon akan kurang lancar mungkin disebabkan sistem telefon sudah panas. Cuba perhatikan bagaimana sambungan internet lebih cepat selepas anda tidak menggunakan untuk sementara waktu? sebenarnya Ia adalah konsep yang sama.

5. Lakukan Pembersihan

Lakukan pembersihan ruang seperti membersihkan file-file yang tidak perlu. Lakukan pembersihan seperti video-video lama yang anda sudah tidak perlu, alihkan gambar-gambar ke alat storan lain seperti micro SD dan pendrive, dan sebagainya.

6. Kurangkan penggunaan widget

Kurangkan penggunaan Widget di Home Skrin telefon anda. Tahukah anda, widget yang terlalu banyak akan memperlambatkan prestasi telefon anda kerana melibatkan penggunaan RAM telefon.

7. Buang Cached Data

Antara fungsi Cached Data adalah memudahkan dan melancar pembukaan sesuatu aplikasi dalam telefon. Tetapi apabila banyak cached yang di simpan akan memperlambatkan telefon anda kerana melibatkan RAM selain memakan ruang storan.

8. Restart Telefon

Cara ini yang paling mudah digunakan untuk lajukan telefon pintar anda. Langkan ini berkesan kerana apabila telefon di restart, Penggunaan RAM akan pulih dan telefon kembali lancar namun hanya seketika.

Walaubagaimanapun, kondisi dan usia telefon juga menjadi faktor kelajuan sesebuah telefon. Jika dua faktor ini menjadi penyebab, boleh jadi peristasi telefon anda tidak berubah. Semoga bermanfaat..

Wajib Baca: 9 Trik WhatsApp Terbaru Yang Harus Anda Gunakan

You may also read!

toturial Cara Menggunakan Kinemaster

Cara Menggunakan Kinemaster: Ubah Background Video – Toturial By Rolland

Pernah menggunakan Kinemaster? Kinemaster adalah sebuah aplikasi untuk membuat dan mengedit video melalui android. Bagi yang tidak mempunyai PC,

Read More...
Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri

Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri – Amalan Sunnah

Khasiat Madu Kelulut telah terbukti melalui kajian sains dari segi perubatan. Selain itu ia adalah amalan sunnah iaitu salah

Read More...
haiwan ular jenis ular tedung

Jenis Ular Yang Perlu Anda Tahu Untuk Langkah Keselamatan

Sebut sahaja ular mesti banyak di antara kita yang takut, geli dan fobia dengan haiwan jenis ini. Apa tidaknya

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu