Cara Mandi Wajib Yang Simple Tapi Sah

In AGAMA, TOTURIAL

Mandi wajib atau mandi junub hukumnya adalah wajib kepada lelaki atau wanita apabila sudah akhil baligh. Artikel ini akan berkongsi panduan Cara Mandi Wajib Yang Simple Tapi Sah.

Ada beberapa perkara yang mewajibkan kita untuk mandi wajib iaitu:

1. Keluar air mani dengan sengaja ataupun tidak sengaja.

2. Bersetubuh (berjimak) sama ada keluar air mani ataupun tidak, wajib untuk mandi wajib.

3. Apabila mati selain daripada mati syahid

4. Wanita yang baru habis haid

5. Bersih dari darah Nifas (Darah selepas bersalin)

6. Wiladah (Bersalin)

Cara Mandi Wajib Yang Simple Tapi Sah

Ada sesetengah orang mandi wajib sangat sukar dan mengambil masa yang lama untuk mandi wajib. Sebenarnya mandi wajib ini bukanlah rumit dan mengambil masa yang tidak lama jika yakin dan memenuhi segala rukun yang telah ditetapkan dan Memadai dengan melakukan rukun sah mandi wajib.

Perkara wajib yang perlu ada sewktu mandi wajib adalah:

1. Niat

2. Membasuh atau meratakan air ke seluruh badan yang zahir dengan air termasuk kulit dan rambut.

Perkara Sunat Ketika Mandi Wajib

  • Membasuh kedua-dua tangan di luar daripada bekas air
  • Membasuh kemaluan dengan tangan kiri dan juga segala kekotoran yang ada pada badan.
  • Berwuduk
  • Menyelati rambut kepala dengan air kemudian membasuh kepala tiga kali
  • Membasuh bahagian kanan dulu kemudian kiri.
  • Menggosok tubuh dan berturut-turut dalam membasuh anggota.
  • Mengambil air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti kedua-dua telinga lipatan perut, di dalam pusat dan ketiak.
  • Membasuh sebanyak tiga kali sebagai kias kepada wuduk

Baca JugaDoa Ikhtiar Kesembuhan Penyakit

Info Mandi Wajib

1. Mandi Wajib boleh digabungkan dengan mandi sunat yang lain

2. Wajib bersihkan segala najis pada badan sebelum mandi wajib dimulakan.

3. Setelah mandi hadas besar tidak perlu lagi mengambil wuduk jika hendak mengerjakan solat fardu atau sunat dengan syarat tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan wuduk semasa mandi wajib.

Video Cara Mandi Wajib Yang Simple Tapi Sah

Info Dari JAKIM Cara Mandi Wajib

1. Niat ketika air sampai ke tubuh

2. Membaca “Bismillah”

3. Mencuci tangan sebanyak 3 kali

4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5. Mencuci tangan kiri dengan air sabun

6. Berwuduk:  Wuduk boleh dilakukan seperti biasa (untuk solat) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7. Membasuh kepala dengan mengusap secara rata lalu menyiram dengan air sebanyak 3 kali.

Ini Berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) dalam Sahih Al-Bukhari yang bermaksud:-

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”.

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulakan dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri seterusnya bahagian tengah kepala.

Ini Berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) bermaksud:-

“Baginda S.A.W. menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”.

8. Bagi wanita yang mandi untuk junub/haid, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut.

Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (R.A) di dalam sahih Al-bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda S.A.W. berkata sedemikian:

Tinggalkanlah umrahmu, lepaskan ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”.

9. Memulakan bahagian kanan tubuh.

Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci” (Sahih Muslim)

10. Meratakan air ke seluruh tubuh.

11. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardu. Perbezaan di antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah niatnya sahaja. Cara dan kaedah mandi adalah sama. Wallahu ‘alam

Semoga Panduan Cara Mandi Wajib ini bermanfaat kepada semua pembaca. Sekian

 

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu