Doa Untuk Ibu Bapa Yang Hidup Atau Telah Meninggal Dunia

In AGAMA, BLOGGER
Doa Untuk Ibu Bapa Yang Hidup Atau Telah Meninggal Dunia

Doa untuk ibu bapa adalah kewajipan bagi kita yang bergelar anak. Pengorbanan ibu bapa kepada anak mereka tidaklah terhingga dan kita sebagai anak harus berjasa kepada mereka. Jika tidak mampu membalas jasa dengan wang ringgit, cukuplah doa kebaikan dunia akhirat kepada mereka.

Apa yang paling penting adalah jangan sesekali menderhaka kepada ke dua orang tua kita. Sebagai anak, berusahalah untuk membahagiakan mereka dan mengembirakan hati mereka. Jika ibu bapa sudah uzur atau tidak larat menguruskan diri sendiri, kita lah sebagai anak yang harus mengurus mereka sepertimana mereka mengurus kehidupan kita di waktu kecil dahulu.

Doa untuk Ibu Bapa

Doa yang saya kongsikan ini adalah untuk ibu bapa yang masih hidup dan boleh juga untuk ibu bapa yang sudah meninggal dunia. Di dalam berdoa, terdapat keluasan berdoa selagimana doa itu adalah doa yang baik maksudnya. Walaubagaimanapun tidak dinafikan, doa yang terbaik adalah doa yang terdapat di dalam Al-Quran dan juga Hadith Nabi SAW yang sahih.

1. Ayat 24, surah al-Isra:

Doa Untuk Ibu Bapa dari ayat al-quran

“…Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” – (al-Isra’: 24)

2. Ayat 41, surah Ibrahim:

doa ibu bapa dalam al quran

“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku!” – (Ibrahim:41)

3. Ayat 28, surah Nuh:

Surah nuh-ayat 28-doa untuk ibu bapa

“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman lelaki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan.” – (Surah Nuh: 28)

4. Ayat 19, surah an-Naml:

surah an naml-doa ibu bapa

“…Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.” – (an-Naml:19)

Video Doa Untuk Ibu Bapa

Doa untuk ibu bapa ini tidak putus walaupun ibu bapa sudah meninggal dunia.

  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila matinya seseorang insan maka akan terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan juga anak soleh (atau solehah) yang mendoakan kepada kedua ibubapanya.” [Riwayat Muslim (1631)]

Doa Untuk Ibu Bapa Yang telah Meninggal Dunia

Terdapat beberapa doa yang diajarkan oleh ALLAH SWT yang terdapat dalam Al-Quran iaitu:

  • Firman Allah SWT:

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Ibrahim:41

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman ketika berlakunya penghitungan amal serta pembalasan.”

  • Firman Allah SWT:

رَّبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ

Nuh:28

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku.”

Baca Juga:

Penutup

Doa tidak semestinya dalam bahasa arab, doa dalam bahasa yang difahami juga adalah yang terbaik. Apa yang penting adalah doa yang difahami kerana ika seseorang itu berdoa dengan apa yang difahami maka itu akan menghadirkan hatinya ketika berdoa.

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu