Elak Melakukan 5 Perkara Ini Sewaktu Meninggalkan Rumah

In KELUARGA, TIPS

Ada beberapa perkara yang harus dielakkan apabila anda meninggalkan rumah tidak kiralah keluar rumah dalam masa yang lama seperti balik kampung ataupun sebentar seperti pergi kerja, shopping, lepak dengan kawan atau sebagainya.

Elak Melakukan – Memasang peralatan elektronik

Elakkan memasang peralatan sewaktu keluar rumah. Sewaktu meningalkan rumah, pastikan semua peralatan elektrik sudah dimatikan terutamanya barang elektronik yang mempunyai risiko mudah terbakar seperti Powerbank, tv, heater dan sebagainya.

Amalkan menutup suis elektrik selepas selesai menggunakannya.

Elak Melakukan – Meninggalkan Kunci Pendua

Sudah menjadi kebiasaannya sewaktu kita meninggalkan rumah, kita akan sembunyikan kunci pendua pintu rumah utama di mana-mana tempat yang tersembunyi seperti bawah tikar, dalam pasu, dalam kasut dan seumpamanya.

Elakkan melakukan tabiat ini kerana cara ini sudah kuno. Senang bagi pencuri untuk mencari kunci pendua kerana mereka telah mengatahui taktik mudah ini.

Elak Melakukan – Update Lokasi Terkini

Dengan adanya media sosial seperti instagram, facebook, whatsapp dan sebagainya, kita mudah untuk update lokasi terkini kita seperti mengupload gambar-gambar semasa.

Tahukah anda perkara ini adalah sangat bahaya kerana pencuri akan mengetahui anda berada di luar kawasan dan memudahkan bagi mereka untuk melakukan tabiat mereka.

Elak Melakukan – Meninggalkan Haiwan

Elakkan meninggalkan haiwan peliharaan anda kebuluran di dalam rumah. Pastikan tempat yang selamat dan makan yang cukup untuk haiwan peliharaan anda ketika anda keluar rumah terutamanya ketika balik kampung.

Elak Melakukan – Meneruskan Langganan Surat khabar

Hentikan langganan surat khabar sekiranya anda berhasrat untuk bercuti dalam jangka masa yang panjang untuk mengelakkan penjenayah mengetahui anda tiada di rumah.

Baca Juga: Tips Memandu Kereta Dengan Selamat

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu