Cara Atasi Sembelit Dengan Mudah Dan Berkesan

In KESIHATAN

Cara Atasi Sembelit. Gejala sembelit adalah gejala yang sering dialami oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia mahupun di dunia. Sembelit ini disebabkan beberapa faktor seperti gaya hidup, apa yang kita makan dan faktor penyakit tertentu. Walaubagaimanapun, ada penyakit sembelit kronik yang belum diketahui puncanya dipanggil idiopatik kronik. Sekiranya anda  membuang air besar kurang dari 3 kali seminggu, kemungkinan besar anda menghadapi masalah sembelit yang perlukan penyelesaian segera. Artikel ini akan berkongsi cara atasi sembelit dengan mudah dan berkesan.

Sintom sembelit berlaku di mana perut tidak selesa iaitu perut kembung, Tidak selesa ketika membuang air besar, terpaksa meneran untuk membuang air besar kerana najis yang keras.

Sembelit boleh memberi kesan buruk pada kesihatan badan, kualiti hidup dan kesihatan mental. Antara kesan yang biasa kita dengar apabila sering sembelit adalah masalah buasir.

Sebenarnya cara atasi sembelit ini adalah mudah. Ada berbagai cara untuk mengatasi penyakit ini sama ada dengan cara memakan ubat hospital, ataupun dengan cara semula jadi. Namun pilihan yang tepat adalah dengan cara mencegah daripada terjadinya sembelit pada diri sendiri dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Cara Atasi Sembelit Dengan Mudah Dan Berkesan

Di sini ada beberapa cara atasi sembelit dengan mudah yang juga diakui oleh ahli perubatan. Apa yang penting adalah konsisten mengamalkannya.

Minum Air Secukupnya: Kekurangn air dalam badan atau Dehidrasi merupakan punca utama masalah sembelit. Jika kekurangan cecair dalam badan, tinja akan menjadi keras dan menyukarkan pergerakan usus yang menyebabkan sembelit. Usahakan meminum air putih lebih banyak atau secukupnya sebagai cara atasi sembelit. Amalkan minum air kosong di waktu pagi sebelum memberus gigi ataupun banyakkan minum air pada waktu siang hari dan kurangkan meminum air pada waktu malam.

Makan Lebih Banyak Serat: Serat penting dalam sistem pencernaan badan kita. Serat membantu usus kita untuk pergerakan lebih lancar serta mudah untuk membuang air besar. Menurut satu kajian masalah sembelit akan selesai apabila sesorang itu menambah serat dalam menu makanan mereka. Ada dua jenis serat yang disyorkan apabila menghadapi masalah sembelit iaitu.

1. Serat Tidak Larut

Serat jenis ini membantu menambah cecair pada najis agar memudahkan pergerakan usus seterusnya menyelesaikan masalah sembelit. Contoh serat tidak larut ialah Bijirin penuh, gandum dan sayur-sayuran.

2. Serat Larut

Serat jenis larut pula berfungsi menyerap cecair agar najis menjadi lembut dan memudahkan pergerakan usus. Contoh Serat larut ialah oat, kacang, sayuran serta buah-buahan.

Melakukan Senaman: Ada beberapa kajian telah dibuat dan mempunyai hasil yang berbeza. Namun begitu, kebanyakan kajian yang telah dibuat menunjukkan melakukan senaman atau pergerakan mengurangkan simptom sembelit dengan ketara. Oleh itu perbanyakkan pergerakan terutamanya bersukan sebagai cara atasi sembelit.

Minum Kopi: Minum minuman kopi terutamanya yang berkafein boleh menyelesaikan masalah sembelit anda. Ini kerana kopi berkafein boleh merangsang otot dalam sistem pencernaan. Satu kajian telah dibuat dan kopi yang mengandungi kafein boleh merancang usus anda dengan cara yang sama dengan makanan. Kesan ini 60% lebih kuat berbanding dengan kesan air biasa dan 23% lebih kuat daripada minum kopi tanpa kafein.

Kopi juga mengandungi serat larut yang sedikit dan membantu mengelakkan masalah sembelit dengan meningkatkan keseimbangan bakteria pada usus.

Makanan Probiotik: Makanan probiotik ataupun makanan tambahan yang mengandungi probiotik berkesan membantu masalah sembelit kronik. Selalunya seseorang yang mengalami masalah sembelit kronik disebabkan masalah ketidakseimbangan baktria dalam usus .

Probiotik membantu merawat sembelit dengan menghasilkan asid laktik dan asid lemak rantaian pendek lalu meningkatkan pergerakan usus. Menurut kajian, probiotik dapat melancarkan dan meningkatkan kekerapan pergerakan usus dan meningkatkan konsistensi tinja. Contoh makanan probiotik ialah yogurt, sauerkraut dan kimchi. Selain itu juga probiotik boleh didapati melalui suplemen yang boleh didapati di mana-mana farmasi.

Baca Juga: Tanda Dan Punca Sakit Gastrik Angin Yang Ramai Tidak Tahu

Baca Juga: Doa ikhtiar Kesembuhan Penyakit

Pengalaman Hadapi Sembelit

Pengalaman kena sembelit pada diri sendiri adalah satu pengalaman yang berguna. Bagi saya sendiri, faktor utama kita kena sembelit disebabkann kekurangan air atau cecair dalam badan dan kurang makan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Oleh kerana berkerja dipersekitaran yang agak terkurung dan panas, tentunya peluh dan wap dari badan cepat keluar mengakibatkan cecair dalam badan berkurang. Selain itu malas atau tidak berminat makan makanan berunsurkan serat menyebabkan sembelit datang dengan tiba-tiba.

Bayangkan tidak membuang air besar selama 4 hari. Waktu tu perut sangat tidak selesa dan berasa sakit serta kembung perut. Kalau buang air besarpun cuma sedikit sahaja. Ia berlarutan hampir 2 tahun.

Selama itu hanya bergantung dengan suplemen daripada kedai-kedai herba untuk melancarkan pergerakan usus. Terus terang saya katakan, ianya berkesan namun waktu menggunakan suplemen tersebut sahaja. Sekiranya tidak mengamalkan suplemen itu, sembelit akan datang lagi.

Setelah saya amati dan saya amalkan sendiri, sembelit yang saya hadapi telah selesai dan jarang sekali kena sembelit. Cara atasi sembelit daripada pengalaman sendiri adalah dengan:

  • Minum air kosong atau air suam secukupnya setiap hari.
  • Amalkan minum air kosong 1 hingga 3 gelas waktu pagi selepas bangun dari tidur dan sebelum berus gigi.
  • Makan ikut waktu dan makan ala kadar.
  • Apabila bersukan, banyakkan minum air untuk menganti air dalam badan yang keluar melalui peluh.
  • Banyakkan makan sayur dannbuah berserat seperti daun hijau (sawi, etc).
  • Banyakkan makan buah seperti buah betik dan pisang.
  • Jangan tangguh membuang air besar.

Alhamdullilah waktu ni masalah sembelit telah sembuh. Tips pengalaman sendiri di atas mestilah konsisten dan amalkan. Apa yang penting adalah gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang sihat. Lebih baik kita mencegah sesuatu penyakit daripada mengubati apabila berpenyakit. Walaubagaimanapun kalau dah berpenyakit, jangan putus asa kerana setiap penyakit ada ubatnya.

Semoga perkongsian artikel ini iaitu Cara Atasi Sembelit Dengan Mudah Dan Berkesan dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu