Cara Masak Kari Ayam Simple Dan Pekat | Resepi Kari Ayam

In RESEPI, Resepi Ayam
Cara Masak Kari Ayam Simple Dan Pekat

Resepi Kari Ayam

Kali ini saya akan kongsikan step-by-step cara masak kari ayam. Resepi ini adalah lauk kegemaran kami sekeluarga terutamanya anak-anak. Anak-anak sampai tambah nasi kalau berlaukkan kari ayam hingga dua tiga kali tambah.

Cara masak kari ayam ini sebenarnya mudah dan tak perlu banyak bahan. Bahan-bahannya pun senang dapat.

Masakan kari ayam sangat sesuai dimakan bersama nasi, nasi himpit, roti jala atau roti canai. Selain itu juga ianya sesuai untuk hidangan majlis kenduri ataupun hidangan rumah terbuka hari raya.

Mungkin resepi kari ayam yang saya kongsikan ada sedikit berbeza dari segi penyediaannya berbanding dengan resepi orang lain, tapi tak perlu risau resepi ini pasti sedap hingga menjilat jari..

Cuba Resepi ini!!: Resepi Ayam Masak Merah Yang Mudah, Simple Dan Sedap

Cara Masak Resepi Kari Ayam Simple Dan Pekat

Bahan-Bahan Utama:

  • 700 g dada ayam (potong kecil)
  • 3 cm kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji pelaga
  • Halia sebesar ibu jari
  • 4 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 biji bawang putih (dikisar)
  • 4 biji kentang (dipotong kecil)
  • Sedikit air asam jawa / 2 asam keping
  • 6 sudu besar cili kering yang sudah dikisar halus
  • 3 – 4 sudu besar serbuk kari (dicampur dengan air)
  • 80 ml santan dalam pek (Ayam Brand)
  • Serbuk Secukup Rasa / garam
  • 1 sudu kecil Gula
  • Minyak untuk menumis

Cara masak Kari Ayam Simple:

Panaskan minyak dan masukkan bunga lawang, halia, pelaga dan kulit kayu manis tadi. Tunggu seketika hingga naik bau. Api jangan terlalu besar.

Masukkan pula bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar tadi. Tujuan bawang ini dikisar, sesetengah orang tidak gemar makan bawang yang berketul terutamanya anak-anak saya. Selain itu untuk masakan lebih wangi.

Masukkan cili kering yang telah dikisar tadi, kacau sekali sekala dan tunggu sehingga minyak naik.

Gambar di atas menunjukkan mainyak telah naik atau minyak berwarna merah.

Masukkan pula serbuk kari yang telah dicampur dengan sedikit air dan kacau sekali sekala untuk meratakan masakan. Kemudian tunggu lagi minyak naik atau pecah mintak.

Gambar di atas menunjukkan minyak dah naik atau pecah minyak. Selepas ini bersedia untuk masukkan kentang dan ayam.

Masukkan kentang yang telah dipotong kecil tadi. Untuk panduan semua, semakin kecil kentang dipotong, semakin mudah kentang masak atau masa kentang masak tidak lama. Gaul kentang untuk beberapa minit (3-5 minit)

Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong tadi kemudian gaul lagi sehingga rata (gaul dalam 3-5 minit).

Ayam dan kentang digaul dengan rata.

Kemudian masukkan air asam jawa dan kacau lagi. Boleh juga ganti air asam jawa dengan sedikit kepingan asam keping kerana tujuannya sama iaitu mendapatkan sedikit rasa asam.

Masukkan sedikit gula. Sekiranya ada gula melaka, letakkan gula melaka ganti gula tadi kerana rasanya yang lebih baik.

Masukkan pula sedikit air. Air boleh ditambah sekiranya air mula kering tetapi kentang dan ayam belum masak sepenuhnya.

Selepas itu biarkan masakan kari ayam sehingga mendidih, kacau sekali sekala.

Apabila masakan mula mendidih, letakkan pula santan cair. Kalau saya, saya biasa gunakan santan jenama Ayam Brand atau air santan fresh yang boleh dibeli di mana-mana pasar. Kacau masakan hingga rata.

Last sekali, masukkan serbuk Secukup Rasa mengikut citarasa anda (boleh letak sedikit-sedikit lalu rasa – sehingga mendapat rasa resepi kari ayam simple yang anda suka). Sekiranya anda tidak mempunyai serbuk Secukup Rasa, garam biasapun boleh.

Gaul masakan sehingga sebati kemudian tunggu masakkan betul-betul telah masak.

Untuk mengetahui masakan telah masak, kentang tadi menjadi lembut. Tekan kentang dengan lembut menggunakan sudu, sekiranya mudah terpisah menandakan masakan telah masak termasuk ayam.

Alhamdullilah… Masakan kari ayam simple atau resepi kari ayam telah siap dimasak. Resepi kari ayam sesuai dimakan dengan roti canai, roti jala ataupun nasi putih.

Resepi inilah yang selalu saya masak untuk anak-anak dan mereka sangat suka.

Sekiranya ada kemuskilan tentang resepi ini, boleh tanya di ruang komen di bawah. Jika anda suka resepi ini, boleh lah tekan butang share di bawah. semoga artikel ini bermanfaat untuk semua..

Resepi Lain: Resipi Maggi Goreng Simple Sedap

SatiqaHS

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu