Cara Delete Atau Buang Iklan Di Mudah.my Guna Telefon Bimbit

In TOTURIAL
Cara Delete Atau Buang Iklan Di Mudah.my Guna Telefon Bimbit

Sebelum ini saya ada post satu artikel yang menunjukkan cara-cara mengiklan barang di mudah dengan menggunakan smartphone. Artikel tersebut bertajuk: Cara Mudah iklankan barang di Mudah.My dengan Smartphone

Di kesempatan kali ini, saya akan menunjukkan cara delete atau buang iklan yang sudah anda iklankan di mudah.my Mungkin sebab sudah terjual, tidak jadi nak jual atau sebagainya.

Bagi yang sudah mahir menggunakan platform pengiklanan mudah.my, tidak menghadapi masalah untuk membuang iklan tersebut namun bagi yang baru dalam pengiklanan Mudah, sudah tentu sukar dan kadang-kadang pening mana satu nak mula.

atau mungin sudah lupa bagaimana nak delete iklan tersebut,

Ok.. sebenarnya tidaklah susah, artikel ini akan saya tunjuk satu demi satu cara delete atau buang iklan di mudah.my dengan gambar sekali agar memudahkan anda.

Oh ya, sebelum terlupa, cara buang iklan di mudah.my ini adalah toturial untuk telefon bimbit atau smartphone.

Walaubagaimanapun, sebenarnya tidak jauh bezapun cara buang iklan di mudah.my di smartphone dengan PC atau komputer. Cara delete iklan lebih kurang sama sahaja. Apabila dah paham buang iklan di telefon bimbit, nak buang iklan guna PC pun senang.

Cara Delete Atau Buang Iklan Di Mudah.my Guna Telefon Bimbit

1. Login ke Mudah.my

Seperti biasa, Klik icon Mudah.my kemudian login. Bagi yang belum install Apps, anda boleh install dari Google Play Store atau kalau malas nak Install mungkin takut ROM habis, boleh terus buka Browser dan taip URL https://www.mudah.my

Login seperti biasa, sama ada guna akaun FB anda, Akaun Google atau email.

Buang Iklan Di Mudah.my dengan smartphone

2. Paparan Utama

Apabila sudah masuk ke bahagian paparan utama Mudah.my, klik menu untuk ke bahagian admin (seperti gambar di bawah)

3. Menu Admin

Paparan seterusnya adalah bahagian Menu admin. Klik My Ads

4. Bahagian Iklan

Ok.. gambar di bawah adalah contoh iklan yang sudah diiklan di mudah.my dan telah diluluskan.

Untuk buang atau delete iklan ini, mungkin sebab-sebab tertentu seperti item telah terjual atau tidak jadi menjual item tersebut, anda boleh delete di bahagian ni.

untuk delete iklan tersebut klik menu kecil (contoh anak panah di bawah) dan paparan seterusnya akan muncul.

4. Langkah Terakhir

Ini adalah langkah terakhir. Sebelum submit, bilih sebab anda delete iklan tersebut. Sebagai contoh, sekiranya item anda terjual, pilih dan klik yang pertama. Kemudian tekan submit dan selesai… Mudah bukan?

Ok setakat ini sahaja toturial Cara Delete Atau Buang Iklan Di Mudah.my Guna Telefon Bimbit. Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu