Cara Semak Wang Tidak Dituntut Melalui Portal eGUMIS

In LAIN-LAIN, TIPS, TOTURIAL
Cara Semak Wang Tidak Dituntut Melalui Portal eGUMIS

Asalammualaikum semua. Artikel kali ini saya akan tunjuk kepada anda cara semak wang tidak dituntut melalui portal eGUMIS secara ringkas, step-by-step dan bergambar bagi memudahkan anda untuk memahami.

Saya sendiri sudah daftar di portal eGUMIS melaui online sahaja. Terus terang saya katakan, ianya sangat mudah dan ringkas.

Selepas sahaja anda register, anda dah boleh semak terus berapa wang tidak dituntut (WTD). Dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan anda, anda terus boleh mendapatankan data-data wang anda yang tidak dituntut.

Waktu saya cek wang tidak dituntut untuk saya sendiri, adalah beberapa wang yang tidak dituntut melalui data-data terdahulu namun tidaklah banyak.

Sebelum saya tunjukkan cara semak wang tidak dituntut melalui portal eGUMIS, ada lebih baik saya terangkan dahulu apakah itu wang tidak dituntut.

Baca Juga:Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank Online Terbaru

Apakah Itu Wang Tidak Dituntut

  1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

    Contoh dibawah kategori ini ialah:
    • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
    • dividen;
    • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
    • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
    • draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
    • simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
    • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
    • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

  2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

    Contoh dibawah kategori ini ialah:
    • akaun simpanan;
    • akaun semasa;
    • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

  3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.
    • akaun pemiutang dagangan
    • akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Sumber: www.anm.gov.my

Cara Semak Wang Tidak Dituntut Melalui Portal eGUMIS

Sebenarnya untuk proses semak wang tidak dituntut melalui portal online eGumis, selain dari PC atau laptop, kita juga boleh lakukan melalui telefon bimbit anda dengan mudah.

Toturial ini saya gunakan Laptop/PC. namun kaedah yang sama sekiranya anda semak wang tidak dituntut melalui telefon bimbit.

1. Masuk ke portal eGUMIS dengan taip URL egumis.anm.gov.my di browser anda atau klik link ini eGUMIS. Selepas itu klik menu Pendaftaran. Contoh gambar di bawah:

Portal eGUMIS

2. Setelah itu, isi kesemua maklumat yang diperlukan (rujuk gambar di bawah). Selesai mengisi maklumat tersebut, klik butang Saya Bukan Robot dan tekan butang Daftar.

isi borang si portal egumis

3. Seterusnya tekan butang merah yang bertulis Ya

isi borang si portal egumis 2

4. Paparan akan pergi semula ke laman utama portal eGUMIS. Kemudian tekan butang Log Masuk.

log masuk egumis

5. Masukkan nama pengguna yang diisi sewaktu proses pendaftaran dan kata laluan yang dihantar melalui email anda sebentar tadi. Kemudian Klik Log Masuk

log masuk egumis 2

6. Setelah selesai Log Masuk, isi maklumat yang diperlukan. Kemudian Klik Simpan

update maklumat peribadi di portal egumis

7. Kemudian klik butang KLIK DISINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT. Lihat anak panah di bawah.

proses masukkan no kad pengenalan di egumis

8. Setelah memasukkan no IC, tekan cari dan maklumat Wang Tidak Dituntut Melalui Portal eGUMIS akan kelihatan seperti di bawah. Selesai

semakan wang tidak dituntut egumis

Untuk sebarang kekeliruan, anda juga boleh download Manual pengguna.

Manual pengguna eGUMIS: Download

Antara Arahan Penting dan Info Dari Portal eGUMIS:

  • **PENTING** Bagi pengguna eGumis yang tidak menerima kata laluan atau telah menerima katalaluan(password) semasa pendaftaran dilakukan tetapi tidak dapat untuk log masuk, mohon kerjasama tuan/puan membuat pendaftaran semula di Portal eGumis. 
  • Untuk fasa awal, hanya semakan wang tak dituntut sahaja dibuka, untuk permohonan tuntutan wang tak dituntut, dokumen permohonan yang telah lengkap boleh dikemukakan melalui pos ke Pejabat Pendaftar atau hadir ke Kaunter Pejabat Pendaftar atau JANM Negeri/Cawangan yang berdekatan
  • Carian rekod Wang Tak Dituntut (WTD) secara atas talian yang diserahkan oleh pihak Syarikat/Firma bagi fasa awal adalah bagi tahun kewangan 2006 hingga kini.

Semoga Perkongsian artikel iaitu Cara Semak Wang Tidak Dituntut Melalui Portal eGUMIS dapat memudahkan anda semua. Jika terdapat kekeliruan, boleh tinggalkan komen di ruang komen di bawah.

Baca Juga: Pendapatan Google Adsense Mencapai USD100 Untuk Pertama kali

You may also read!

7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

Saya nak kurus, Makanan Diet saya, kena buang nasi dari menu harian saya. so saya kena elakkan makan nasi.

Read More...
Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka

Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka Dan Di Badan

Mungkin semua orang pernah atau sedang mengalami masalah jerawat pada muka. Walaubagaimanapun, jerawat sebenarnya bukan sahaja tumbuh pada muka,

Read More...
ikhtiar doa sakit gigi

Doa Sakit Gigi Agar Sembuh Yang Ramai Tidak Tahu

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa kaedah dan doa sakit gigi agar sembuh. Sebelum itu, admin nak

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu