Koleksi Gambar Kucing Comel Yang Mencuit Hati

In LAIN-LAIN
24 Koleksi Gambar Kucing Comel Yang Mencuit Hati

Koleksi Gambar Kucing Comel – Kucing merupakan haiwan kesayangan ramai apatah lagi kalau kucing comel. Tidak hairan la mengapa kebanyakan orang sangup menghabiskan wang ringgit untuk membela kucing demi haiwan kesayangan mereka terutamanya wanita. Walaubagaimanapun tidak kurang juga kaum lelaki sama-sama meminati haiwan bernama kucing.

Sebenarnya haiwan ini mempunyai banyak jenis iaitu dari segi baka, warna, saiz dan bermacam lagi yang membuatkan kita tercuit hati apabila melihat gelagatnya.

Ada orang berpandapat, sesiapa yang menyayangi haiwan ini mereka mempunyai sifat penyayang.

Rasulullah S.A.W. dan para sahabat sendiri memilihara kucing. Diriwayatkan Rasulullah mempunyai seekor kucing yang bernama Mueeza . Ketika azan berkumandang Mueeza akan mengiau seolah-olah mengikuti alunan azan dan Rasulullah SAW suka akan sifat Mueeza itu. Rasulullah SAW berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan serperti mana menyayangi keluarga mereka sendiri.

Artikel kali ini saya akan berkongsi beberapa gambar kucing comel yang pasti akan mencuit hati anda. Gambar ini saya dapatkan daripada pencarian di internet yang saya rasa comel dihati saya sendiri.

Rugi Tak Baca: DIY Membuat Sangkar Kucing murah dan tahan lasak.

Jom kita lihat gambar-gambar comel tersebut!!

24 Gambar Kucing Comel Yang Mencuit Hati

Kucing comel kampung

Beberapa koleksi gambar kucing kampung yang comel dari internet. Kucing ini adalah kucing yang paling senang dan paling ramai memilikinya kerana mudah didapati. Selain itu, haiwan ini mudah untuk dijaga. Makannyapun mudah untuk diatur. Takperlu selalu berjarum dan antibody kucing kampung sangat kuat berbanding dengan kucing jenis lainnya.

Kos memilikinya dan kos makan serta kos tempat tinggal sangat rendah. Kalau dilepaskan berkeliaranpun mereka senang survive berbanding dengan kucing jenis parsi dan siam.

Kucing Comel Parsi

Ini pula beberapa koleksi gambar kucing jenis parsi. Kucing jenis ini adalah yang paling diminati oleh pencinta kucing. Tapi awas! nak jaga kucing ini bukannya mudah. Kuicng jenis ini memerlukan penjagaan yang sangat rapi, daripada makanan, minuman, bulu dan persekitarannya perlu penjagaan yang khusus. Kalau jaga sembarangan, boleh jadi kucing ini tidak kelihatan cantik atau akan mati.

Bayangkan kucing ini perlu suntikan dan shampoo khusus bagi menjaga kesihatan bulunya. Selain itu kalau silap bagi makan, kemungkinan bulunya akan gugur.

Kucing Siam Comel

Kucing jenis siam berasal dari Thailand. Kucing ini bersifat tidak terlalu aktif seperti kucing kampung dan bertubuh panjang tinggi dan besar. Bulunya juga seperti kucing kampung iaitu bulu tidak lebat atau panjang seperti kucing Parsi.

Diharap hati anda tercuit dengan koleksi gambar kucing comel di atas. Selain dari terhibur, diharap anda mendapat manfaat iaitu dapat membezakan kucing kampung, kucing parsi dan kucing siam dengan betul.

Baca Juga:

Mdekmal.com

You may also read!

toturial Cara Menggunakan Kinemaster

Cara Menggunakan Kinemaster: Ubah Background Video – Toturial By Rolland

Pernah menggunakan Kinemaster? Kinemaster adalah sebuah aplikasi untuk membuat dan mengedit video melalui android. Bagi yang tidak mempunyai PC,

Read More...
Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri

Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri – Amalan Sunnah

Khasiat Madu Kelulut telah terbukti melalui kajian sains dari segi perubatan. Selain itu ia adalah amalan sunnah iaitu salah

Read More...
haiwan ular jenis ular tedung

Jenis Ular Yang Perlu Anda Tahu Untuk Langkah Keselamatan

Sebut sahaja ular mesti banyak di antara kita yang takut, geli dan fobia dengan haiwan jenis ini. Apa tidaknya

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu