Cara Atasi Stress Berlebih Dengan Mudah Sekali

In KESIHATAN, MOTIVASI
Cara Atasi Stress Berlebih Dengan Mudah Sekali

Ok lah, kita semua mesti pernah alami stress kan? Sebenarnya terdapat banyak cara atasi stress biasa mahupun stress berlebihan. Jika tidak di tangani, stress boleh menyebabkan banyak masalah termasuklah masalah kesihatan seperti serangan jantung, oh tidak!!

Ok saya akan berkongsi beberapa cara astas stress dengan mudah sekali, Kita Terus kepada tips atau cara atasi stress tanpa pengenalan yang banyak..

Cara Atasi Stress Berlebih Dengan Mudah Sekali

Cara Atasi Stress Berlebih Dengan Mudah

1. Dekat Dengan Tuhan

Cara ini adalah yang paling mudah dan berkesan dan paling utama untuk hilangkan stress. Bagi yang beragama Islam, dengan solat, bersedekah, Solat tahajjud, beramal soleh, dan sebagainya dapat mendekatkan diri kita kepada Allah AWT seterusnya stress hilang.

Dan yang paling penting solat jangan tinggal. Kalau anda sedang stress cubalah kaedah ini.

2. Mendengar Muzik

Muzik adalah salah satu cara atasi stress dan juga penawar hati yang sedih. Muzik juga penawar untuk melegakan tekanan, menghalang kortisol dan epinefrin (hormon tekanan).

Cuba lah dengar lagu atau muzik yang memberikan semangat atau dapat membina mood serta keyakinan kita. Janganlah pula dengar lagu-lagu seperti hearvy metal ataupun muzik yang menyakitkan telinga, kompom tambah stress haha..

atasi stress dengan mudah

3. Bernafas Dalam

Dengar simple dan mudah kan? tapi percayalah dengan menarik nafas kedalam dengan perlahan-lahan, mampu mengurangkan stress anda.

Letakkan tangan anda pada bawah perut dan tarik nafas sedalam dalamnya melalui hidung dan buang nafas melalui mulut anda. Ulang beberapa kali.. insyallah stress akan kurang..

4. Bersukan

Bersukan juga adalah salah satu cara atasi stress yang berkesan. Dengan bersukan badan akan segar dan sihat. Kena ingat! kadang-kadang stress berpunca daripada badan yang tidak sihat ditambah lagi dengan tekanan persekitaran. Stress mudah datang ketika badan tidak sihat seperti lesu, letih dan sebagainya.

Bersukanlah kerana selain dapat atasi stress kita, terdapat seribu kebaikan dengan bersukan.

5. Kurangkan Pengambilan Kafein

Ini memang kegemaran ramai terutamanya kopi kan? Satu lagi cara atasi stress adalah kurangkan pengambilan kafein. Kafein sebenarnya adalah peransang yang terdapat di dalam minuman kopi, teh, coklat, dan minuman untuk tenaga yang boleh penyebab stress dan gangguan kecemasan (Anxiety Disorder). Anxiety Disorder ni seperti gelisah atau cemas. Mungkin ada yang pernah alami kalau minum kopi.

Walaubagaimanapun, menurut banyak kajian yang dibuat, sebenarnya kafein boleh menjadikan diri sihat, tapi mungkin harus mengawal pengambilan kafein secara sedarhana.

6. Luangkan Masa Dengan Keluarga Atau Teman

Percayalah, keluarga adalah tempat paling rapat sekiranya kita hadapi masalah atau tengah stress. Selain itu sahabat atau teman rapat juga boleh mengurangkan stress kita. Cuba berinteraksi, bergaul atau meluahkan kenapa kita stress dan apa masalah kita. cara ini juga adalah satu cara atasi stress yang berkesan.

Janganlah cuba menyendiri, sebab itu jauh dari cara sebenar menyelesaikan stress anda..

7. Belajar Katakan Tidak

Selalunya orang cakap berfikir positif dan sentiasa katan ya.. betul kan? tapi kadang-kadang jika kesemua perkara kita katakan ‘ya’ untuk menambah bebanan seperti bebanan kerja dan sebagainya, akan lebih membuatkan kita stress berlebihan.

Mungkin selepas ini anda perlu belajar katakan tidak pada perkara-perkara yang tidak penting yang boleh menambah beban anda sebagai salah satu cara atasi stress kita.

8. Bijak Menyelesaikan Masalah

Salah satu sebab kita stress ialah apabila kita hadapi masalah. Lagi-lagi kalau masalah itu serious. Bijaklah selesaikan masalah, tiada masalah di dunia ini yang tidak boleh selesaikan masalah. kalau susah mau di selesaikan, rujuk Point no 1 di atas Dekat Dengan Tuhan, pasti ada jalan.

Jika masalah datang daripada sengketa suami isteri, bawa pasangan berbincang, bukan pula masing-masing ego sebab ini tidak selesaikan masalah rumah tangga.

Wajib Baca:

Cara Yang Tidak Sihat Untuk Menghadapi Stress

  • Minum Arak
  • Merokok
  • Menjauhi keluarga dan rakan serta aktiviti
  • Menggunakan dadah untuk berehat
  • Tidur berlebihan
  • Melepaskan stress pada keluarga dan sahabat

Sebenarnya Stress berpunca daripada banyak hal seperti tekanan kerja, masalah keluarga, masalah kesihatan, masalah kewangan dan banyak lagi.

Paling baik, elakkan berlakunya stress dengan mengelakkan daripada sebarang masalah yang penyebab stress timbul.

Semoga artikel ini bermanfaat…

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu