Doa Sakit Gigi Agar Sembuh Yang Ramai Tidak Tahu

In AGAMA, KESIHATAN
ikhtiar doa sakit gigi

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa kaedah dan doa sakit gigi agar sembuh. Sebelum itu, admin nak tanya, siapa yang tidak pernah sakit gigi? tentu ramai yang telah mengalami pengalaman sakit gigi bukan?

Bagi yang tidak pernah sakit gigi, anda adalah insan yang bernasib baik kerana sakit gigi adalah satu kesengsaraan yang tidak terhingga. Pantang dengar bising, mesti mood kita pada hari tu rosak.

Pengalaman Sakit Gigi

Ok, sebelum admin kongsikan beberapa doa sakit gigi, saya kongsikan sedikit pengalaman sakit gigi yang admin sendiri lalui.

Bagi yang pernah sakit gigi, termasuk admin sekali, pengalamannya sungguh perit dan menyesal tidak jaga gigi dari kecil lagi. Bila kena, sakitnya sampai satu badan sekali termasuk emosi dan kerja harian juga terganggu.

Kalau ikut pengalaman, sekiranya sakit itu sebelah kanan, maka seluruh badan sebelah kanan akan ikut sakit atau tidak selesa.

Bukan pasal tidak berus gigi, tetapi penjagaan gigi tidak betul mungkin dari segi pemakanan dan sebagainya.

Pernah beberapa kali tu, gusi dan pipi nampak kembang atau bengkak akibat sakit gigi yang sudah berlarutan beberapa hari. memang sengsara la bagi yang pernah lalui sahaja yang akan paham.

Ada juga penawar seperti ubat daripada hospital seperti panadol atau paracitamol tetapi itu sekadar penahan sakit sahaja, bila kesan ubat itu hilang, kompom sakit akan kembali.

Setiap Penyakit Pasti Ada Ubatnya

Alhamdullilah, seperti yang kita tahu, setiap penyakit pasti ada ubatnya dan sakit gigi juga ada penawarnya.

  • Surah AI-Isra’ ayat 82 – bermaksud:‘Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya.’
  • Hadis Rasulullah s.a.w. dari Jabir R.A.:‘Katanya sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: ‘Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah’.Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad. 
  • Hadis Rasulullah s.a.w. lagi daripada Usamah bin Syarik katanya;‘Seorang Arab Badawi bertanya Rasuluilah s.a.w. (apabila beliau dihinggapi penyakit),wahai Rasulullah s.a.w. adakah perlu kami berubat, kata Rasulullah, ‘Ya’, ; Wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat; maka sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan ada penawarnya’Hadis Riwayat At-Tirmizi (H. Hassan, Sahih)

Doa Sakit Gigi agar sembuh

Berikut beberapa ikhtiar doa sakit gigi agar sembuh yang boleh anda amalkan ketika sakit gigi:

1. Doa yang diajarkan oleh Rasulullah dan diberi keutamaan:

” Letakkan tanganmu pada tempat yang sakit dan bacalah Bismillah tiga kali, lalu bacalah ‘Auudzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadziru (Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan)‘.” (HR. Muslim)

ikhtiar doa sakit gigi

2. Doa yang diajarkan oleh Rasulullah dan diberi keutamaan:

doa ketika sakit gigi

Letakkan tangan atau jari di tempat gigi yang sakit, kemudian baca ayat di atas sebanyak 7 kali atau 11 kali.

Boleh juga diberi minum air yang telah dibacakan doa di atas kepada orang lain sebagai ikhtiar kesembuhan sakit gigi.

3. KAEDAH TUKUL GIGIT

Kaedah ini menggunakan beberapa alat beserta dengan doa. Teknik ini telah diamalkan oleh para ulama terdahulu yang mewariskan kaedah ini kepada orang tua-tua kita.

Kaedah ini juga digunakan oleh Almarhum Tuan Guru Datuk Dr Haron Din.

Kaedah tersebut dikongsikan melalui Video dari youtube

4. Kaedah Ubati Sakit Gigi Yang Lain

  • Kaedah Menggunakan Garam – Ambi sedikit garam dan campurkan ke dalam sedikit air suam, kemudian kumur selama beberapa minit.
  • Campurkan cuka sebanyak 1/2 sendok makan dengan air hangat satu gelas, lalu gunakan sebagai bahan berkumur. Kumur-kumurlah setidaknya 1-2 menit sebelum air tersebut dibuang. Cuka mengandung antibakteri dan antimikroba yang membantu memusnahkan kuman yang menyerang gigi berlubang dan menyebabkan karang pada gigi.

Semoga perkongsian ini iaitu Doa Sakit Gigi Agar Sembuh memberikan manfaat kepada anda semua yang mempunyai masalah sakit gigi sebagai salah satu ikhtiar kesembuhan.

Baca juga:

You may also read!

7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

Saya nak kurus, Makanan Diet saya, kena buang nasi dari menu harian saya. so saya kena elakkan makan nasi.

Read More...
penyakit tibi boleh membawa maut

Apakah Itu Penyakit Tibi Dan Adakah Penyakit Tibi Boleh Sembuh?

Apakah itu penyakit tibi? Adakah penyakit tibi boleh sembuh? adakah penyakit tibi boleh berjangkit? Asalammualaikum semua, artikel kali ini

Read More...
Cara Semak Wang Tidak Dituntut Melalui Portal eGUMIS

Cara Semak Wang Tidak Dituntut Melalui Portal eGUMIS

Asalammualaikum semua. Artikel kali ini saya akan tunjuk kepada anda cara semak wang tidak dituntut melalui portal eGUMIS secara

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu