Cara Membeli Barang Di Shopee Dengan Telefon Bimbit

In TOTURIAL
Cara Membeli Barang Di Shopee Dengan Telefon Bimbit

Pernah membeli barang di Shopee? bagi yang biasa shoping di Platform Shopee mungkin tidak mempunyai masalah untuk membeli atau oder dan melakukan transaksi di sana.

Namun bagi yang baru berjinak-jinak untuk membeli apa-apa barang di sana mungkin akan menghadapi kesukaran. Tambah lagi belum pernah membeli belah secara online.

Sebenarnya untuk memesan barang melalui Shopee tidaklah susah sangatpun. Dengan adanya teknologi atau kemudahan telefon bimbit, segalanya di hujung jari. Cuma cara untuk memesan tu yang payah bukan?

Ok artikel kali ini saya ankan kongsikan cara membeli barang di Shopee hanya menggunakan telefon bimbit atau melalui smartphone dengan mudah. Untuk memudahkan lagi saya sediakan toturial dengan gambar sekali agar senang dipahami dan diikuti.

Jom!! kita terus kepada toturial berikut:

Cara Membeli Barang Di Shopee Dengan Telefon Bimbit

1. Buka Aplikasi Shopee

Seperti biasa, buka aplikasi Shopee dalam telefon bimbit anda. Sekiranya belum install, install dulu di Play Store atau klik link ini – Shopee. Selesai install, terus buka aplikasi tersebut dengan menekan icon Shopee.

2. Pilih Barang

Selesai masuk ke laman web shopee, pilih item atau barang yang hendak dibeli.

Sebagai Contoh, di sini saya membeli sebuah telefon bimbit pilihan saya sendiri. Klik Menu Mobile & Gadgets (Contoh Gambar di bawah)

Seterusnya akan masuk ke screen seperti gambar di bawah. Sama sahaja, pilih kategori Mobile Phone.

Setelah itu, akan keluar model-model telefon bimbit terkini dengan berbagai jenama dan pilihan. Sebagai contoh, saya memilih telefon Honor 9 Lite (3GB + 32GB) dengan harga pasaran terkini RM639 setelah diberi diskaun. Klik di antara ikon shopping atau terus kepada Beli Sekarang.

Jika anda ingin menambah item yang ingin dibeli, sebaiknya tekan ikon shopping tersebut dan terus masuk ke troli anda. Ok lihat contoh di Bawah:

Oh ya sebelum tu boleh pilih pada Pilihan Variasi warna dan saiz atau sebagainya.

3. Proses Pembayaran

Selesai proses memilih barang atau item yang hendak dibeli, kita beralih pula proses check out dan proses pembayaran.

Gambar di atas adalah contoh barang yang sudah berada dalam troli membeli-belah. Sekiranya anda mempunyai Shopee Coins, Anda boleh tebus seperti gambar di atas dibahagian Tebus. Langkah seterusnya adalah Klik butang Semak Keluar. Contoh gambar di atas.

Setelah itu, Isikan alamat tempat barang yang dipesan dihantar. Pastikan alamat yang diisi tidak mempunyai kesilapan agar barang sampai pada masa dan lokasi yang tepat.

Bahagian Pilihan Penghantaran (contoh gambar di bawah) anda boleh memilih sama ada mengunakan pos laju atau perkhidmatan lain seperti GDex. namun masa penghantaran dan kos berbeza-beza mengikut pakej masing-masing.

Begitu juga di bahagian Baucar, sekiranya pihak penjual ada memberi Baucar, anda boleh gunakan di bahagian ini dengan memasukkan kod baucar.

Sudah Baca? Rahsia Dropship Di Shopee Yang Mudah Dan Apa Itu Dropship? dan Shopping Handphone Baru Di Shopee

Masih skrin yang sama, scroll ke bawah anda akan jumpa pilihan bayaran. Klik Online banking seperti gambar di bawah.

pembayaran online di shopee

Kemudian pilih Kaedah Pembayaran. Anda boleh pilih sama ada pembayaran Tunai di 7-Eleven, Online banking, pembayaran melalui ATM atau Kad Kredit/Debit. Saya pilih Online Banking kerana ianya mudah dan cepat.

Seterusnya Klik Online Banking seperti gambar di bawah:

pembayaran shopee secara online

Bagi pembayaran Online Banking, Kaedahnya seperti di bawah. Oleh kerana saya mempunyai online banking iaitu Maybank2u, saya pilih menu Maybank2u. Rujuk gambar di bawah. Begitu juga jika anda mempunyai bank lain, kaedahnya adalah sama.

pembayaran shopee secara online 2

Selesai pilih online banking, klik pula butang SAH

Setelah itu, scroll di bahagian bawah dan tekan butang Buat Pesanan

ty if the image is purely d

Skrin akan beralih ke bahagian pembayaran. Oleh kerana saya pilih Maybank online, skrin akan beralih ke bahagian maybank2u. Rujuk gambar di bawah:

Bahagian Skrin di atas, seperti biasa isi username dan password dan buat pembayaran seperti biasa.

Setelah selesai membuat pembayaran, pihak penjual akan menerima tempahan daripada pihak pembeli.

OK lepas tu kita boleh cek status pembelian melalui aplikasi Shopee. Seperti gambar di bawah, apabila sudah selesai buat pembayaran, kita boleh cek status melalui menu Untuk Dihantar dan Untuk Diterima.

Sebenarnya kita juga boleh mendapatkan kod Traking daripada pihak Pos seperti poslaju atau GDex.

Untuk tujuan mendapatkan kod traking dan melihat status pembelian, cukup menekan icon Saya (rujuk gambar di bawah).

Apabila semuanya telah selesai dan tiada masalah yang timbul terutamanya alamat, selalunya masa penghantaran akan sampai tepat pada masanya. Pengalaman sendiri, kadang-kadang barang akan sampai lebih awal sehari dua dari yang dijangka.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh ajukan soalan di bahagian Komen..

Baca Juga:

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
Banyaknya Khasiat Lemon Yang Tidak Diketahui Ramai

Banyaknya Khasiat Lemon Yang Tidak Diketahui Ramai

Pernah dengar lemon? Tahu apa khasiatnya? Lemon adalah sejenis buah dari keluarga limau serta kulit berwarna kuning dan mempunyai

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu