Bisnes Mudah Dan Senang Hanya Dari Rumah Anda

In JANA PENDAPATAN

Sebelum memulakan perniagaan yang berasaskan dari rumah, pertama sekali anda harus mempunyai alat yang betul dan tepat. Alat utama yang anda harus ada ialah sambungan atau talian internet yang cepat. Kebanyakan bisnes mudah dan senang berasaskan dari rumah, memerlukan sambungan internet.

Bisnes dari rumah merupakan perniagaan yang mudah dan santai. Walaubagaimanapun bisnes ini lebih baik jika mempunyai ruang sendiri atau ruang kerja khusus

Sekiranya keperluan seperti di atas telah ada terutamanya talian internet, bolehlah anda memulakan perniagaan pilihan anda. Mari kita lihat beberapa idea perniagaan berasaskan rumah yang boleh anda mulakan hari ini.

 

Idea Bisnes Mudah Dan Senang Hanya Dari Rumah Anda

1. Menjadi Pemandu E-hailing (Grab atau Mycar)

Menjadi pemandu sistem E-hailing seperti Mycar Atau Grab adalah satu cara yang paling cepat untuk memulakan bisnes mudah dari rumah. Bayangkan anda hanya perlu santai dari rumah dan menunggu request daripada penumpang dan menghantar mereka ke destinasi yang mereka pilih.

Untuk menjadi pemandu E-hailing tidak rumit, anda hanya perlu diperiksa latar belakang dan tiada rekod jenayah, mempunyai lesen memandu serta penama  insuran yang sah.

Ramai orang telah mendaftar sebagai pemandu E-hailing sebagai sambilan dan sepenuh masa dan mendapat manfaat daripadanya.

2. Pereka Grafik

Jika anda mempunyai sijil atau kemahiran dalam grafik design, ianya sesuai untuk bisnes mudah dari rumah.

Perniagaan sentiasa memerlukan pereka grafik untuk membantu mereka menyampaikan maklumat secara visual, melalui logo, iklan, poster, laman web dan sebagainya.

Bisnes ini mempunyai potensi yang baik untuk mendapat keuntungan disebabkan permintaan yang tinggi akibat peluang perniagaan yang semakin meluas.

3. Web Design

Bagi yang ada kemahiran pembinaan website atau web design, pilihan bisnes dari rumah adalah pilihan yang tepat. Anda hanya hanya merekabentuk laman web terbaik untuk mereka seperti yang dikehendaki dan mendapat upah daripadanya.

Iklankan servis web design anda di mana-mana laman sosial untuk mendapatkan pelanggan dengan cepat seperti facebook, tweeter, wahtsapp dan sebagainya. web design tidaklah rumit sangat dan mempunyai potensi yang tinggi masa kini dan akan datang.

4. Menjadi Seorang Blogger

Ini adalah bisnes mudah dari rumah yang saya gemari. Untuk menjadi seorang blogger tidak perlu sepenuh masa. Secara sambilan juga boleh berjaya. Blogger perlukan masa jika ingin menjana pendapatan kerana blog anda perlukan masa untuk menarik pengunjung.

Sumber pendapatan utama blog semestinya daripada Google adsense atau pengiklanan lain.

Baca Juga: Jana Pendapatan Online Melalui Google Adsense

Baca JugaApakah Itu Google Adsense Dan Kelebihannya

Di Malaysia sendiri, banyak blogger telah memanfaatkan blog mereka untuk menjana pendapatan sampingan dan tentunya semua ini bermula daripada rumah sahaja.

Untuk menjadi seorang blogger tidaklah rumit sangat. Cukup untuk pemula memiliki domain dan hosting percuma dahulu seperti blogspot.com yang dimiliki oleh Google.

Apabila telah mahir, bolehlah beralih ke domain dan hosting berbayar. Dan yang paling penting adalah memohon menjadi publisher iklan adsense dan apabila google telah luluskan, bolehlah anda menjana pendapatan melalui blog anda.

5. Menulis E-book

Menulis e-book adalah salah satu pilihan tepat sekiranya anda ingin memulakan bisnes mudah dari rumah. E-book adalah buku digital (softcopy) dan selalunya dalam bentuk format PDF.

Jika anda mempunyai kemahiran menulis, inilah peluang yang paling tepat untuk menjana pendapatan.

Dalam E-book anda boleh menulis sesuai dengan pengatahuan anda berupa resipi masakan, toturial dan sebagainya. Lihat contoh di bawah:

 

E-book ini boleh dijual di mana-mana sosial media ataupun melalui blog anda.

6. Bisnes Mudah Dengan Membaikpulih Barang Elektronik.

Ini juga adalah bisnes mudah dari rumah namun perlukan kemahiran khusus. Anda boleh promosikan kemahiran anda di sosial-sosial media dengan mudah dan berkesan.

Potensi bisnes ini adalah tinggi kerana zaman ini segala-galanya adalah elektronik seperti, smartphone, tablet, tv, computer riba dan sebagainya.

7. Bisnes Mudah Dan Senang Dengan Dropship

Konsep bisnes dropship sangat mudah dan tidak memerlukan modal yang banyak. hanya perlukan sedikit model untuk permulaan sahaja.

Cara bisnes dropship ialah, sebagai contoh saya ambil laman membeli belah Shopee. Kita hanya perlu mencari item murah daripada pembekal tempat lain secara online seperti di alibaba.com.

item itu anda iklankan pula di Shopee dengan meletakkan gambar dan keterangan produk. sekiranya ada pembeli dan membayar kepada anda, anda hanya perlu maklumkan pembekal di alibaba.com untuk terus mengirim ke pembeli.

Klik patuan ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Dropship. Wiki

Dropship ini sangat mudah untuk dilakukan dan ia bisnes mudah dan senang hanya dari rumah sahaja dan mempunyai potensi keuntungan yang tinggi

8. Katering

Para kaum ibu yang mahir memasak, ini adalah peluang terbaik anda untuk menjana pendapatan. Dengan adanya media sosial, menu-menu masakan boleh di iklankan dengan mudah dan pantas.

Sebagai contoh, anda boleh iklankan menu masakan dengan penghantaran percuma ataupun kombinasi pilihan menu untuk harga-harga tertentu. Mudah bukan? Bisnes mudah ini juga mempunyai potensi tinggi untuk meraih keuntungan lumayan.

 

bisnes mudah dan senang hanya dari rumah anda

Sepenuh Masa Atau Part Time Untuk Bisnes Mudah Dan Senang Dari Rumah

Terpulang pada anda untuk memilih sepenuh masa ataupun sekadar part time. Semuanya mengikut kesesuaian anda. sekiranya anda belum mendapatkan kerja tetap atau lebih suka berkerja dari rumah, pilihan sepenuh masa adalah pilihan yang tepat.

Sekirannya anda seorang yang berkerja, mungkin lebih baik memilih bisnes ini sebagai sambilan atau part time.

Peluang untuk mengaut keuntungan melalui bisnes dari rumah ini sangat luas dan mudah dengan adanya kemudahan media sosial yang ada sekarang terutamanya facebook. Sebenarnya selain dari idea-idea di atas, banyak lagi idea bisnes mudah dan senang yang berkonsepkan dari rumah. Semoga Artikel ini bermanfaat kepada anda.

 

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu