Cara Menggunakan Kinemaster: Ubah Background Video – Toturial By Rolland

In TOTURIAL, VIDEO
toturial Cara Menggunakan Kinemaster

Pernah menggunakan Kinemaster? Kinemaster adalah sebuah aplikasi untuk membuat dan mengedit video melalui android. Bagi yang tidak mempunyai PC, anda berpeluang untuk mengedit video dengan mudah dan pantas tanpa memerlukan pengatahuan yang luas tentang video editor dan hasilnya juga amat memuaskan.

Ciri-ciri yang dimiliki aplikasi ini cukup lengkap setanding dengan aplikasi video editor yang dimiliki dalam perisian komputer. Sekiranya anda biasa menggunakan Adobe Premier Pro di PC atau Cyberlink PowerDirector, Kinemaster juga sesuai buat anda kerana aplikasi ini mempunyai ciri-ciri atau tools editor yang canggih Dimana setiap layer tersebut dapat disisipkan video, gambar, stiker, teks, audio, dan hand writing.

Ciri-ciri Kinemaster (play.google.com)

KineMaster telah melengkapi rencana mengubah suai video bagi Android. KineMaster mempunyai pelbagai alatan canggih yang mudah digunakan seperti perbagai lapisan video, mod campuran, penggantian suara, kunci chorma, kawalan kelajuan, peralihan, penterjemahan, kesan khas, dan banyak lagi! Ketahui mengapa pencipta suka akan KineMaster bagi membuat YouTube, TikTok, dan Instagram dan mengapa wartawan, pendidik, pemasar dan vlogger menggunakannya secara profesional! Muat turun KineMaster bagi mencipta,mengedit dan mengkongsikan video anda yang menakjubkan ini!

Rencana

• Beberapa lapisan video, gambar, pelekat, kesan khas, teks, dan tulisan tangan
• Mod campuran untuk mencipta kesan yang mengejutkan dan kesan yang mengindahkan
• Menambah penukaran suara, latar belakang muzik, dan kesan bunyian
• Alat menyunting bagi trim, splice dan memangkas video anda
• Penyimpanan Aset menyediakan muzik, grafik klip, fon, pelekat, peralihan, dan banyak lagi untuk meningkatkan video anda, akan dikemas kini setiap minggu
• Kawalan kelajuan untuk perluputan masa dan kesan perlahan.
• Auto volume, ducking, dan alat mengawal kelantangan untuk audio yang mendalam
• Keyframe animasi bagi menambahkan gerakan dalam lapisan
• Nisbah aspek berganda yang disokong
• Eksport 4K 2160p video at 30FPS

• Kongsikan di YouTube, Facebook, Dropbox dan banyak lagi
• Pelbagai lagi ciri-ciri, pilihan dan seting

Video Cara Ubah Background Video Menggunakan KineMaster – Toturial By Rolland (Sepilar Gipun Channel-youtube)

Toturial cara ubah Background Video Menggunakan KineMaster yang dilakukan oleh En. Rolland di channel Youtube nya iaitu Sepilar Gipun dengan langkah-langkah yang mudah dan senang diikuti. Ikuti Toturial Beliau:

Video Cara Ubah Background Video Menggunakan KineMaster Part 1

Video Cara Ubah Background Video Menggunakan KineMaster Part 2

Bagaimana? mudah bukan? semoga perkongsian kali ini berguna untuk anda semua terutamanya yang sedang mencari apakah apps terbaik untuk edit video dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

Sudah Baca? Alat Periksa Bateri Kereta Dan Suhu Kereta | Review by Rolland

Mdekmal

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu