Doa Solat Tahajud Lengkap Berserta Rumi

In AGAMA
panduan solat tahajud dan doa tahajud

Pengertian Solat Tahajud

Solat tahajud adalah solat sunat yang dikerjakan pada tengah malam selepas bangun daripada tidur iaitu sewaktu keadaan senyap dan sunyi atau di kala semua orang sedang nenyak tidur.

surah-al-muzzammil-ayat-1-4
surah al-muzzammil ayat: 1-4

Maksudnya: Wahai orang yang berselimut, bangunlah untuk solat pada malam hari melainkan sedikit (untuk kamu rehat) seperdua atau kurangilah daripada seperdua itu sedikit, atau lebih daripada seperdua itu dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan.

Solat sunat ini sangat ditutut untuk dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah S.A.W. dan para sahabat tidak pernah meninggalkan solat sunat ini sepanjang hayat.

Doa Solat Tahajud

Doa sebelum memulakan atau mengerjakan solat sunat Tahajud

Doa sebelum solat sunat tahajud
Image: shafiqolbu.wordpress.com

Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali

Doa Solat Tahajud ( ketika sujud akhir )

doa sujud akhir solat sunat tahajud
image: shafiqolbu.wordpress.com

Doa solat tahajud ( Doa Selepas Salam Tahajud )

doa selepas salam solat sunat tahajud
image: shafiqolbu.wordpress.com

Doa solat Tahajud

bacaan doa solat sunat tahajud
bacaan doa solat sunat tahajud

Maksudnya:“Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”

Artikel Lain:

Semoga artikel ini bermanfaat kepada semua

You may also read!

7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

Saya nak kurus, Makanan Diet saya, kena buang nasi dari menu harian saya. so saya kena elakkan makan nasi.

Read More...
Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka

Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka Dan Di Badan

Mungkin semua orang pernah atau sedang mengalami masalah jerawat pada muka. Walaubagaimanapun, jerawat sebenarnya bukan sahaja tumbuh pada muka,

Read More...
ikhtiar doa sakit gigi

Doa Sakit Gigi Agar Sembuh Yang Ramai Tidak Tahu

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa kaedah dan doa sakit gigi agar sembuh. Sebelum itu, admin nak

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu