Bahaya Smartphone Pada Kesihatan Dan Keselamatan Anda

In KESIHATAN, TAHUKAH ANDA

Kita sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan teknologi smartphone atau telefon bimbit. Cakap sahaja di mana-mana tentunya setiap orang memiliki dan menggunakan smartphone ini. Namun tahukah kita pada risiko teknologi smartphone ini? Artikel kali ini saya akan membahas topik yang begitu penting iaitu bahaya smartphone pada kesihatan dan keselamatan yang pastinya ramai tidak tahu ataupun buat-buat tidak tahu.

Bahaya Smartphone Pada Kesihatan Anda

bahaya smartphone pada kesihatan

Ada beberapa aspek yang perlu diperhatikan kerana sememangnya smartphone bahaya pada kesihatan sekiranya menggunakannya dengan tidak betul atau tidak tepat.

1. Telefon pintar mempunyai kuman

Perasaan kah kita smartphone dibawa ke sana sini seperti di tandas, tempat membeli belah, pergi ke kelas, di dapur, pergi berkelah dan sebagainya. Sesetengah orang pula membawa telefon pintar mereka ke kamar mandi (sangat tidak disyorkan). Oleh kerana smartphone dibawa kemana-mana menjadikan alat ini mudah dijangkiti kuman, virus dan bakteria yang boleh menyebabkan anda sakit. Sentiasalah membawa tisu yang berasaskan alkohol yang selamat untuk barang-barang elektronik dan Smartphone anda harus di lap menggunakan tisu tadi sekurang-kurangnya sekali dalam sehari untuk membuang habuk, kotoran dan kuman.

2. Bahaya Cahaya Biru Pada Smartphone

Alasan bahaya smartphone pada kesihatan seterusnya adalah gelombang cahaya biru atau dipanggil Blue Light daripada skrin smartpone tersebut yang boleh menggangu kesihatan seseorang. Ada yang menjelaskan bahawa cahaya biru pada smartphone boleh menyumbang penyakit jantung, obisiti dan kesihatan yang lain. Namun yang pasti dari segi kesihatan mata boleh membahayakan anda. Pendedahan cahaya pada smartphone di waktu gelap boleh menganggu tidur kita dan menyebabkan kesukaran untuk lelapkan mata. Kurangkan pengunaan cahaya apabila tidur termasuklah cahaya daripada smartphone untuk mendapat kesan tidur yang lebih baik.

3. Masalah Pada Jari

Apabila banyak text yang anda perlu taip seperti artikel atau membalas meseg boleh menyebabkan jari terutamanya ibu jari akan kebas atau keradangan. Perlu rehat sebentar jika banyak text yang hendak ditaip. Penggunaan smartphone yang berlebihan juga dikaitkan dengan peningkatan gejala arthritis ibu jari. Keadaan ini di mana kesakitan pada pangkal ibu jari. gejala arthritis setakat ini tiada ubat atau penawarnya hanya perlu rehat atau memakan ubat tahan sakit sahaja.

4. Sindrom Terowong Cubita

Satu penyakit yang mempengaruhi pergelangan tangan dan tangan di mana tangan akan merasa kebas, kesemutan dan sakit yang menusuk seperti jarum sepanjang pergelangan tangan hingga lengan atas. Bahagian yang sering terasa sakit atau nyeri adalah ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan tapak tangan.

5. Kesan Pada Mata

Bahaya Smartphone pada kesihatan seterusnya adalah pada mata. Gelombang Cahaya biru yang dipancarkan oleh telefon pintar dan jenis skrin lain boleh menyebabkan kesan kesihatan seperti ketegangan mata dan kesakitan. Jenis cahaya ini boleh merosakkan kornea mata dan penglihatan akan rosak. Jika anda mengalami kesakitan mata atau ketegangan mata, minimumkan penggunaan smartphone. Begitu juga denga tablet, tv dan Komputer.

6. Kekajangan Otot Leher

Kebiasaannya kita akan melihat kebawah ketika menggunakan smartphone. Jika terlalu lama melihat ke bawah menyebabkan otot leher akan sakit atau kejang. Ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada sistem saraf di leher, bahu serta lengan kerana saraf bersambung antara satu sama lain. Cuba kekalkan postur badan terutamanya bahagian leher ketika menggunakan smartphone atau pegang smartphone anda lebih tinggi apabila menggunakannya

 

Baca Juga: Bahaya Memakai Earphone Telefon Bimbit Ketika Tidur

Bahaya Smartphone Pada Kesihatan Dan Keselamatan Anda

bahaya smartphone pada keselamatan

1. Bahaya Membalas Text Ketika Memandu

Penggunaan telefon semasa memandu seperti membalas text mesej boleh membahayakan nyawa sendiri, keluarga dan orang lain kerana boleh mengalih 100% perhatian ketika memandu. Kehilangan tumpuan ketika walaupun beberapa saat boleh mengundang kepada kemalangan jalan raya yang meragut nyawa. Walaupun telah dikuat kuasakan larangan penggunaan smartphone semasa memandu dan hukuman yang berat bakal menimpa namun masih ramai yang tidak menghiraukannya.

2. Bahaya Berhubung Ketika Memandu

Ada sesetengah berpendapat bahawa penggunaan telefon seperti berhubung dengan orang lain adalah selamat sekiranya memakai alat seperti earphone kerana tangan tidak terganggu ketika memandu. Bercakap melalui telefon semasa memandu boleh membawa kepada satu  gangguan yang dikenali sebagai gangguan kognitif iaitu fikiran anda tidak tertumpu pada jalan raya. Sebagai contoh mata dan otak melihat apa yang ada di sekeliling tetapi tumpuan kurang dan tidak benar-benar melihat persekitaran sekeliling. Memandu sambil bercakap sangat meningkatkan risiko kemalangan jalan raya. Sekiranya dihubungi atau ingin membuat panggilan penting, cepat-cepatlah berhenti ke tepi jalan raya.

3. Beri Perhatian Semasa Berjalan

Berjalan sambil menggunakan smartphone seperti menghantar mesej atau melayarinya boleh mengundang kemalangan. Tak hairanlah di media sosial banyak video telah dishare berkaitan kemalangan yang disebabkan terlalu sibuk menggunakan smartphone ketika berjalan. Elakkan penggunaan smartphone ketika sedang berjalan untuk keselamatan diri.

Mitos Bahaya Smartphone Pada Kesihatan

Adakah Smartphone Menyebabkan Kanser?

Dalam satu kajian epidemiologi yang telah dibuat, Penggunaan smartphone tiada hubungan dengan tumor otak dan kanser otak. Walaibagaimanapun sekiranya anda bimbang radiasi daripada telefon bimbit, anda hanya perlu hadkan penggunaannya dan jika anda ingin meminimumkan cahaya daripada smartphone, gunakanlah kemudahan mod pembesar suara atau alat dengar iaitu earphone ketika berhubung dengan seseorang.

Kesimpulan

Penggunaan telefon pintar atau smartphone adalah keperluan kepada kita. Alat ini sangat membantu untuk urusan kita seharian. Namun sekiranya penggunaan smartphone ini tidak dikawal dan tidak berhati-hati, ia boleh mengundang kepada bahaya pada diri, keluarga dan orang lain. Semoga Entri ini iaitu Bahaya Smartphone Pada Kesihatan Dan Keselamatan Anda, bermanfaat kepada semua pembaca.

 

You may also read!

Cara Delete Atau Buang Iklan Di Mudah.my Guna Telefon Bimbit

Cara Delete Atau Buang Iklan Di Mudah.my Guna Telefon Bimbit

Sebelum ini saya ada post satu artikel yang menunjukkan cara-cara mengiklan barang di mudah dengan menggunakan smartphone. Artikel tersebut

Read More...
Banyaknya Khasiat Lemon Yang Tidak Diketahui Ramai

Banyaknya Khasiat Lemon Yang Tidak Diketahui Ramai

Pernah dengar lemon? Tahu apa khasiatnya? Lemon adalah sejenis buah dari keluarga limau serta kulit berwarna kuning dan mempunyai

Read More...
Punca Penyakit Asma Dan Cara Mengubati

Punca Penyakit Asma Dan Cara Mengubati Asma

Apakah itu Penyakit Asma? Penyakit asma atau lebih dikenali dalam masyarakat kita lelah, adalah satu keadaan di mana saluran

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu